Delicious, Memang Delicious!

Cafe Delicious, Setia City Mall menjadi pilihan aku & Kak Faezah untuk Farewell Lunch Date la konon, sempena meraikan pemergiannye yang nak sambung PhD nuuuunnn jauuhh di Bangi. hehehe.

Bajet macam tak jumpe lg, padahal lepas farewell lunch tu 2 kali kot jumpa kat Putrajaya sebab same-same tinggal situ. Ishk.

Interior

Anway, tu first time aku ke Setia City Mall dan first time juge makan di Cafe Delicious lepas Vicky puji melangit Cafe ni yang membuatkan aku berkobar-kobar nak try.

Selain tu, aku decide untuk try Delicious sebab nampak waiter cute! Dengan harapan, dia akan datang meje & ambik order kitorang.

Ni la waiter yg agak cute tu..cute ek?.. hoho

Tapi sedey sangat coz dia datang sekejap je hantar fork & spoon kot, tak pandang pun aku yang tengah batting my eyelashes untuk flirt konon. Kecewe.

Then datang la another staff untuk ambik order. Nama beliau adalah Zaki.
(Ok, aku mmg rajin tanye name org yg mengambik pesanan kalau nampak dia cam baik je ;p)

Zaki orang Kedah yang baik n peramah (^_^)

(Tengok, bile bercerite pasal waiter, terus lupe makanan dah..hoho)

Sebenarnye, before pegi lunch ni dah ade jamuan raye dekat fakulti yang agak banyak la makanan dia. So aku takde la order benda berat sangat. Berat sikit je. hohoho. So, aku order:

1) Banoffee Pie (RM12.90)

Aku teringin nak try ni semenjak merasa banoffe pie yg Vicky buat. Vicky kate kat Delicious ni lagi sedap. So, verdict: boleh tahan, boleh consider untuk diorder lagi. Kalau korang nak rase pie yang ade banana, toffee & cream kat atas dia, boleh la try yg ni. Agak besar gak sebenarnye. So, worth la kot the price… ๐Ÿ˜‰

2) Death by Iced Chocolate (RM10.90)

Menarik gile name dia, which was one of the reasons aku pilih nak minum air ni. Disamping bertanyekan recommendation dari Zaki la. hihi. Aku suke! Ade ice cream vanilla skali on top. Agak kurang manis yang aku boleh je minum. Tapi saje nak maniskan lagi sikit kata Zaki boleh mintak air gula, so aku tambah la sket. Sedaaapp woo.. Kalau korang suke chocolate, tp x brpe suke yg pekat2 sangat pnye chocholate, I highly recommend yg ini (^_^)

Lepas tu, cam biase la, aku mane leh berpuas hati dengan satu makanan je..Nak jugak side dish. So, aku order,

3) Crispy Fried Mushroom (RM15.90)

Ini memang marvellous!..aku memang suke cendawan, so memang sedap la.. Portion pun boleh tahan, but still tak rase RM15.90 berbaloi sangat.. Tapi untuk aku yang suke mushroom goreng tepung, aku tetap akan repeat order walapun ade rase sedikit membazir…hehehe.. yang ni gune button mushroom, tak sure yg fresh or dalam tin coz tepung dia memang sedap. To mushroom lovers, boleh la try k.. ๐Ÿ˜‰

Kak Faezah plak try:

4) Mama’s Beef Bolognese Spaghettini with Meatballs & Parmesan

Agak sedap jugak spaghetti dia.. Meatball pun ade 5-6 ketul. Cume lagi best kalau harga dia bawah RM20. Mesti lagi sedap! hohoho

5) Tall Latte decaf (RM9.90)

Sebagai seorang pencinta coffee yang tegar, memang pegi memane pun asek nak carik latte je. hoho. Ok je la, cam latte la rase nye.. hohoho

Cam biase, sebelum & selepas makan, harus la cam whoring banyak sket.. hehehe

Zaki yang peramah siap lepak dengan kitorang sambil berdiri hampir setengah jam menceritakan sejara Cafe Delicious dari A to Z. Panjang sangat ceritenye, tak dapat nak cerite kat sini… lupe pun sebenarnye.. hohoho

Banyak gak cawangan cafe Delicious ni, so kalau teringin boleh lah singgah laman web Delicious ni untuk carik yang mane paling dekat dengan korang ๐Ÿ˜‰

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

  1. Eizil September 13, 2012
  2. muazfaris September 13, 2012
  3. hazman aka species1980 September 13, 2012
    • nadot September 13, 2012
  4. Rem September 13, 2012
  5. hafizrahim September 13, 2012
  6. donnyien September 13, 2012
  7. sweetkurma September 13, 2012
  8. Hazmin Hamudin September 13, 2012
  9. matjoe September 13, 2012
  10. Adam Dzirhan September 13, 2012
    • nadot September 13, 2012
  11. Nava Krishnan September 13, 2012
  12. boni kacak September 13, 2012
  13. Denaihati September 13, 2012
  14. KiD September 13, 2012
  15. Nurul September 14, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท