Pengalaman Bersalin Normal

Aku ingat entry pertama lepas bersalin hari tu adalah pemangkin untuk semangat buat entry seterusnya. Tapi telahan aku salah nampak gayanya. Kalau dah malas tu, malas juga. Hehehe…

Sebelum aku semakin melupakan pengalaman bersalin normal untuk kali pertama ni, teringin sangat lah aku menukilkan (chewah!) pengalaman ni supaya aku boleh ingat dan ungkit sikit-sikit kat Nazheef nanti… hohoho… (ok..tu tipu..janganlah aku jadi pengungkit pada anak dan keluarga sendiri…huhu)

Masa Nawfal dulu, sebab bersalin planned czer (sebab memang dah songsang dari awal), memang tak sempat la rasa sakit ke apa. So tak tau nak expect sakit nak bersalin macam mana. Nasib baik ada kawan-kawan dan jugak Kaklang yang memang doktor. Walaupun kaklang pun czer, tapi dia sempat rasa sakit sampai 7 cm. So memang asyik berwhats app dengan kaklang setiap kali rasa cam lain macam… hihi

Aku bersalinkan Nazheef pada due date yang Dr bagi, 12 Oktober 2013, Sabtu. Hari Khamis lagi dah mula rasa contraction kerap jugak, tapi on off dan tak sakit pun. Yang mula rasa contraction kuat lebih sikit adalah pada pagi 11 Oktober 2013. Tapi sakit yang masih boleh tahan, berjalan dan jugak bercakap. Start dari aku tersedar tidur pukul 6 pagi sampai tengah malam aku timing setiap kali sakit (kecuali bile tido, gi toilet dll).

Contraction

Masa-masa Contraction dari 6 pagi sampai la ke tengah malam. Gigih tak? Hohoho

So, dari 6 pagi tu, aku terjage sebab dah kuat sikit la contractionnye dari semalam. Tapi still la boleh gelak, makan, berjalan elok dll. Tu yang tak pergi hospital dulu. Tanak diorang cek, pastu bukak kecik so takut sama ada kene balik rumah, or kene tahan lama kat hospital. Tapi dalam hati dah rasa hari tu kena pergi hospital jugak.

Sampai la pukul 6 petang macam tu, aku rasa sakit yang agak kuat. Bila contraction aku kena diam kejap untuk tahan sakit, walaupun belum yang berpeluh punya. So dah ajak Dude pegi spital lepas Maghrib. Tapi sebab mandi2 bagai, dan alang-alang nak dekat Isya’, pukul 8.45 kot aku, Dude dan emak keluar pergi Hospital Selayang.

Sampai sana, terus naik tingkat 5, pergi dulu assessment centre (PAC) doktor yang bertugas cek dulu jantung baby, contraction mommy etc. Kat situ jugak la aku ‘diseluk’ untuk cek berape cm dan doktor itu agak kasar. Jahat! Sakit gile okaaayy… So kesimpulannya ketika itu dalam hampir pukul 10pm, bukaan dah 4 cm.

Lepas dah cek bukaan, HO ambik darah, cucuk tempat masuk air, sebab aku ambik FPP (Full Paying Patient) aku pun di bawak ke wad yang bilik sorang. Kalau aku tak ambik FPP, aku kena tunggu je kat labour room sampai bersalin. time ni aku suruh mak balik dulu sebab rasa lama lagi. Kesian mak nak tunggu. So ayah ambik mak. Tak lama lepas di bawa ke wad, aku di bagi ubat berak untuk keluarkan semua najis dalam usus. Hihi. Tapi serius berkesan ubat berak tu. Tak sampai seminit, habis cair semua dan keluar dengan tenang. Boleh tak nak ada je ubat tu bila rasa2 berak jadi keras? Ok, jijik sikit. sori ;p

Lepas setel buang air besar (sopan kan?), aku tak ingat sama ada aku yang tanya atau nurse/doktor yang offer untuk cucuk pethidine. Kaklang yang suggest ambik. Supaya aku at least boleh berehat sekejap supaya ada tenaga masa nak push nanti. Pethidine ni untuk kurangkan sakit dan boleh buat ngantuk. Dr sebelum nurse cucuk dia dah cakap dah, yang sakit akan tetap rasa, kurangkan sikit je. Aku tak kisah asalkan boleh tido jugak. So, lepas cucuk, even contraction selang 5 minit, selama 5 minit tu, memang aku tidur, contraction je, aku terjaga tahan sakit. Lepas tu terus tido balik. Bagus betul.

