Burger Bakar Abang Burn di MMA Santai Corner Nilai

Malam tadi, buat pertama kali aku makan Burger Bakar Abang Burn, dan pertama kali aku jejakkan kaki ke MMA Santai Corner di Nilai.

Ye, tau, sangat ketinggalan. Fenomena burger bakar dah lama dah start, tapi aku yang kaki makan ni baru nak rasa. Lama dah teringin.. Tapi tak ada yang berhampiran sangat. So semalam, aku ‘mengoffer’ Abang Hazman untuk belanja aku di Nilai, dan Abang Man dengan baiknya menerima offer tersebut untuk membelanja aku. Apa lagi, orang nak belanja, sanggup terjah Nilai jauh-jauh tu.. Hehehe

Keadaan di dapur Abang Burn. Staff yang sangat malu-malu konon untuk masuk dalam gambar.. Hohoho

Sementara menunggu Abang Man sampai, dan sementara menunggu burger bakar siap masak, aku minta tolong Dude orderkan apa-apa yang boleh dikunyah. Laparr woo.. hehehe. So, Dude orderkan:

Tauhu Bakar sekali dengan sotong gula tuu (tatau nak sebut apa)

Not bad gak la… Dude & Abang Man makan sikit je.. Aku je yang macam makan banyak. Tensen je… huhuhu

Kitorang bertiga order burger yang lain-lain. Abang Man order:

Chicken Supremo

Dude pulak order:

Beef Supremo

Dan aku pulak order:

Kambing Special

Kambing special aku ni tak silapnya RM13.50. Yang Supremo Dude & Abang Man punya RM10.50 kot.. kot la.. Tapi lebey kurang ar.. 😉

Lepas tu sambil tengah order tu, boleh pulak Abang Man tunjuk aku bunting Durian Crepe yang Abang Burn turut jual. Apa lagi. Harusla aku order jugak satu pek.

Dan yang membuatkan aku segan, durian crepe ni pun, Abang Man Belanja sekali. Serius segan gila.. Tapi aku ambik je la dalam segan-segan tu. Hohoho. Nanti saya belanja Abang Man pulak ye maggi kuey teow goreng?.. hohoho..

First sampai burger bakar tu, serius aku tak tau nak makan macam mana. Siap tanya kat Dude & Abang Man, diorang tak bagi fork & spoon ke. Serius besar ok. Rasa macam tak mampu je mulut mungil aku sumbat benda alah ni. So, sebelum makan, aku perhati macam mana Abang Man makan:

Kagum tengok Abang Man makan, 3 suap je dah habis. Ok. Aku tipu. HEhehe.

LEpas tu aku try makan pulak, serius buruk gila aku makan. NAsib baik sedap, so, aku abaikan je la pemerhati sekeliling. Ok, takde siapa yang perhati sebenarnye. Mengharap je ada orang perhati. Hahahaha. Ok, tipu lagi ;p

Rasa cam nak try tak tengok aku makan ni? Hehehe.

Apapun aku suka la jugak suasana dan gerai2 yang wujud kat MMA Santai Corner di Nilai ni. Ada bahagian open air, ada yang berbumbung. Semua gerai nampak macam best-best je. Bukan macam food court biasa. Ada satay Kajang, ada mee ketam, ada nasi ayam ‘Gam’ (ingat beriani je ada gam), ada sup power, ikan bakar, coconut shake dan banyak gila lagi stall-stall yang membuatkan aku nak makan sini hari-hari. Kan best kalau Putrajaya ada cenggini. Hehehe.

Siap ada tempat karaoke lagi. Nasib baik la yang naik pentas menyanyi mostly sedar diri yang suara diorang sedap. so memang best ar dengar. Specially sorang mamat tu memang sedap gila ah dia tarik untuk lagu2 rock macam Kejoraku Bersatu – Search. Serius sedap.

So, sebelum balik, sempat bergambar dengan otai makan & Food Blogger Melayu yang glemer, Nadot. Eh silap, Abang Man… hohoho

Thank you tau Abang Man, belanja Nadot & Dude makan. Jasamu dikenang! Semoga bertambah murah rezeki Abang Man. Boleh belanja kami lagi… Eh… hohoho.. tq..tq..

Kalau rasa nak belanja aku makan, ajak ok.. hohoho..

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 Comments

  1. Kak ain February 9, 2013
  2. faizalPj February 9, 2013
  3. titan February 9, 2013
  4. hazman aka species1980 February 9, 2013
  5. cikRa February 9, 2013
  6. azmanisma February 9, 2013
  7. helmi February 9, 2013
  8. Man February 9, 2013
  9. papa mifz February 9, 2013
  10. syaifuddin alias February 9, 2013
  11. afif February 9, 2013
  12. ishy February 10, 2013
  13. elly-daily February 10, 2013
  14. abangkhai February 11, 2013
  15. Bella Enveeus February 11, 2013
  16. Arrazi February 11, 2013
  17. MK Kimi February 12, 2013
  18. Denaihati February 13, 2013
  19. Nurul February 13, 2013
  20. alamS Legacy February 13, 2013
  21. TehR February 13, 2013
  22. KiD February 13, 2013
  23. hafizmd February 15, 2013
  24. sha February 15, 2013
  25. papa mifz February 15, 2013
  26. Wak Gelas™ February 16, 2013
  27. Juan February 16, 2013
  28. hafizrahim February 16, 2013
  29. ohcikgu February 20, 2013
  30. ProfHariz February 23, 2013
  31. AmiRini February 26, 2013
  32. fiezaradzi February 28, 2013
  33. hafizmd March 1, 2013

Leave a Reply to ProfHariz Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·