Kacang Bendi Sambal & Daging Cendawan

Selalunye, kalau Dude balik Sabtu, kitorang akan makan luar dinner nye sebab time dia balik, memang ajak pergi groceries shopping. So alang2 mmg terus dine out.

Tapi last week Dude balik lambat sikit, petang Sabtu baru sampai rumah. Aku yang memang tau dia akan balik lambat, takde la fikir nak keluar hari tu juge. So, aku dengan baiknye masaklah untuk dinner.

Untuk pengetahuan, dalam masa lebey kurang 900 lebey hari kitorang dah berkahwin, 100 kali je kot aku masak untuk Dude.
(Tahun pertama, sewa rumah yang 1 minit jauh dari emak; then pindah kuarters putrajaya aku dah pregnant, so lg la skali skale je masak sbb x larat konon; lepas bersalin, 11 bulan dok rumah emak; ni baru sebulan lebey balik kuarters balik & minggu pertama je dude dah kene pegi kursus DPA)
Banyakkan alasan?..hoho

So masa dia balik tu aku decide nak masak dua lauk:

  1. Kacang Bendi Goreng SambalAku memang suke sayur-sayur yang boleh di masak dengan cara ni macam terung, kacang botol, dan pucuk paku. Kacang pjg/buncis ok gak tp x minat dorg sgt..hehehe

    Senang je masaknye, gune cili merah, cili padi, bawang, belacan dan ikan bilis tumbuk halus (sbb x suke ikan bilis sgt..hehe)

    Bendi Goreng Sambal

  2. Daging CendawanAku sangat suka daging. Tapi kalau kat asrama dulu, kat kedai2, aku memang takkan ambik lauk daging sebab biasenye hanyir & tak menepati cite rase aku. Even daging rendang kenduri orang pun aku tak suke. Yang aku suke daging yang aku & family masak termasuk lah yang orang kampung aku masak i.e Maklong, makteh. Rendang NEgeri 9 kegemaran la. Rendang org lain aku pandang sebelah mate je. Kalau gulai salai, kedai punye ok lg sebab dah salai, hanyir kurang. hehe.

    Cendawan mmg lagilah feveret aku. Kalau boleh semua masakan nak letak cendawan. Tak kisah la cendawan ape. Buat mase sekarang, dalam fridge ade 3 jenis cendawan, white button mushroom, oyster mushroom, dan enoki mushroom. Makan maggi pun aku letak je enoki tu. Suke!

    So, untuk Dude balik tu, aku bantai je masak masakan daging tanpa nama. hehe.

    Daging aku slice kecik2 & nipis2 (aku tak suke bentuk kiub mcm rendang tu), rebus dalam air yg sedikit just bg empuk. Air tu nanti aku masuk balik utk jadi kuah. Letak bawang, cili kering kisar sikit, bawang besar juge yg dihiris bagi lebey wangi last2 nanti, oyster mushroom (white button pun boleh), sos tiram lebey, sos tomato, kicap manis sikit, black peper pun lebey. tu je kot. campak2 siap.

Daging Cendawan Masak Ape-ape Je

 

Kesimpulannye, aku memang suke bendi masak goreng sambal & daging & cendawan masak ape2 je.

Eh?!..Aku masak untuk aku ke DUDE ni??!

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

  1. fazrol July 14, 2012
    • nadot July 15, 2012
  2. puanbee July 14, 2012
    • nadot July 15, 2012
  3. abangensem July 15, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·