Dalam pukul 1 pagi lebih dekat-dekat pukul 2, doktor datang cek bukaan. Ni doktor yang jaga wad pulak, bukan doktor kat PAC tadi, so agak gentle & tak berapa sakit kena seluk. Time ni dah 6-7 cm katanya. So dah kena tunggu kat labour room. Pukul 2 pagi lebih, aku dah terbaring di labour room.

Time ni sakit contraction memang dah agak over, tapi belum tahap nak meneran. Tapi sakit la. Tapi sama macam tadi, lepas sakit, tertidur terus. Bukan tidur-tidur ayam. Memang tidur betul. Bila contract, terjaga balik, tahan sakit dengan zikir semua, lepas sakit habis, tidur terus. Hehehe. Time tak tertido, macam2 suara jeritan aku dengar kat labour2 room berdekatan. Serius psycho gila menakutkan. Maybe diorang bukan Islam, so jeritan diorang punya over tu memang menakutkan.

Dalam labour room (dah tak perasan pukul berapa dah bila dalam labour room), doktor ada datang juga cek bukaan, dah 9 cm masa tu. Belum masa so dia pergi la mana2 tah. Tak lama lepas dia pergi, setiap kali contraction memang sakit la & terasa macam baby nak keluar. Bagi aku yang sakitnya sebab menahan supaya tak terteran dan keluarkan baby. Alaa.. macam kita dah nak berak batu sangat, tapi sebab tak sampai bilik air kita terpaksa tahan tak bagi dia keluar. Macam tu la lebih kurang perasaan tapi dengan sakit 10 x ganda… hehehe…

Setiap kali datang contraction tu, memang aku kuat la suara aku ucap ‘Allahu Akbar’ atau zikir-zikir lain. Sampai boleh dengar kot ke bilik-bilik lain. Masa ni memang dah berpeluh gila. Dude kena kipaskan aku selalu, serius panas. Kalau bukan tengah contraction, aku suruh Dude lap kan peluh sambil aku tertidur kejap. Tapi kadang-kadang dia ter lap masa contraction, so sempat la Dude kena marah. Hahaha. Serius, masa contraction aku tak boleh ada orang pegang mana-mana bahagian pun. rasa berat and sakit. Even Dude bagi tangan dia untuk pegang, aku taknak. Aku squeeze kuat-kuat je cadar dan katil kiri kanan dengan kuat.

Berapa kali dah aku suruh Dude panggil doktor sebab aku rasa macam nak beranak sangat dah. 3-4 jugak la Dude pegi panggil nurse tapi tak dilayan. Maybe diorang ingat belum lagi kot and biasa kot rasa macam ni. Last-last kali ke berapa panggil, baru doktor datang, dia cek bawah dia kata ada satu lapisan tu belum bukak lagi. Boleh je nak try sekarang, ataupun tunggu lapisan tu bukak lagi sejam. Time dia cakap lagi sejam tu aku dah pikir gila apa doktor ni. Terus aku cakap, saya nak sekarang.

Doktor pun bagi tau nurse aku nak try beranak time tu, terus serentak masuk ramai nurse dan a few doktor bertugas. Time tu rasa pelik lak mana datang ramai-ramai orang sekaligus padahal doktor datang tengok aku sorang-sorang. Terasa cam dalam drama omputih pun ada masa tu. Hehehe.

So, bila rasa contraction, doktor suruh push. Aku pun push macam nak berak tu, tapi tak cukup nafas lagi. Dude kat sebelah pun dok bagi semangat. Dia kata dah nampak kepala baby nak dekat keluar, tapi masuk balik. Hehe. Dah cuba 3-4 kali akhirnya Alhamdulilah keluar la Nazheef. Sambil tengah push tu dengar lah bunyi gunting, so tau la doktor gunting bahagian bawah tu (episiotomy) sebab takut terkoyak bila aku teran and baby keluar tu.

Masa ni, serius, tak sakit sangat. Sebab masa contraction kita boleh teran kuat-kuat, tak payah tahan, so kurang la sakit. Tapi macam berak batu yang simpan banyak hari, susah la pulak nak keluar. Cam tu la perasaan dia.

Keluar-keluar je baby, terus aku cakap, ‘lain kali nak normal ke czer eh’. Tergelak doktor dengar. Aku ingat habis kat situ je. Memang dah lega la. Diorang dah lap baby, bagi baby duduk atas dada aku – skin to skin. Sayu je masa tu. Lupa pulak yang time tu nak kena jahit.

Nazheef atas dada

Lepas lap-lap, baby terus letak atas dada mommy

Serius, aku tak gemar bersalin normal sebab masa jahit tu la. Time tu aku berfikir-fikir balik, baik aku czer anak seterusnya. Hahahah.

Diorang memang letak LA (bius) kat area tu, tapi tak boleh banyak-banyak sebab takut area nak jahit tu bengkak banyak air dan akan jadi lembek bila air keluar yang boleh jejas jahitan. So bila tempat yang bius dah habis or kurang, memang menjerit la aku. Dah la proses jahit lama. Ke aku rasa lama sebab tak suka? Tak kira la.. tapi memang rasa lama. Dan sakit. Time tak sakit boleh la aku borak-borak dengan doktor. Tanya belajar mana dulu, kerja mana sebelum ni dan banyak lagi. Tapi time sakit tetap menjerit la. Bila doktor kata lagi sikit je, memang dia tipu. Rasa macam banyak je. hehehe. Tapi serius, banyak-banyak proses bersalin, bahagian jahit bawah tu aku tak sanggup. Contraction memang sakit gila. Tapi aku ni pengilu. Cucuk ambik darah ke vaksin ke pun dah rase seram seram, ni kan pulak terpaksa sedar sepanjang doktor jahit dan rasa sakit. Kalau ikutkan hati, nak je suruh pengsankan aku terus supaya tak rasa sakit. Mengada kan? Hehehe.

Lepas jahit lama yang teramat tu, baru la aku dibiarkan rilek jap kat labour room tu. Nak tengok tekanan darah normal untuk berapa lama tah, then baru boleh masuk wad balik. Mak pun dah sampai time ni, sekali dengan baby. Sambil-sambil dok rest dalam labour room tu dengar ada orang menjerit kuat gila. Serius kuat dan nyaring gila nak mampus. Aku tanya nurse kenapa tu. Nurse kata nak bersalin la agaknya sebab dalam labour room kan. Semoga dijauhkan la aku jadi macam tu bila sakit. Semoga sentiasa la mulut dan hati mengucap-ucap dan mengingati Allah dalam keadaan sakit dan sihat. Amiinnn

Lepas dah bagi masuk wad, sebab rasa busuk gila dengan peluh-peluh tu, aku pun mandi dulu. Rasa best pulak normal sebab boleh je buat benda-benda tu cepat-cepat. Tapi first nak buang air kecik tu, menahan teruk la gak. perlahan-lahan aku lepaskan sebab pedih. Tapi untuk seterusnya ok dah.

Tu la dia pengalaman aku bersalin normal. Catatan ni lebih kepada untuk diri sendiri, untuk Nazheef kalau dah besar dia tanya ke pengalaman bersalinkan dia. Hehehe. Apapun aku bersyukur sangat Allah permudahkan proses bersalin normal aku untuk pertama kali ni. Bila dah habis setiap proses sakit tu, dah tengok baby, tak ada teringat dah sakit-sakit tu. Semoga dipermudahkan juga untuk anak/anak-anak seterusnya.. Amiinnn 🙂
Terima kasih juga pada Dude sebab ada je dekat dengan aku sepanjang kat hospital sampai bersalin dan sampai lah sekarang pun, memang sangat membantu. Sian Daddy. Hehe.. Thank you & wep u! ;p

IMG_8160
Benda-benda lain aku cerita bila ada masa atau bila aku rajin nanti la ye.

Later! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

  1. mak lagenda November 19, 2013
  2. akubiomed November 19, 2013
  3. anuar November 19, 2013
  4. aimaniman November 19, 2013
  5. hafizmd November 19, 2013
  6. azman November 19, 2013
  7. chot November 19, 2013
  8. titan November 19, 2013
  9. JMR November 20, 2013
  10. papa mifz November 20, 2013
  11. Saljuhumairah November 21, 2013
  12. Denaihati November 26, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·