Permohonan Anda Diluluskan!

Alhamdulillah. Dapat SMS dari BPP pagi Jumaat:
(Abaikan keburukan tepon pertama beli sendiri hampir 6 tahun lalu ;p)

IMG_5147

Bukan rumah pun. Just a very small piece of bungalow lot dekat dengan kampung ayah, tapi dalam kawasan perumahan. Yang seronoknya, kampung kitorang dekat Beranang je, just after Semenyih which is 5 minute away dari projek SP Setia yang baru kat area Rinching tu (Setia Eco Hill). Sebab aku dengar Sp Setia akan masuk situ la, aku terus cari lot banglo kat sini sementara tengah mampu lagi di cover loan.

Sebenarnya, niat tak nak sentuh dulu Loan Kerajaan ni. Nak la tunggu sampai balik belajar, then combine loan dengan Dude untuk beli rumah untuk duduk di mana-mana – ala, macam kebanyakkan orang-orang gomen lain punya perancangan. Hohoho.

Tapi, aku bukan ‘orang gomen lain’. Aku suke ikut aci redah aku. Kalau aku rasa nak & rasa betul, aku buat juga. Lagipun nak beli tanah, pinjam kat bank mesti Margin of Finance mesti rendah gila. Takda cash dah aku nak cover. Kalau dengan BPP, dapat la 100%. Alhamdulillah. Aku tak tau la keputusan ni betul ke tak, tapi semuanya aku serahkan pada Allah untuk menjaga dan melindungi.

Tau, kalau dari pandangan mata kasar investor tegar, apa yang aku buat agak merugikan. Ye la, bayar tanah untuk jangka masa yang lama tanpa dapat positive cashflow dari pembelian tu. Duit + gaji bukan banyak mane pun. Kira kalau beli ni memang cukup-cukup makan je la pas ni (hint mintak orang belanja..hohoho).

Tapi sebab aku pikirkan ni pembelian last before aku sambung belajar dan berharap aku akan berjaya dapat PhD supaya gaji pun naik, aku redahkan juga.

Niat aku, nak buat rumah banyak bilik bila ada banyaaaaakk duit nanti. hohoho. Aku berdoa semoga Mak & Ayah akan dipanjang-panjang kan umur sangat-sangat supaya boleh tinggal dalam rumah tu bila kitorang dah mampu untuk bina lah.

Ayah teringin nak balik and tinggal kampung. Adik beradik ayah memang mostly kat kampung lagi. Tu yang kitorang slalu juga balik kampung dan agak rapat yang menyebabkan ayah nak duduk kampung. Tapi sebab tanah kebun ayah yang atok bagi jauh ke dalam kampung kitorang, lepas tu berbukit, lepas tu mak tak boleh kalau takda majlis perbandaran ke apa untuk angkut sampah. Sangat hygienic mak aku tu. Hehe

So, bila dengar aku beli kat situ, mak suka sangat la. Sebab memang dalam kawasan taman perumahan, so ada la Majlis Perbandaran nya angkat sampah etc. Dah la memang 5 minit je dari rumah kampung kitorang. Tu yang aku berharap ada rezeki untuk buat rumah kat situ dalam masa 10 tahun dari sekarang target aku. Mampu ke? huhuhu..

Semoga sempat la masa tu untuk aku kumpul duit buat rumah untuk mak ayah tinggal sekali bila-bila diorang nak especially time ada kenduri kat kampung. Tak larat dah kot ayah nak drive ulang alik dari KL bila dah sangat tua nanti. Diorang tinggal situ je pun takpe sebab planningya, kalau aku masih mengajar di Shah Alam, kitorang nak duduk je Kuarters Putrajaya.

Aku berdoa sangat semoga la impian aku ni dipermudahkan dan dapat tercapai. Plan je, apa yang jadi nanti ketentuan Allah juga semuanya.

Banyak sangat la pulak impian aku. Nak dapat sambung PhD la, nak buat rumah la etc, tapi amal ibadah teruk je lagi. Tak usaha untuk perbaiki sangat. Kadang rajin, kadang malas. Tapi nak minta macam-macam. Astaghfirullahalazim… Semoga diberikan la kekuatan untuk aku beurbah.

Amiinn Ya Rabbal ‘Alamin

Later! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

49 thoughts on “Permohonan Anda Diluluskan!

  1. Pingback: Permohonan Anda Diluluskan | Nadot’s Words

    • takde la murah sangat… tanah pulak kecik..masa beli ni… RM20++
      tapi dok tengok iklan2, memang tak banyak dah nak jual n jual pun dengan harga RM30++.. ada yang murah pun, yang lot besar gila yang saya tak mampu… huhuhu
      nadot recently posted..Permohonan Anda Diluluskan!My Profile

    • Bpp tu bhgn pinjaman perumahan- yg uruskan permohonan loan rumah gomen.

      Tu la.. Semoga la hati ni betul2 ikhlas n beroleh kebaikan. Tq elly!! :)

  2. Tahniah! Jangan fikir pemikiran orang gov terlalu noob. Mak saya pun org gov, keje kat uitm shah alam. Die cerita kat kitorg adikberadik, dulu masa muda2 dulu mase start keje sbg admin kat uitm dah start beli tanah. kat sek8 dulu dlm 30k je lot banglo (kami duduk skrg, harga tanah sahaja 500k), pastu ada beli tanah kat ijok, tgok2 skrg MRT smp kat sane. pastu ada beli tanah kat bangi, tengok2 skrg membangun dh.

    mak dan ayah saya mase muda2 dulu memang rajin beli tanah kt bnyk tempat2. dan skrg mostly tempatnya dah jadi hot spot. tak sangka plak. hehe
    Encik Din recently posted..Permulaan 2013 yang baik. Matlamat tercapaiMy Profile

    • Sorry. Tertinggal perkataan ‘kebanyakkan’. Dah di edit dah. Hehe.
      Op kos bukan semua. Tp kalau keliling saya kebanyakkan gitu specially yg same2 gomen hasben n wife cam sy. Tp ada juga yg mmg dah banyak biji rumah n tanah kat mana2…

      Tapi maksud saya dalam tu yang gune ‘gomen loan’ instead loan luar. Kebanyakkan mesti akan tunggu dapat rumah idaman gabung loan gomen dgn spouse utk beli. X salah pun sbb mmg interest rendah. Dan x anggap diorang noob pun.

      Oh.. Same la di uitm shah alam juge. :) tu la.. Seronok dengar crite senior3 betape murahnya tanah kat sini dulu :)

        • Bagus la encik din ada emak camtu. Parents saya langsung xde business minded walaupun tugas ayah nasihat orang pasal business/koperasi.

          Blajar sndiri2 je la… :)

          P/s: sy edit tambah komen di atas (^_^)

  3. 1st..tahniah..sgt mengkagumkan sy. Diam berisi :)
    2nd..btl..haha..kita minta mcm2..tp diri sendiri xde pun nk bg mcm2..tang tu jgk..huhu..kne kat btg hidung sendiri..huhu

    • Mane diam sangatt.. biasing aje… hoho…tq..tq..
      tu le pasal kan..macam2 nak.. tp sendiri tah pape… semoge sama2 kita dapat berubah ;)

  4. dulu beranang ngan semenyih macam tak membangun sangat, baru2 nie pergi dah ada tesco, kfc ngan Mcd.. pesat membangun kat saner..

    tahniah, semoga aper yang dirancang berjalan dgn lancar..
    sazuwi recently posted..Bumi Semakin PanasMy Profile