Aku Tak Mampu Menulis Lagi

Aku tak mampu menulis lagi. Aku mampu makan je. Sungguh, aku tak tipu. Semenjak selepas Anniversary Dinner yang Best malam 29 hb Januari, masih belum ada entry baru yang aku dapat tulis. Material berupa gambar dan idea dah banyak tersimpan dah dalam memory card iphone 4 aku sampai memory tinggal sikit gila.

iphone memory

Tu lah, 2 tahun lepas mampu beli yang 16 gb je. Tapi better la dari sekarang yang tak mampu beli apa-apa kecuali, makanan. Dem!

Sambutan anniversary akan aku ceritakan dalam entry yang akan datang, yang entah bila la datangnya. Tapi, aku sangat berharap, esok lusa lah. Nak cakapnya, lepas aku makan buffet masa dinner tu, sampai rasa nak meletup perut – tapi tetap tak berhenti sebab sayang takut membazir – aku dah tak mampu menulis. Esoknya, aku makan lagi banyak-banyak. Lusa pun, tulat, tungin dan seterusnya pun sama.

Niat tak nak makan malam tak pernah berjaya. Jadi, aku cuba tone down kan sikit niat tu. Aku cuba niat untuk tak makan nasi malam, makan benda lain tak apa. Alhamdulillah, niat tu berjaya, tapi aku gantikan dengan maggi 2 bungkus, atau cheese nan, sekali dengan ayam tandoori, sekali dengan tapai atas meja restoran mamak Presint 8 yang macam tak luak tu. Aku kesian, takut tapai tu tak elok, aku beli la 1. Baik kan? ;p

Dan semua nafsu makan aku yang menggila ni, telah mematikan terus nafsu aku untuk menulis blog. Serius, salah hormon. Bukan salah aku.

Selepas 5-6 hari tanpa entri, macam tak boleh jadi. Aku macam perlu berbuat sesuatu. Aku perlu seimbangkan nafsu makan, dan nafsu menulis blog. Jadi, selepas durian crepe gebu 4 ketul pukul 6.30 petang, seketul burger bakar pukul 9.50 pm dan sebungkus maggi asam laksa pukul 10.40 pm, aku pun menguatkan semangat untuk menulis entry ni.

Alhamdulillah, aku berjaya!

Jadi, korang, mari bersama-sama doakan aku mampu kurus.
Hahahahahahaha…

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 Comments

  1. KiD February 4, 2013
  2. Ladfe Amir February 4, 2013
  3. titan February 4, 2013
  4. sohoque February 4, 2013
    • nadot February 5, 2013
  5. Katak Comel February 4, 2013
  6. azman February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  7. ishy77 February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  8. papa mifz February 5, 2013
  9. Anuar February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  10. TehR February 5, 2013
  11. Ezad Skytech February 5, 2013
  12. donnyien February 5, 2013
  13. Arrazi February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
    • akubiomed February 5, 2013
  14. hafizrahim February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  15. hafizmd February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  16. Zarul Umbrella February 5, 2013
    • nadot February 5, 2013
  17. iOS Gear February 5, 2013
  18. Elieza February 5, 2013
  19. Dkna Abza February 5, 2013
  20. syaifuddin alias February 5, 2013
  21. Denaihati February 5, 2013
  22. Amirez February 5, 2013
  23. hazman aka species1980 February 5, 2013
  24. wono February 6, 2013
  25. suri February 6, 2013
  26. fiezaradzi February 7, 2013
  27. halif February 24, 2013

Leave a Reply to iOS Gear Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท