3 Tahun Yang Seronok la Jugak

Ini entri geli-geli khas untuk suami terchenta. Tribute untuk dude yang dah banyak berkorban jiwa raga untuk aku.Achewah! Asyik cerita pasal orang lain je, sekali-sekala lebihkan suami sendiri, ok kot kan? Hehehe. Kalau rasa geli sangat, tunggu entri lain lepas ni ok. Hohohoho
____________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, diizinkan allah swt untuk aku dan Dude bersama selama 3 tahun dah. Pada tarikh ini, 3 tahun lepas, pukul 8.30++ pm, kitorang sah bergelar suami isteri. Sebelum tu dah berkawan, bercinta konon dan bergaduh sejak 5 tahun sebelum tu dari akhir 2004 lagi kot.. kot la..

Time tu, walaupun aku obese, tak la semorbid obese macam sekarang. Nak cakapnya, cinta tak mengenal rupa bentuk badan.. Acecececece… hehe

Dude la yang rajin sangat mengurat aku dulu. Bagi ucapan guna Hitz.FM tuju lagu la, ape kebende lagi tah la rajin dia buat untuk aku. Aku yang tengah nak aim orang lain pun goyah la sket kan.. Hahahha.. ok, tipu. ;p Tapi sekarang,  hampeh. Aku je la tuju lagu untuk Dude, tapi aku nyanyi sendiri la, tu pun kadang-kadang dia suruh aku diam sebab tak leh fokus drive. Kejam!.. hohoho..

Kahwin angkat crop

Aku yang terpaksa angkat Dude ;p

Dalam masa 5 tahun sebelum kahwin tu, setahun kitorang berjauhan, aku gi sambung belajar. Nasib baik telefon dari sana ke sini murah. So, tiap-tiap hari aku gaduh. Macam yang pernah diterangkan sebelum ni, versi gaduh kami adalah, aku marah-marah, Dude buat dek sambil layan game atau buat kerja lain. Hahahaha. Sabar & tabah betul Dude. Hehehe.

Awak,

3 tahun kahwin dengan saya, mesti awak rasa macam 30 tahun kahwin dah kan? Hahaha. Terima kasih banyak-banyak sebab tahan dengan perangai saya, sabar sangat layan saya, sayang saya, jaga saya, terima saya seadanya, gelakkan lawak saya yang memang kelakar  dll. hohohoho.

1-2 weeks before Nawfal 'keluar' - during baby shower yg best. ;)

1-2 weeks before Nawfal ‘keluar’ – during baby shower yg best. ;)

Ampunnn sebab perangai saya yang tah pape, overrr, manja & mengada gila yang saya tahu kadang-kadang awak geram je nak cubit cubit. Tapi awak memang tahu saya gini dari azali. Mak pun dah warning awak awal-awal sebelum kawin, tapi awak nak juga saya. Tanggung la, padan muka. Hhahahahah.

Tau tak senang. Tau susah sangat, tapi awak sorang je kot dalam dunia ni yang boleh put up with me, and for that, I thank you. Terima kasih juga, sebab dengan izin Allah, proses biologi yang kita lakukan membuahkan hasil dengan terlahirnya Nawfal yang sempurna sifat fizikal mentalnya. Sorry sebab dia banyak ikut perangai mengada saya so awak makin penat layan 2 orang Nadot. Hehehe

20120819-190750.jpg

Nasib baik la awak cenggitu, saya cenggini. So, memang saling melengkapi lah.. Ala-ala macam lagu ‘cinta gila’ nyanyian Juliana Banos lah kirenye…Hehehe.

Apapun, saya doakan semoga perkahwinan kita kekal bahagia hingga ke syurga ye. Amiiinn Ya Rabbal ‘alamin.

Happy 3rd Anniversary! Tayaang Tawakk Tangaat-tangaat hokayy!!

Later! ;p

p/s: recycle gambar lama-lama yang pernah dipublish dalam blog ni. Malas carik lain. Hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

70 thoughts on “3 Tahun Yang Seronok la Jugak

  1. Hye awk…terharu baca post…syg awk sgt…tq sbb tahan dgn sy gak yg tah pape…moga family kita bahagia dan berjaya di sini dan di sana…amin =) happy 3rd anniversary

  2. Eppi anniversary nadot & dude….semoga berbahgia hga hjg nyawa….dh bley kot proses adik utk nawfal….haha…..apa2pun….suka tgk korg berdua….ceria selalu….loving2….hehe….last but not least…..aku adalah peminat tegar blog mu….sbb blog mu lgkp dgn info restoran & lawak2 yg best….haha….rs2 ada adiah saguhati x utk peminat tegar mcm aku….?haha…..

  3. dapat rasakan kemeriahan hidup dude bila awak ada di sampingnya, saya tengok awak pun rasa nak cubit2 dan lempang2… hihi… happy anniversary sis, moga kekal hingga ke Jannah, aammiinnn…

    p.s : dude yang ku panggil dude harlino…. hiks
    sweetkurma recently posted..Louis Vuitton (LV)My Profile