Nak Kurus? Jom Belajar Matematik. :)

Ramai je blogger-blogger lain yang join seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri dah update cara pengiraan BMR, DCR etc. Tapi untuk menaikkan balik semangat aku menjaga kalori, aku terpaksa tulis balik. 3 hari dapat jage tuu.. Tapi semalam sebab sedey, terkehel balik..Ambik nasik pukul 10.30 malam… Amekkaw!..Hovverrr sangaat khennn…

Kevin tengah khusyuk bagi penerangan. Aku tengah khusyuk tengok Kevin… ;p

 

So, menurut Kevin, untuk nak manage berat kita, (nak turunkan ke, nak naikkan ke), kita kene tahu berapa DCR kita.

DCR = Daily Calorie Requirement (iaitu berapa kalori yang kite perlukan untuk buat aktiviti seharian kita termasukla tido, duduk kat opis etc.

Untuk kira DCR, 1st, kita kena kira BMR

BMR= Basal metabolic Rate
(iaitu tenaga yang diperlukan untuk hidup je. Kita andaikan kita dalam keadaan koma, tido je tak gerak langsung, hanya benda2 dalaman je berfungsi( i.e jantung, otak, paru2 etc), so BMR ni lah tenaga yang perlu ada untuk koma semate.hehe)

Untuk kira BMR:

  • Female: 655 + (9.6 X Berat in kg) + (1.8 X Tinggi dalam cm) – (4.7 X umur dalam tahun)
  • Male : 66 + (13.7 X Berat in kg) + (5 X Tinggi dalam cm) – (6.8 X umur dalam tahun)

Ok, so, bila dah tau BMR masing, utk dapatkan DCR ,kita kena darabkan BMR tu dengan LOA (level of activity kita).

  • 1. 2 – untuk org pemalas mcm aku, duduk je, x byk jalan, aktivit biase tanpe tambahan ape2. sedentary la.
  • 1.3 – kalau ade la buat axtiviti sikit. Macam exercise ringan 1-3 kali sminggu. Takpun kejar anak tetiap hari
  • 1.5 – kalau ada aktiviti sederhana, exercise/jogging 3-5 kali seminggu.
  • 1.7-1.9 – biase untuk yg mmg atlit la, sbb dorang berlatih everyday, lari je etc….

 

Untuk lebey nampak, jom main kira-kira! Sebab aku dah naik segan dijadikan case study dalam kelas Kevin, aku akan buat contoh yang BUKAN aku. hahaha.
So kita andaikan Minah yang berat 80 kg, tinggi 157 cm, umur 30 tahun (masih belum obese!..jeles! eh?!).

BMR= 655 + (9.6 X 80kg) + (1.8 X 157cm) – (4.7 X 30) = 1580.6

Kita andaikan jugak Minah ni pemalas macam aku, utk tahu DCR kita darabkan jawapan BMR tu dengan LOA 1.2

DCR = 1580.6 X 1.2 = 1897

Jadi dapat kita simpulkan di sini, untuk Minah melakukan aktiviti seharian yang tak banyak bergerak tu, 1897 kalori perlu ada.

So, kalau Minah nak kurus, dia kene makan kurang dari tu dlm sehari. Kalau nak tambahkan berat, kene makan lebey dari tu.

Muka kitorang dah same dah.. Tinggal tang size je belum same..hampir la tapi..hohoho

1 kg = 7700 calori
(yang bermaksud, kalau nak turun 1 kg, kene bakar 7700 kalori la)

Contoh Minah nak turun 10 kg dalam satu bulan:

(10kg X 7700) / 30 hari = 2566
(which is agak mustahil untuk bakar 2566 kalori sehari; so x brape nak logik melainkan mmg jage gile n senaman gile gak)

Ok, so katekan Minah nak kurus dan dia mampu rendahkan calorie intake dia kepada 1450 je sehari. Berapa agaknya dia boleh turun dalam sebulan?

((DCR 1897 – 1450) / 7700) X 30 hari =

0.058 / 30 hari = 1.74 kg
(yg bermaksud 1.74 kg je dia boleh turun sebulan kalau hanya berjaya kawal makan semata dengan makan 1450 kalori sehari)

So, untuk banyakkan lagi penurunan, kene la exercise beberape kali seminggu atau kurangkan lagi pengambilan kalori kepada 1350 ke (contoh la…)

Korang boleh masukkan formula ni dalam excel korang. sebab bile berat berkurang, BMR pun jadi rendah. So x leh la makan jumlah yg same macam masa BMR masih tinggi. Kalau tak nanti berat statik je x berubah. So aku dah letak dalam excel, kalau berat aku berubah, or level of activity (LOA) meingkat, terus otomatik dia kirekan yang baru. Buat la ye.. =)

Later!! πŸ˜‰

p/s: suke aku dapat tulis tp sendiri x brpe nak ikoot.. hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

  1. Aslam July 13, 2012
  2. ReM July 13, 2012
  3. keretahitam July 13, 2012
  4. puanbee July 13, 2012
    • nadot July 13, 2012
  5. Denaihati July 13, 2012
  6. ANuar July 14, 2012
  7. Myra Jay July 14, 2012
  8. iza July 14, 2012
    • nadot July 15, 2012
  9. ReM July 15, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·