Kehadiran Orang Baru

Alhamdulillah, 12 Oktober lepas, selepas menunggu 9 bulan, aku dan keluarga menerima kehadiran orang baru dalam hidup kitorang. Baby dah umur 24 hari, baru aku mampu pegang laptop untuk update entry pasal baby baru. Selalu je pegang laptop, tapi semata-mata untuk tengok Running Man & bukak Facebook. Hehehe.

Nazheef collage

Kali ni, dapat baby boy juga. Boleh kawan dengan Abanglong Nawfal. Harap memang betul kawan la, bukan gaduh-gaduh. Amiinn..

Baby lahir ringan je, 2.79 kg & pendek je, 49 cm di FPP Hospital Selayang. Kalau Nawfal dulu lahir 38 ++ minggu dengan 3.15 kg. Tapi Czer. So untuk kali ni, bila dari awal baby macam agak ringan, aku dapat rasa yang Allah nak tolong aku yang penakut sakit mengada ni bersalin normal kot. So, Alhamdulillah, dapat bersalin normal untuk pertama kali.

Mommy & Nazheef

Hari ke-2 lepas bersalin. Macam cantik je… Macam comel je… Macam cute je… hohohoho

Lepas consider beberapa nama, kitorang suruh Kakcik bukak kamus Bahasa Arab )yang dah berusia lebih 10 tahun dari zaman aku skolah dan diturun temurun kan kat adik2 pulak) dan cari maksud betul-betul. Ye la, banyak je buku atau website pasal nama-nama baby Muslim ni, tapi kadang-kadang kitorang cari dalam kamus, sama ada takda maksud, atau ada maksud lain yang tak berapa best. Atau dua ejaan berlainan hampir sama yang satu maksud elok, satu maksud tak elok.  So banding-banding, fikir-fikir, aku & Dude & mak decided on nama “NAZHEEF” yang bermaksud ‘yang bersih’, ‘yang suci’, ‘yang kemas’. Semoga baby besar nanti rajin tolong Daddy dia mengemas sebab Mommy pemalas nak tolong. Hehehe.

Nazheef lahir betul-betul on the due date yang doktor bagi, 12 Oktober 2013, pukul 5.24 pagi. Aku sebenarnya berharap awal sikit, boleh settlekan proses nak pergi belajar cepat. Tapi Allah dah atur cantik dah, aku redha je. Hehehe. Nanti next entry akan aku jot down pengalaman pertame bersalin normal. Supaya aku tak lupa. 🙂

Nawfal memang seorang abang yang baik. Tak jeles dengan adik, asyik nak sayang adik. Tapi dengan mommy & daddy tak baik sangat. Jadi bertambah manja over & jadi pemarah juge. Tu memang ikut perangai mommy betul.. Tensen… hoho.. Lepas tu 24/7 memang berkepit je dengan mommy. Kalau masuk bilik nak pam, lepak 3-4 jam dalam bilik sementara baby tido, 3-4 jam juge lah Nawfal dalam bilik dok sebelah mommy. Overr sangaattt.. Seb baik sayang 🙂

IMG_7994 pixlr

Terima kasih juga kawan-kawan & sedare mara yang datang visit baby. Tak terambik gambar dengan semua. Lupa dok sebuk borak2. Tapi dengan dorang ni memang takkan lupe ambik gambar la. Memang hobi dorang. Hehehe..

IMG_7904 pixlr

Peanut, Shidah & Yah

IMG_8002 pixlr

Amal, Yoz & Yasmina

Hari ni, baby dah 24 hari. Tak dapat tunggu habis pantang, terpaksa keluar esok gi OU kot beli barang sikit2 nak pergi belajar. Lusa pulak gi KL buat Visa. Takut memikirkan kurang sebulan dah nak berangkat dengan anak 50 hari baru masa tu. Huhuhu. Semoga dipermudahkan Ya Allah.. Amiinn…

Korang doakan aku ye… Tq banyak2… 😉

IMG_7969 pixlr

Nazheef – sebelum cukur & selepas cukur 🙂

Later! 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

  1. titan November 4, 2013
  2. eyriqazz November 4, 2013
  3. mama darwiish November 4, 2013
  4. rayha November 4, 2013
  5. jue a November 4, 2013
  6. Hazmin Hamudin November 4, 2013
  7. OH Ping Blog November 5, 2013
  8. chot November 5, 2013
  9. rozita November 6, 2013
  10. hafizmd November 6, 2013
  11. halif November 7, 2013
  12. papa mifz November 10, 2013
  13. bimbel murah di jakartabarat November 12, 2013
  14. haidar November 15, 2013
  15. Nur March 16, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·