CPUV ke 9 tahun 2013 dari Nuffnang

Minggu ni, keinginan untuk aku tulis satu entry, agak membuak-buak. Tiap-tiap hari dalam minggu ni aku berazam nak tulis satu entry. Tapi, seperti biasa, azam tak kesampaian.

Pagi tadi pun aku berazam nak tulis satu entry.  Tapi tetap tak mula dan buka blog pun. Sampai la pukul 12 tgh hari baru ni, Abang Ensem call. Cam biasa la, kalau dia call, tak lain tak bukan bertujuan untuk meriakkan dan mempoyokan diri dia. Nasib baik dalam phone. Kalau tak, memang sangat obvious dah kembang kempis hidung sepanjang 1-2 jam melepak tu. Satu pemandangan yang tak ingin korang lihat. Hohohoho

So, AE tanya la, bila nak update blog. Siap riak baru cash out Nuffnang nya dengan jumlah yang agak menjeleskan hati aku. So, disebabkan kejelesan itu, timbullah semangat untuk update hari ni. Nak keluar lunch malas, boleh la update entry ni jap. Apepun, terima kasih AE, walaupun menyampah, tapi sebab satu call yang penuh dengan sifat riak tu la, terhasillah jugak satu entry selepas sekian lama. Heheheh

Last entry aku  pasal Nuffnang adalah pada bulan Februari dimana itu adalah CPUV ke-4 yang aku dapat untuk tahun 2013. Kemudian walaupun aku tak berapa nak aktif, bulan Mac dan April CPUV masih masuk. Bulan Mei, time aku tengah malas betul, satu hape tak masuk. Sedih jugak. Walaupun blog tak bukak, akaun nuffnang aku bukak je cek. hehehe.

Alhamdulillah 3-4 hari lepas, dapat akhirnya masuk satu CPUV, yang ke 9 untuk 2013 dari Kotex.

cpuv jun 13

Macam tau-tau je aku pun pakai juga brand Kotex ni… Eh! ;p

CTR tu aku nak tutup sebenarnye, salah edit la plak lupe letak warna filling… maka tengok la korang CTR aku yang ala2 takde tu… hehehe… Kire rekod jugak la tahun ni, bila dalam masa 5 bulan je dah ‘layak’ cash out… Memang tak mampu buat sebulan sekali macam Shakiddo atau Eyriqazz, tapi untuk aku yang pemalas ni, dah cukup baik la tu… Redhooo jee 😉

Okay la, nak sambung rehat sebelum sambung buat kerja balik yang berdateline Selasa depan. Tak start langsung. Tension i tau!

Semoga mood untuk update akan kekal ada minggu depan pun… huhuhu

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

  1. orang kampung June 7, 2013
  2. Ibu Mifzal Arsyad June 7, 2013
  3. Fareast June 7, 2013
  4. titan June 7, 2013
  5. munir ardi June 7, 2013
  6. Denaihati June 7, 2013
  7. papa mifz June 8, 2013
  8. eyriqazz June 10, 2013
  9. halif June 12, 2013
  10. Myra Jay June 12, 2013
  11. Dkna Abza June 17, 2013
  12. boni ultra kacak June 20, 2013
  13. hanie July 2, 2013
  14. KiD July 3, 2013
  15. Hafizul July 7, 2013

Leave a Reply to Muhammad Noor Firdaus @ iskandarX Bin Haji Bashah Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·