Surprise Party Sempena Birthday Dude

Hampir 4 tahun berkahwin ni, setiap kali birthday Dude, aku tak pernah gagal untuk membuat kejutan yang kadang-jadi-kadang-tak-jadi untuk Dude. Hehe. Takde la siapa-siapa yang wajibkan, tapi aku rasa tak best kalau tak buat. Rasa macam kehilangan. Chewah!.. Hohoho.

Surprise yang pertama lepas kahwin, aku buat di Menara KL – Dude’s Birthday @ KL Tower. Birthday yang kedua aku buat di Restoran Subak, Kg Sg Penchala. Yang ini tak terblog kan pulak. Nanti la rajin aku tulis entry pasal tu. Serius situ cantik, aku suka! Yang ketiga tahun lepas, kami sambut dekat Little White Cafe, Bangi.

So untuk tahun ni, memang STRESS la fikir bila masuk Januari. Dah la tahun ni, sambut dekat negara orang, dengan duit yang terhad, pilihan restauran halal best2 yang terhad juga, dengan baru sampai nya, dengan cepat gelap dan kena pegi ofis juga, so memang agak pening pikir apa nak buat. Pikir punya pikir, aku decide nak buat kat rumah je, order Marmaris delivery, cake pun delivery, hadiah pos ke rumah Indah & Fazlan, bukak phone Dude ajak family post grad kat sini sikit, jadi lah. Hehe

So hari Rabu (15 Jan 2014) baru ni, aku saja pergi ofis naik kereta, then petang balik sekali dengan Indah, singgah rumah dia ambik Fazlan & Faris & kotak hadiah. Sampai depan rumah, instead of bukak guna kunci, aku suruh Fazlan dok depan pintu & ketuk. dude kata awal-awal tensen gak nape aku tak masuk guna kunci, tapi terkejut tengok Fazlan dengan kotak hadiahnya.

Lepas tu sorang-sorang mula datang, then delivery makanan & kek pun sampai.

bd blog 2

Antara tetamu yang hadir ;p

Aku kempunan gila kek Red Velvet. So google-google, carik yang boleh delivery, yang takde gelatin & alcohol, maka aku order la. Kek dia sanagt sedap, tapi cream dia manis gileeeerr… tak sesedap yang aku makan kat Malaysia la. Ni rindu Malaysia ni…. haiishhh

bd blog 3

Aku nak berterima kasih sangat kat Indah & Fazlan sebab banyak tolong, bukan je masa birthday Dude ni tolong simpan hadiah, beli air bagai. Tapi dari before kitorang datang lagi. 3-4 rumah Indah & Fazlan & Faris tolong tengokkan untuk kitorang, aku pulak mengada memilih gila, tak jadi pulak ambik. Memang terhutang budi betul la. Tq korang!.. hehe

Terima kasih juge korang-korang yang datang dan memeriahkan birthday Dude. Yang kelakar nya si Ikhwan, dia tak baca sms betul2, so dia ingat birthday anak-anak instead of Dude, so dia belikan hadiah kereta mainan. Hohoho. Tak pasal-pasal Nawfal dapat hadiah free. Hehehe.

bd blog 1

Perempuan dari kiri: Zu, Farida, Si Comel, Annies & Indah
Lelaki dari kiri: Aiman, Dude, ikhwan, Fahmi & Fazlan

Dude kata ni birthday dia yang paling best kot. Aku rasa dia cakap cam tu, sebab dia lupa dulu-dulu punya camne. Sebab setiap kali aku buat surprise, mesti dia kata itu yang paling best. Hohoho.

So, sebab Dude sangat pandai jaga anak, buat kerja rumah dan lain-lain, dan nampak dah kesan-kesan stress dan bosan kat muka dia, aku belikan la hadiah yang aku percaya boleh mengubati kestressan Dude.

bd blog 4Happy gila Dude dapat XBOX ONE dia.

Semenjak dapat hadiah ni, tetiap hari penat aku dok dengar dia bercakap dengan XBOX. “XBOX, Go Home”, “Xbox, Skype!”, Xbox, Fifa 14″ dan lain-lain la sebab menatang tu boleh detect suara & ikut arahan. Selalu aku ajukkan saje “Xbox, Go to hell”… ;p

So Awak, Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur untuk beribadah, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Terima kasih sangat jadi suami yang baik untuk saya, daddy yang baik untuk Nawfal & Nazheef, sanggup korbankan gaji untuk jaga kitorang kat sini. Semoga Allah balas budi baik awak dengan syurga dunia & akhirat. Wep u! (^_^)

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

  1. titan January 17, 2014
  2. elly-daily January 17, 2014
  3. Abang Ensem Yang Kecewa January 17, 2014
  4. dkna abza January 17, 2014
  5. sweetkurma January 17, 2014
  6. Anuar January 18, 2014
  7. Hafizul January 18, 2014
  8. akubiomed January 18, 2014
  9. fyna January 20, 2014
    • nadot January 24, 2014
  10. Zura Rahman January 22, 2014
    • nadot January 24, 2014
  11. hazman aka species1980 January 25, 2014
  12. Khadeejah Hasmad May 7, 2014
  13. Mazni Azmi July 23, 2014

Leave a Reply to Abang Ensem Yang Kecewa Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·