Hubungan Songsang

Masa di Malaysia, walaupun biasa dengar tentang hubungan songsang atau hubungan sejenis atau homoseksual ni, tapi tak ada la orang sekeliling aku yang ada hubungan macam tu. Tak tau la kalau diorang pandai merahsiakan dan aku tak tau ke. Hehe.

So, bila dekat sini, bila ada pasangan perempuan dalam office aku yang mengamalkan hubungan songsang ni, aku pun agak confuse, terkesima, terfikir, dan macam-macamlah perasaan bercampur baur..hehehe. Dah la aku borak juga dengan diorang kadang-kadang. Sambil borak mesti otak aku terfikir je macam mana diorang macam ni sebab ala-ala perempuan sejati gak la. Memang diorang dah register sebagai civil partnership pun dekat sini, kiranya dah officially macam pasangan suami isteri la tu.

Civil Partnership tu maksudnya adalah ‘perhubungan yang sah’ yang boleh didaftarkan oleh pasangan sama jantina.

Itu yang perempuan.

Lepas tu, ada sorang student Master lelaki kat sini yang aku pernah borak la gak dengan dia sekali, aku dapat tau, dia adalah gay dari tanpa sengaja mencuri dengar perbualan orang. Hehe.

Masa tu kawan tu cerita. “C has a fiance, he’s already in his 40s and working as a lawyer”. Yang si C tu sambil buat Master sambil kerja juga sebab rasa bersalah ‘tunang’ dia je yang bayar everything menampung kehidupan diorang. So, yang dok mengumpat tu, bukan umpatkan pasal diorang Gay, tapi umpatkan pasal tunang dia yang bagi si C ni kerja jugak walaupun tahu kalau ambik Master by coursework ni memang busy. Betapa tak kisahnya diorang dengan hubungan sejenis ni.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ada juga aku tanya sorang technician kat sini, yang hubungan songsang ni memang dah betul-betul widely accepted ke kat UK ni. Dia kata orang-orang kampung or yang tua-tua tak berapa boleh terima lagi la. Orang-orang muda & moden yang tak kisah je. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni benda biasa, tak payah nak hairan sangat. Tapi walaupun memang dari dulu tahu pasal kewujudan hubungan songsang ni, aku tetap rasa confuse gila.

Kadang-kadang bila dok sini, dan terdedah dengan perkara macam ni, rasa risau gila. Rasa dekat je dengan orang-orang macam ni, yang kalau Allah nak bagi bala, aku pun boleh terkena tempiasnya. Kalaulah diorang tau Al-Quran itu benar, dengan cerita-cerita tentang kaum Sadum yang dah ditimpa azab yang dahsyat sebab mengamalkan homoseksual, agaknya diorang buat lagi tak?

Rasanya buat lagi, sebab kita yang Islam tau banyak benda tak boleh buat atau kena buat, tak juga kita ikut sepenuhnya.  Astaghfirullah…

Pening kepala, nak kena tidur ni. Hihi.

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

  1. sweetkurma June 24, 2014
  2. Hero Borneo June 25, 2014
  3. Naziman Azlye June 25, 2014
  4. Myra Jay June 27, 2014
  5. Rabia Sensei June 27, 2014
  6. Hairul Azni June 28, 2014
  7. Hijab Terkini June 28, 2014
  8. iOSGEAR June 28, 2014
  9. NotaKembara July 4, 2014
  10. titan July 4, 2014
  11. Mazni Azmi July 5, 2014
  12. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·