Invitation to Pizza Hut Red Carpet

Semenjak dua menjak Dude pergi DPA, aku mula bergiat aktif balik dalam arena ‘blogwalking’ ….hoho.. Mungkin sebab bosan dan juga untuk merasa seperti masa cepat je lalu sampai Dude habis kursus..(main tenet mmg rase kejap je dah 3-4 jam..huhu)..

So, 28 Jun lepas, tengah blogwalking, tersinggah blog Hazman Fadzil, antara blog food reviewer terhebat abad ini. Dan terbaca la aku entry beliau pada hari tersebut berkenaan dengan Pizza Hut Red Carpet Party yang jemput 20 fans berserta seorang kawan ke Pizza Hut TTDI pada 4 Julai (esok).

Aku ingat kene la buat banyak kerja mcm tulis entry ke, buat slogan ke. Rupenye, isik borang senang je. So, isik je la. nama kawan, aku letak Yah je sebab rumah dekat je dengan TTDI. Macam biasa la, kalau bab2 lucky draw nak pilih dari reramai ni, aku memang takkan put high hope pun, sebab aku rase aku adalah antara orang yang paling tidak bertuah untuk naik nama dalam apa-apa perkara pun.

So, alangkah terkujatnye aku bila dapat call semalam mengatakan aku & Yah dijemput untuk menghadirkan diri ke event ni. Alhamdulillah. Dapat makan free dan naikkan berat lagi. hohoho. Check nama dekat website, memang sah ada nama aku, so betul la tu kan. Aku tak terkena ‘wakenabeb’ kan? kan? kan? ;p

Comel je nama aku dalam kotak tuu.. ;p

Hurmmm.. kene pakai seluar longgar la supaye boleh makan banyak-banyak tanpa rasa sakit kat perut sebab pinggang jadi ketat… (^_^)

Later!

ps: Dengarnya, si blogger hebat, Eyriqazz pun dapat jemputan jugak. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

  1. eyriqazz July 3, 2012
  2. dude July 4, 2012

Leave a Reply to dude Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·