Goodbye 2013 & Welcome 2014

Takde idea sebenarnya nak tulis pasal pemergian 2013 & kedatangan 2014 ni. Maybe sebab aku tak berapa nak merasai kot semangat masuk tahun baru sebab semangat tu dah dicurahkan masa awal Disember masa jejakkan kaki ke UK ni. Hohoho. Tapi dah semua orang tulis, nak la jugak tulis. (^_^)

Macam biasa lah, 2013 mesti la banyak meninggalkan pengalaman pahit dan manis untuk semua orang. Tapi serius, aku tak ingat dah apa yang pahit tu. Aku dari dulu memang jenis yang mengingat je especially benda2 tak best sampai hati jadi dendam, jadi bitter, jadi benci. Tapi dah tua-tua matang ni, emosi marah ke apa time waktu kejadian je, esok lusa, dah lupa langsung. Seronok jadi diri sekarang ni. Ringan sikit hati dan kepala. Hehehe.

Tapi benda manis, banyak nak dikenang. Yang bestnya bila mendiagnos diri sendiri sebagai mengandung lagi seminggu dua selepas sambut Anniversary di J.W Marriott. Hehehe. Best wooo… Anak itu memang rezeki, daripada awal tahun aku tau aku pregnant, banyak benda yang baik-baik yang berlaku sepanjang tahun.

Akhir Februari dapat tahu yang aku lulus temuduga scholarship staf dan boleh pergi study oversea. Kemudian bila interview via skype dengan 4 panel dari University of Edinburgh & SRUC, ingat tak lepas dah sebab jawab merepek-repek je, tapi Alhamdulillah, few hours after interview, diorang bagi email yang aku berjaya.

Yang seronok lagi, bila sejak dari beberapa tahun dulu, UiTM agak susah untuk lepaskan staf ke UK kalau bukan ke TOP 4 universities kat UK macam Oxford, Cambridge, UCL & Imperial. Tapi dalam tengah berdebar tunggu keputusan meeting UiTM sambil tak buat back up lain langsung, dapat berita, meeting luluskan untuk aku pergi sambung di universiti pilihan. Bersyukur gila masa ni. So kat Edinburgh ni, aku akan buat kerja di Roslin Institute under SRUC.

roslinconceptual_400x200

Roslin Institute

Kebersyukuran itu bertambah bila mana aku melahirkan Nazheef secara normal dan agak mudah pada 12 Oktober lepas. Sakit memang sakit, tapi habis sakit lupa langsung camne sakit nya. Yang kita ingat, happy je sebab anak selamat. Punya lah hebat kuasa Allah kan? Alhamdulillah…

Nazheef atas dada

sejurus selepas diberanakkan, atas dada mummy

Lepas tu, Nazheef baru 51 hari, kitorang dah selamat sampai kat Edinburgh.

Itu yang benda besar-besar nya lah. Tapi  di antara tu, banyak je lagi benda best2 yang jadi. Aku bangun tidur dan masih bernafas pun memang dah rasa hebat sangat dah. Alhamdulillah lagi.

Jadi, untuk tahun 2014, aku mengharapkan dan mendoakan lagi banyak perkara-perkara baik akan berlaku. Yang paling aku harapkan dan berazam konon, aku dapat ubah perangai-perangai buruk aku jadi baik. Dari pemalas gila, jadi perajin yang amat dalam semua benda yang aku buat, dapat buat projek PhD aku betul-betul, rajin baca journals banyak-banyak dan focus buat kerja. Aku juga berharap dapat jadi lebih penyabar, takde nak gelojoh, tamak dan pemarah sangat. Hehehe. Aku pun nak jadi manusia yang lebih bersyukur, yang menghargai dan mempergunakan sebaiknya setiap detik yang ada dengan Dude & anak-anak, yang ambil masa untuk tengok sekeliling dan bersyukur akan semua yang Allah kurniakan. Aku harap dapat buang semua sifat mazmumah yang banyak gila dalam diri aku dan perbanyakkan ibadah dan jadi hambaNYA yang lebih baik. Haiishh, banyak lagi yang aku berharap & berazam sebenarnya. Tapi cam poyo plak nak cerita semua, 5 hari tak habis. Aku simpan dan cuba usaha sendiri je la. Hehehe.

Pendek kata, semua azam atau harapan yang best-best yang aku nak, semua bermula dengan diri aku sendiri. So kenala cuba bersihkan hati yang tak berapa nak bersih sangat ni. Semoga berjaya Nadot! Hihihi.

Sebenarnya entri ni aku nak post pasal dinner yang aku tapau malam tadi yang sedap, tapi takpe la. Tu tunggu entry lain plak. Hohoho.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

  1. titan January 1, 2014
  2. nadot January 1, 2014
  3. puanbee January 1, 2014
  4. abang Ujang January 1, 2014
  5. Abang Ensem Berketak January 1, 2014
  6. jue a January 2, 2014
  7. hazman aka species1980 January 2, 2014
  8. akubiomed January 2, 2014
  9. Rina January 9, 2014
  10. Hafizul January 18, 2014
  11. Sheila Salim January 25, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·