Kempunan William’s Corner Lagi

Semenjak mengandung, rasanya baru sekali kot makan di William’s Corner, Kelana Jaya. Ye la, dengan selera makan kurang & nak travel dari Putrajaya, of course malas. Kalau balik rumah mak pulak, walaupun dekat, tapi malas jugak. Hehehe..

Semenjak habis bulan puasa, rasanya aku memang tak masak dah. Biasa dude yang bungkuskan or delivery kadang-kadang. So balik semalam, Dude tanya banyak kali nak makan apa. Aku tak dapat nak jawab sebab even selera makan dah kembali, tapi, nak makan apa tu masih lagi susah nak fikir. Tanya dude nak makan apa, pun dia tak tau nak jawab.

Lepas tu, tiba-tiba aku teringat William’s, mulut ber air liur dah. Tanya Dude, pegi jauh ok ke. Dia tanya dekat mana?, aku jawab la William’s. Dude terus kata jom! Konfius jugak betul ke tak mamat tu. Jarang gila kot kitorg pergi makan jauh-jauh walaupun teringin sebab malas dan kedekut duit minyak. Hehehe.

So, sesampainya kat William’s, nasib baik parking senang dan tak berapa nak ramai orang lagi. Aku sebab memang dah kempunan Spaghetti Arabiata, antara makanan favourite aku kat sana, terus la order itu.

Spaghetti Arabiata (RM30)

Dengan meatball yang dalam dia ade cheese yang besar2, kuah ala2 pedas dengan cili padi, daging slice yang sedap, portion yang sepatutnya makan 2-3 orang, memang marvellous gile ah. Tapi sebab perut aku dah menjadi kecik sebab berkongsi ruang dengan baby, aku tak mampu jadi macam dulu yang boleh habis terus. Walaupun Dude tolong makan gak, still tak habis, so bungkus la bawak balik untuk breakfast. Best best!

Dude pulak sampai-sampai, agak lama jugak dia nak fikir nak apa. Semua teringin. Last last Dude order:

Garlic Butter Noodle (RM20)

yang ni pun kitorang biasa order gak. Macam makin besar lak portion aku tengokkan. Dengan ayam pandan yang agak besar juga, memang habis la Dude makan. Aku rasa sikit-sikit je sebab sendiri punya pun tak terhabis lagi.

Air memang aku akan ambik Bandung + Soda + Laici, sama macam yang aku pernah cerita dalam entry William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik! Harga memang RM8 untuk gelas besar tu tak kire la air apa yang korang mintak, air buah kosong semata ke, herb soda ke, air yang dalam dia korang nak campur macam-macam ke… semua la…

Selalunya memang ini je yang kitorang akan ambik. Tak pernah ambik dessert ke apa. Tapi kali ni bawak Nawfal, dia pulak dah makan nasi, so terfikir nak bagi dia ala-ala banana split. Tanya kat William, dia kata ada dessert Banana Caramel. Tak pernah try, tapi kitorang order je la.

Banana Caramel (RM12)

Nampak tak betapa banyaknye potongan strawberry kat atas tu. Memang tak kedekut betul. Pastu ada aiskrim vanila mungkin 3 scoop atas banana yang manis. Letak pulak chocolate & caramel sauce. Gile ar menarik. Nawfal pulak takde mood nak makan, minum air je, terpaksa la aku makan banyak benda ni (Owhh.. baru terfikir, patutla aku tak dapat habiskan spaghetti arabiata tu.. huhuhu). Tapi serius, memang ok la rase dia. Portion untuk dessert pun melampau. Memang best ah.

Lepas makan, ingat nak singgah rumah mak, tapi macam patah balik & Nawfal pun dah ngantuk, so balik la Putrajaya terus dengan perasaan riang, gembira dan kenyang gila. hohohho.

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

  1. Sheila Salim September 12, 2013
  2. Mohd Shubhi September 12, 2013
  3. luqmanzakaria September 12, 2013
  4. titan September 12, 2013
  5. azue September 12, 2013
  6. chot September 12, 2013
  7. hazman aka species1980 September 12, 2013
  8. Hafizul September 12, 2013
  9. papa mifz September 12, 2013
  10. Izzuddin Fauzi September 12, 2013
  11. zie fauzi September 12, 2013
  12. hafizrahim September 12, 2013
  13. Khairul Zamri September 12, 2013
  14. KiD September 13, 2013
  15. akubiomed September 13, 2013
  16. jue a September 14, 2013
  17. Dkna Abza September 16, 2013
  18. Hazmin Hamudin September 17, 2013
  19. Mak Lagenda September 17, 2013
  20. Juan September 17, 2013
  21. sohoque September 18, 2013

Leave a Reply to KiD Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·