Bila nak masuk je bulan Januari setiap tahun semenjak berkahwin ni, aku akan berada dalam keadaan yang sangat-sangat stress. Serius, tak tipu!
Sebab?
Sebab bulan Januari ada 2 sambutan utama yang wajib disambut oleh aku. Ye, mungkin ramai tak bersetuju dengan cara aku atau cakap tak payah nak sambut grand-grand, tapi aku nak jugak. Hehehe.
2 sambutan tu adalah Birthday Dude & akhir bulan Januari pulak ulang tahun perkahwinan kitorang berdua.
So, tahun 2013 ni, aku tengah stress fikir mane nak bawak Dude gi makan ni. Untuk anniversary, pandai-pandai la Dude pulak pikir. Tapi kalau harap Dude yang pikirkan, susah aku nak berpuas hati biasenye. Hahahaha.
Untuk birthday Dude, aku memang suka buat best best sikit, sebagai menghargai Dude yang dah banyak susahkan diri untuk aku & tolong aku dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga.. Haaaa… Power tak ayat copy paste aku tu? hohoho
Nanti lah masa birthday Dude baru aku buat entri jiwang-jiwang sikit lah. Sekarang ni aku stress tak tau mana lagi nak bawak pegi.
Tahun 2011 masa menyambut hari jadi Dude dan anniversary, aku tengah rajin berblogging, so ada la entri nya. Di mana untuk Birthday, aku bawak Dude pegi Lunch di Menara KL, dan anniversary, Dude bawak aku pergi Melaka & makan Ikan bakar di Alai. Marvellous!
Awal tahun 2012 pulak, adalah mase yang malas untuk berblogging, so sambutan kitorang tak di ceritakan. Tapi meh aku tepek sikit gambar.
Untuk Birthday Dude, aku bawak pergi Subak di Sungai Penchala. Serius cantik woo.. dengan kolam ikan yg besar nye, dengan dalam hutam nye, dengan syahdu nye.. hahaha.. memang cool lah!
——
Makanan? WAlaupun aku tak ingat sangat, tapi yang aku ingat, aku suke! Tapi memang paling suke ambience Subak la. Memang marvelous!
Then anniversary aku hujung bulan januari 2012 tu pulak, Dude bawak aku pergi Bora Asmara pulak. Di Sungai Penchala jugak. Kire 2012 tahun Sungai Penchala la untuk kitorang. Bukan ape, sebab kitorang mase tu dok rumah parents kat area Kepong, pastu baby baru 6 bulan, so carik tempat dekat2 je ๐
Kat sini siap ade flower petal atas meje & ada orang main muzik lagi ke meje kite. Selain lagu romantik, boleh aku mintak diorang nyanyikan lagu Hotel California. Spoil the romantic mood betul aku ni pun. Hohoho
Makanan, marvellous jugee!.. LApar lak ingatkan.. Haishhh
So, back to the topic, AKU STRESS!
Semoge cepat la aku dapat idea untuk nak bawak Dude makan mana tengah bulan Januari nanti. Hadiah pun tak tau lagi nak bagi apa. Bila tanya Dude, dia kate tak yah ape-ape pun takpe. Bila dia tanye aku, amek kau..panjang berjela list barang2 mahal aku nak. Hahahaha
Tak..tu aku tipu (^_^)
So, kalau korang ada cadangan RESTORAN mana best, sila la bagi tau ye. Kalau cadangan suruh buat candle light dinner di rumah dan aku kene masak sendiri, awal-awal cadangan ditolak. Cadangan untuk solat berjemaah bersama, aku suka je, tapi lepas atau sebelum solat, mesti la kene MAKAN juga kan? Hehehehe..
Ok, nak try gugel-gugel tempat makan best lagi…
Later! ;p
Restoran Gembira Seksyen 3 Shah Alam. Pasti Dude akan bergumbira mengusha awek kaunter. Mabeles place.
abangensemsangat recently posted..Loan Cepat Habis (Part 2)
tidak akan! Awek tu cun, saye pun suke tengok.. hahahah
nadot recently posted..Bila Januari Semakin Hampir, Aku Stress!
๐ Jangan stress sangat.. In Shaa Allah, akan jumpa tempat makan yang best ๐
anif recently posted..Jualan Gudang Converse Dan Yong Tauhu
Dah nama pun duduk Putrajaya, ajak ler makan kat Cruise tuh.. ada ke? Lepas tu boleh review, saya nak tahu juga. hehe
halif recently posted..Itu Semua Karut
dah cek dah info pasal cruise sebelum ni… kalau yg romatik dinner weekend je… sy kalau boleh nak sambut on the day itself which is on weekday ๐
nadot recently posted..Volcano Shabu Shabu Steamboat di Cyberjaya – Awesome!
datang bantinglah. haha..makan cendol.
titan recently posted..Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes
tu romantik sangaattt tuuu ..haha
nadot recently posted..Bila Januari Semakin Hampir, Aku Stress!
itukan yang sebaik-baiknya. haha..
titan recently posted..iPhone 5 gadget impian โ Ditunda pulak.
beli flight tiket ke Paris..makan suap-menyuap Laduree depan Eiffel tower..
sure romantik punya
Adam Dzirhan recently posted..Pretty Vienna, Austria dan Kerinduan Yang Melampau
waaahh..overr tuu… doakan la saye mampu buat gitu one day…hehe
nadot recently posted..Bila Januari Semakin Hampir, Aku Stress!
Tahniah,
jangan stres stress.Harapan saya semakin bertambah usia perkahwinan kedua belah pihak semakin menyayangi
Abdur recently posted..Pakej Hosting Terbaik Malaysia
makan roti dan serunding daging or sambal ikan bilis kering depan eiffel tower paris, memang romantika d’amour sis….hiks….
sweetkurma recently posted..sekadar meluahkan
hehehe.. sounds romantic… tapi sy x makan serunding dgn sambal ikan bilis sangaatt… kene makan bende lain la nampaknye.. hehehe
nadot recently posted..Volcano Shabu Shabu Steamboat di Cyberjaya – Awesome!
perghhh..makan sakan ni..
eyriqazz recently posted..Aksi Shopping Bersama Si Manja
gi restoran upin ipin… hehehee
KiD recently posted..BE ke 30 dari Nuffnang
makan kat asrama sekolah. nak??
ohcikgu recently posted..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil
wah…. semoga perkahwinan ni kekal hingga nafas terakhir ๐
Romantik jugak Nad ni ye, siap nak buat kejutan..
Suka baca entry celebrate kat KL Tower tu ๐
Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impian
Masak sendiri la. Candle light kat rumah, baru romantik…
aslam recently posted..Dividen ASB tahun 2012
Aslam & Hazmin: Kat rumah ade anak, ade bibik, nak hantar ke rumah mak satu hal pulak. Kite masak pun bukan sedap mane n Dude dah biase dengan masakan kite. Suasana rumah pun dah biasa sangat. Make, sekali sekale bawak hasben makan tempat ok-ok, boleh je kot ๐
nadot recently posted..Volcano Shabu Shabu Steamboat di Cyberjaya – Awesome!
nak suggest satu restoran di Kuantan, boleh bercuti sekali harung kat Telok Cempedak..check my new entry..heheh
Zarul Umbrella recently posted..Lila Wadi Barbeque, Kuantan – Restoran Yang Wajib Singgah
Kali ni masak sendiri la… Kasi surprise dekat rumah lak.. Baru otai makan.. Haha…
Hazmin Hamudin recently posted..Mencari Mood Menulis Semula