Gile ah kagum dengan diri sendiri! Untuk kali ketiganya, aku meng’join’ larian (jalanan)dan kali ni aku join BSN Putrajaya Night Marathon 2012 kategori Fun Run 5 km (je ;p).
Dan agak seronok juge, sebab ni run yang pertame Dude join sekali. Walaupun aku daftarkan dia untuk 5 km supaye dapat menjage aku, tapi sebab ade Yah & Mau yang baru didiagnoskan pregnant dan boleh berjalan perlahan dan ‘menjage’ aku, aku lepaskan la Dude untuk berlari 10km bersame Abg Peach & Yoz. Hehe.
Tengah-tengah mencarik tempat untuk memulakan larian, boleh plak kitorang terserempak dengan kwn2 skolah Izza, Mashit & Bai yang last jumpa mase jamuan berbuka puasa bulan Ogos lepas.
Aku berterima kasih kepada Yah sebab meneman aku berjalan & berlari-lari anak sepanjang 5 km tu dengan ikut je pace aku. Nasib baik Yah pregnant, kalau tak sorang-sorang la aku berjalan pada hari kejadian. Hehehe.
Padan muka aku jugak sebab memang tak pernah nak training langsung, so 5 minit pertame je dah rase ‘tertarik’ betis kanan aku. Tapi aku gagahkan juge menghabiskan berjalan larian tu sebab petugas2 ambulans tak berape nak kiut & hensem. Kalau tak, mesti aku buat-buat jatuh terguling dan minta diangkat (perlukan 4-5 orang ye) serta dipapah oleh petugas2 tersebut. Hohoho.
Walaupun untuk orang-orang hebat berlari macam Aslam boleh sah-sah habiskan 5km kurang dari 30 minit, aku yang dengan berat ____ kg ni (sile isi tempat kosong dgn jawapan yg betul ;p) mampu habiskan kurang dari 1 jam dan bukan berade di tempat terakhir, adalah membuat aku sangat bangge dan kembang kunchup di hidung. Terpakse reward diri sendiri lepas run tu dgn makan nasik dgn lauk tomyam yg aku masak utk kwn2 yg dtg rumah b4 n after larian dan tempoyak daun yg mak Shidah masak. Siap tambah lagik nasik. Super Dem!! (^_^)
——
Gambar ‘ala-ala gedik tp tak berape gedik’ bersame Dude harusla ade juge:
——-
Dan last skali, kami para suami & isteri yang menyertai larian bersame-same 😉
(Pow tiade dlm gambar sebab dia join marathon 42 km..x kose nak tggu. hehe)
Teringin nak tengok Eyriqazz & Abang Ensem masuk run same2. Mesti comel je kan.. Hohoho
Later! ;p
Alamak… Ada soalan cepu emaslah.. Nak kena isi tempat kosong ni.. huhuhu..
Tahniah Nadot sebab dapat tamatkan larian.. Dapat kalahkan siput kira laju dah tu.. 😉
ANuar recently posted..Selamat Hari Lahir Buat Atuk, Haikal dan Khalisha
jangan isik tempat kosong tuu… hohoho
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
pergh..nampak beza lah gambar sebelum dan selepas.. seolah2 dah turun sebanyak 10kg..pewwitt
Aaron Aziz recently posted..Terima Kasih Cik Hijau Itu Duniaku, Ccicutedollyliciou Dan Semua Kawan-Kawan Yang Lain
hahahaha…kejam gile perlian ituuuu !! ;p
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
tahniah! banyak kebaikan join aktiviti spt begini.. aku pun pernah beberapa kali join dulu..
donnyien recently posted..Antibiotik dan Penggunaan yang betul
duluu? join la lg… hehe
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
Tabiklah kat Nadot.. Semangat kesukanan yg tinggi… 🙂
Nurul recently posted..Limau Ais 20 Sen
nasib baik kwn2 yg semangat tggi..kite biase je.. hohoh
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
Lawa sungguh Cik Mau kita walaupun dalam ‘uniform’ larian. Hai Mau *sambil melambai2kan tangan pada Cik Mau sambil menjeling kat Cik Nurul*
abangensem recently posted..Mini Seminar Hartanah AE (Batch 12)
Hahaha.. napa jeling kat Nurul plak.. 🙂
Nurul recently posted..EcoSave Green Kitchen Challenge
AE gelenyaar.. hehehe
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
Tak nampak obese nya, cam biasa je….
Rem recently posted..Tahniah Kelantan Juara Treble
nadot pandai posing kaver obese bang..haha
nadot recently posted..William’s Corner Kelana Jaya Memang Terbaik!
power tu. terbaek laa
tak pernah join marathon..bila tengok orang join, rasa macam best la plak..camne nak tau ek bila ada marathon camni? tak tau nak refer kat mane?
hafizrahim recently posted..Hanis Zalikha – Kalau Ada Jodoh Tak Kemana
Cayalah Nad…. abang man pun kalau join mesti jalan macam itik pulang petang jee….ekekekeke
hazman aka species1980 recently posted..PING BLOGR.MY dan BUSUK.ORG berikan 1500UV Trafik Setiap Hari
Salam kenal..
Tahniah dapat join program larian seumpama ini. Teringin jugak nak join tapi saya di Ipoh tak banyak program mcm ni. Hehehe
Takpe obese, asalkan gembira kan… Jom tengok baju untuk plus size di Style Me Gorgeous By Qashmere
Mummy Akmar recently posted..Aktiviti Hari Ahad
perghh,kalau tau ada org secantik cik mau tu lari,mau saya kanselkan kelas saya ari ahad tu… uwaaaaa….. Sob SOb….
aslam recently posted..Lokasi Pemasangan Kamera AES
xpnh ag marathon malam2 ni..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Siapa samseng sebenarnya?
wah!!! berapa kalori yang terbakar ni nadot….
Melastik Bintang recently posted..Tips Penggunaan Katil
Wowww!! semangat tul..
Myra last join amsa tahun 2008, lepas tu dah malas ;D
Myra Jay recently posted..Percutian yang tak dirancang
Dah lama betul tak join larian-larian ni.. Mau pancit jugak kalau masuk. Hehe.. Tah-tah lari-lari anak sekali.
Hazmin Hamudin recently posted..KFC Zinger Double Down
lama betul tak lari ramai2 ni
sharinginfoz recently posted..Hari Kanak-Kanak Pun Nak Hadiah?
jom…!!! bila laaa eyriqazz dan AE nak join marathon? hehehee
KiD recently posted..Wordless Wednesday Oppa Gangnam FBI Style