Selamat Tinggal City Sayang

Sabtu lepas ada aku share tentang pemergian City yang aku sayang di Facebook.

Susah juga nak jual. Ramai individu berminat, submit loan tak lepas. Atau submit loan kurang 1-2 k pun tak nak. Kire memang diorang berharap tak payah keluar duit langsung. Last-last, kami jual pada car dealer kat Batu Pahat sebab ada contact. Kena top up sikit, tapi better kot dari simpan lagi 1 bulan dengan jumlah yang hampir sama kena bayar kat bank monthly.

fb honda jual

Sebelum jual, ada 5 kereta dalam family aku yang bernombor plat kan 1551. Sekarang tinggal 4 je selepas City aku terpaksa dijual.

Ayah dari dulu suka nombor plat kahwin. Pernah Wira kitorang 8558. Takde special apa pun nombor 1551 tu. Tapi sebab ayah dah ada, so di suruhnya semua kereta letak nombor tu. Boleh claim katanya. Tapi kitorang baik, takde la nak claim dengan dia. Hihihi. Lagi pun masa beli nombor tu, tak cecah ribu lagi. Tak tau la nanti macam mana. Harap masih murah lagi 4 tahun akan datang. Huhuhu

Apapun, agak sedih jugak jual kereta ni. Ye la, first kereta guna duit sendiri & suami untuk beli 3 tahun lepas. Okay, fine, duit bank. Tapi maksudnya sendiri beli lah. Selama ni meminjam je kereta lebihan kat rumah sementara ayah guna kereta office. Hehehe.

Walaupun aku bukanlah ‘orang kereta’ sangat, dan tak jaga betul-betul pun kereta ni, siap pernah eksidenkan sampai kena claim insuran, dan harap Dude je yang jaga, tapi of course sayu masih ada. Aku perempuan kan. Mesti la ada taman dalam hati. Hohoho…

Sayu kadang2 tengok kereta same jenis sama warna lalu kat sebelah. Sayu je la. Takde la meleleh air mata. Hehehe.

Semoga suatu hari nanti aku mampu beli kereta yang better dan besar sikit sebab anak ramai dan aku tak reti packing barang sikit. Amiinn.. Achewah!.. Heheheh.. Doakan aku eh..

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

  1. titan September 24, 2013
  2. Kujie September 24, 2013
  3. aslam September 24, 2013
  4. Mak Lagenda September 24, 2013
    • nadot September 24, 2013
  5. Hazmin Hamudin September 24, 2013
  6. Ustazah Ain September 24, 2013
  7. hafizmd September 24, 2013
  8. Bahrain September 25, 2013
  9. Farid Adam September 25, 2013
  10. akubiomed September 25, 2013
  11. ohcikgu September 26, 2013
  12. Bella Enveeus September 29, 2013
  13. Khidhir October 16, 2013
  14. haidar November 16, 2013

Leave a Reply to haidar Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·