Kos Bersalin Normal di FPP Hospital Selayang

Sebelum ni, aku dah menceritakan Pengalaman Bersalin Normal untuk anak yang kedua, Nazheef. Tahun 2011, aku pun ada berkongsi tentang kos yang perlu aku bayar selepas bersalin secara elektif c-sect anak sulung aku, si Nawfal di bawah skim FPP Hospital Selayang. Hari ni aku rasa nak cerita pulak tentang kos bersalin normal juga di bawah skim FPP Hospital Selayang.

Aku memilih skim FPP di Hospital Selayang atau hospital kerajaan lain yang menawarkan khidmat FPP ni (e.g Hospital Putrajaya) bukanlah sebab aku nak bersalin dengan doktor pakar ke. Tapi tujuan utama aku mengambil skim ni sebab nak bilik sorang supaya suami boleh teman tidur sekali dekat wad tapi, dengan harga yang murah. Entah kenapa, lepas aku kahwin, kemengadaan aku semakin kronik, dan tak dapat bayangkan kalau Dude tak ada kat sebelah aku untuk tolong-tolong apa yang patut. Hehehe.

Kalau pergi private, boleh pilih bilik sorang, tapi bagi kitorang yang both kakitangan gomen & tak boleh claim apa-apa, adalah agak mahal. So, sebab aku nak jugak Dude ada 24/7, kitorang pilih untuk ambil FPP di Hospital Selayang, dekat dengan rumah emak untuk aku berpantang, murah compare to private, bilik sorang (kalau tak penuh), dan bonusnya, check up dan bersalin dengan doktor pakar.

Masa melahirkan Nawfal secara c-sect dulu, total kos adalah RM3,587.20. Pecahan harga untuk apa yang perlu dibayar ada aku tulis juga dalam post FPP Hospital Selayang ni.

Dan untuk bersalin normal di FPP Selayang ni, pecahan harga adalah seperti berikut:

  • Caj Wad                                        RM130 X 3 hari        =  RM 390.00
  • Ubat-ubatan                                                                       = RM 2.80
  • Pendaftaran                                                                        = RM 10.00
  • Siasatan                                                                                = RM 171.00
  • Prosidur                                                                               = RM 450.00
  • Rondaan Wad                                                                     = RM 120.00
  • Peralatan Sekali Guna                                                     = RM 2.50
  • TOTAL                                                                                   = RM 1,146.30

Bagi aku memang dah cukup murah dah ni. Kalau ikutkan, boleh murah lagi tak sampai RM 1,000 kalau duduk 1 malam je. Tapi Nazheef kena masuk NICU sebab muntah-muntah dan platelet low, so aku duduk extra malam sebelum aku pindah terus ke NICU. Tapi caj NICU free sebab kerja gomen, tak termasuk dalam FPP. FPP untuk bersalin je.

Dan yang menjadikan aku agak murah sebab aku bersalin dalam pukul 5.30 pagi, yang sepatutnya dibersalinkan oleh Dr Roslan. Tapi sebab pagi sangat, Dr Roslan tak ada, maka aku dibersalinkan oleh doktor oncall yang perempuan. Alhamdulillah sangat. Serius, siapa taknak doktor perempuan yang sambut anak kita. Tapi FPP Hospital Selayang semua lelaki. Tapi rasanya ada yang baru perempuan tapi Cina. Nak swasta, tak berapa mampu. Dan macam aku kata, aku pilih FPP bukan sebab doktor, sebab nak bilik sorang je. Hehehe.

Yang rondaan wad tu nampak agak mahal sebab specialist yang kita pilih tu yang round. Yang bilik tu, kalau dapat bilik sorang tapi tak bertv (ada 1 je kot macam ni), hanya kos RM 80. Tergelak aku bila nurse kat kaunter FPP explain pasal ni sebab TV kotak yang tak ada astro RM50 extra di caj. Heheh.

Siap ada extra tilam untuk Dude tidur

——

TV RM50…hehe

——

Toilet dalam bilik. Besar dan selesa. Aku suka je.

——

Siap dapat 2 bag yang ada macam-macam barangan baby dalam tu.

——

Dah besar dah Nazheef. Rasa macam baru minggu lepas bersalin kan dia kat Hospital Selayang ni. 😉

Kesimpulannya, aku agak puas hati dengan pengalaman aku bersalin Nawfal & Nazheef guna FPP Hospital Selayang. Dan insyaAllah, ada rezeki untuk tambah anak lagi, aku pilih untuk bersalin di sini je kot. Semoga akan ada doktor muslimah sebagai salah seorang specialist FPP di Hospital Selayang ni one day, insyaAllah.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

52 Comments

  1. Ismail N May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
      • Mazni Azmi August 16, 2014
  2. Abdur May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  3. Denaihati May 21, 2014
  4. puan pink May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  5. Ustazah Ain May 21, 2014
  6. Cikgu Hairul May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  7. eyriqazz May 21, 2014
  8. Hairul Hissam May 21, 2014
  9. Hannyabdullah May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  10. jue a May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  11. cheq eem May 21, 2014
  12. titan May 21, 2014
  13. Shaklee May 21, 2014
    • nadot May 31, 2014
  14. Khadeejah Hasmad May 24, 2014
  15. Hairul Azni May 26, 2014
    • nadot May 31, 2014
  16. Myra Jay May 26, 2014
  17. eyriqazz May 26, 2014
  18. akubiomed May 28, 2014
  19. Mummy Dina May 29, 2014
    • nadot May 31, 2014
  20. Nazuwa July 3, 2014
    • nadot August 5, 2014
  21. mas August 7, 2014
    • nadot August 21, 2014
  22. luthfi September 27, 2014
  23. raihanah November 6, 2014
  24. liza January 16, 2015
  25. liza January 22, 2015
  26. Amirah Lee February 5, 2015

Leave a Reply to jue a Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·