Selera Makan yang Hilang & Dia yang Manja

Akhirnya, jemari bulat aku mula mengetuk keyboard lagi setelah sekian lama blog ni dibiarkan bersawang.

Serius, aku tak tau apa kaitan hormon mengandung dengan kemalasan menulis blog. Ataupun aku cuma psycho sendiri mengatakan tak ada mood nak update. Tapi tak kisah la. Dah memang takde mood. Hehehe.

Terasa nak menulis lepas baca comment Kak Jie di salah satu post di Facebook tentang kehilangan semangat mengupdate blog. Kata Kak Jie:

“kitaran biasa seorang blogger…semua orang alami. kalau ‘pause’ lama pun akan jadi mcm tu juga bila nak mula balik… caranya..update benda ringkas dan simple bukan targetkan pembaca/trafik tetapi lebih kepada melatih diri sendiri… dua tiga entri, lepas tu InsyaAllah… momentum utk berblog tu akan datang”

So, aku cuba la untuk mengupdate tanpa mengharapkan trafik dan pembaca.

Aku nak tulis pasal makanan, memang tak boleh lagi dah. Sangat mengada nak makan sekarang sampai dah turun 7kg walaupun dah masuk minggu ke 15 aku pregnant. Kali ni asyik nak makan masakan emak je. Balik rumah mak every week mesti ada request macam-macam. Kalau makan nasi kat luar, 5 suap pun kadang-kadang dah give up. Nasib baik seminggu sekali ke, datang la mengidam yang senang-senang jugak macam tiba-tiba nak Kenny Rogers hari tu, so boleh la habis makan. Sebelum tu tak mengidam Nando’s tapi Dude nak sangat makan sana, so tak habis pun ayam aku makan, sentuh sikit je, the rest Dude habiskan.

Kat office makan chicken soup & mushroom soup je cicah dengan roti bakar. Nasib baik ada jual. Kalau tak, tatau nak makan apa. acececece. Tapi masih tetap morbid obese ye kawan-kawan. Hehehe

Semenjak mengandung jugak, kemengadaan Nawfal sangat terserlah. Tapi orang kata, memang biasa nak dapat adik gitu perangainya. Dah dapat nanti, back to normal la. Aku harap gitu la. Kalau tak, tak sampai hati nak gi kerja hari-hari. Asyik nak menghadap dia je. Sebelum ni okay je mandi dengan bibik atau daddy dia. Sekarang suka betul nak mandi dengan Mommy. Kalau orang lain bawak ke toilet, menjerit ‘Mommy!! Mommy!” sambil menangis macam kena dera. Hohoho.

Tapi ke ‘lawyer buruk’an Nawfal pun terserlah jugak. Daddy kata ikut perangai Mommy. Hehehehe.

IMG_6100

Nawfal yang tengah ajuk muka mommy bila merajuk dengan Daddy

Lagi 2 bulan, genap Nawfal 2 tahun. Dah suka pergi surau, dah suka baca doa dan solat. Paling suka bila Nawfal buka Al-Quran atau Yassin dan ‘baca’ dalam bahasa dia. Lawak gila. Berbelit lidah nak ikut.

IMG_6034

Gangnam style masih menjadi favourite dia. Nak ajar Gwiyomi pulak la sebab lebih comel berbanding video klip Gangnam yang seksi. Harap Nawfal nak la tinggalkan Ganggnam Style. Hahaha.

Belajar agak malas. Sebab mommy & daddy malas mengajar juga. Hohoho. Kalau neneknya rajin la mengajar. Prefer gambar dari abjad atau nombor. So, gambar banyak la dah kenal. Huruf, Baru kenal huruf ‘O’ je. Dengan A kot. So, sekarang suka menulis nombor ‘1’ dan huruf ‘O’ atas kertas. Setiap kali buat bulat tu, menjerit happy dia “O!!”. Kalau nombor 1 dia tulis panjang sangat, dia akan sebut “Olar..!” (ular maksud dia). Ha.. tu nenek dia ajar. Hehehe.

Dan Nawfal sekarang hanya boleh sebut perkataan berbunyi 2 suku kata je. Kalau “Putrajaya”, dia cuma akan sebut “Baya”. Kalau ajar satu-satu, macam ajar ‘Putra’ dulu, then sebut ‘Jaya’ je, boleh la. Tapi bila suruh gabung, tetap ‘Baya!’. Di ajar panggil Ima sebagai ‘Cik Ima’, Tapi Nawfal akan panggil Ima je. Sama la dengan nama lain yang kena sebut melebihi 2 suku kata, dia akan sebut mana yang best untuk dia. Hohoho

Seronok juga tengok Nawfal sayang baby. Baby siapa-siapa pun kalau dia tengah dekat, orang lain akan ditolak walaupun kakak baby tu sendiri. Dia ingat baby dia la. Kalau Dude pegang perut aku, dia akan tolak tangan Daddy dia. Lepas tu dia cium perut mommy dia. Harap sikap protective dia akan kekal untuk adik dia. Hehehe.

IMG_6111

Nawfal yang suka buat muka sambil pakai kupiah dan pegang Yasin walaupun berseluar pendek..

Haishh.. Panjang lak post yang tak bertargetkan pembaca ni. Hehehe. Anak kan, first plak tu. Bagi kita dia la yang paling best, paling bagus, paling comel semua. Semua parents rasa gitu kot. Ke, aku yang overr?.. hohoho. Tapi ni pun sebagai kenangan dan ingatan dengan harapan Nawfal boleh baca one day dan tahu betapa sayang nya mommy & daddy kat dia.

Semoga mampu lagi tulis post walaupun untuk diri sendiri je esok lusa.

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

  1. Melastik Bintang April 29, 2013
  2. Asyrof Asri April 29, 2013
  3. afif April 29, 2013
  4. sweetkurma April 29, 2013
  5. BeritaKaki April 29, 2013
  6. suri April 29, 2013
  7. eyriqazz April 29, 2013
  8. syu90 April 29, 2013
  9. titan April 30, 2013
  10. jue a April 30, 2013
  11. anip May 1, 2013
  12. ishy May 11, 2013
  13. hubtips May 26, 2013
  14. munir ardi June 9, 2013
  15. Kaedah Hebat Di Kamar June 12, 2013
  16. Rina July 24, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·