Car Boot Sale Malaysia

Aku tak berapa nak sangka sebenarnya ada Car Boot Sale kat Malaysia ni. Pernah dengar, tapi tatau la pulak ada yang dah mula every week.

Tapi tengah dok kemas baju-baju sikit untuk diletak dalam kotak untuk simpan, untuk buang, untuk bagi orang, terfikir la pulak nak google. So, aku pun taip je la dalam google ‘Car Boot Sale Malaysia‘. Tak sangka ada keluar dan yang macam best dan dekat dengan rumah mak ada dekat Kota Damansara. korang boleh rujuk FB Page Car Boot Sales Kota Damansara. Kat sini dah lebih 2 bulan juga mula setiap hari Ahad. Cara nak join ke, bayaran tapak ke, map ke sana, rules & regulation nak menjual, korang boleh rujuk link page FB yang aku bagi tu.

Car Boot Sale Kota Damansara

So apa lagi, dah jumpa, terus aku ajak Dude join sekali. Kitorang korek la baju lama-lama yang ada tapi yang masih okay macam yang dah tak muat, yang tak berapa sopan dll… hohoho..Lepas tu aku & Dude cari juga kasut-kasut branded dia yang dah lebam dan tak berapa guna sangat. Set comforter yang bukan cotton pun aku let go. Kulit i sensitip, nak cotton je… hehehehe…

First aku join 2 minggu lepas, 25 Ogos 2013. Aku terlambat pergi sebab ada hal, so instead of perlu sampai by 8am, aku sampai dekat2 pukul 9am. Tapi tak banyak sangat kereta yang bukak boot. Borak-borak dengan carbooters lain yang dah join 4-5 kali, diorang kata mungkin musim raya. Kalau tak, memang semua petak penuh dan panjang la kereta parkingnya.

Car boot sale kota damansara

Gambar atas ni masa first week. Belah sana-sana yang jauh hujung tu redup sikit bila masuk pukul 11am. Tempat kereta aku nak masukt engah hari tu panas la sikit. Tapi sebab lambat kan..redha je…

Akak-akak Indon membeli belah

Pembeli barang-barang carboot ni terdiri dari pelbagai warganegara. Malaysia, Indon & mamat2 bangla pun ada. Hihihi

Second week aku join, carbooters makin ramai. Pembeli pun makin ramai jugak.

Minggu ke-2

Minggu ke-2 ni lagi banyak la aku menjualnye. Carik kasut-kasut lama lagi. Barang perhiasan rumah emak. Tie ayah. Majalah, novel, barang baby sikit dll.

Untung? Boleh la jugak. First week aku join walaupun tak ramai sangat, cecah jugak la RM100. Yang last week, cecah RM200. Okay la gak dari aku buang je semua, ada la jugak dapat sikit untuk beli barang2 baby yang aku tak start shopping langsung ni. Nanti aku dah nak pergi, tak bukak carboot dah, aku derma la baju-baju ni kat tempat yang memerlukan. Walaupun aku tatau siapa la yang memerlukan tu ada saiz badan cam aku. Haiishhh… ๐Ÿ˜‰

Tapi minggu ni, sebab aku ada hal dan tak boleh nak pergi rumah emak Ahad, aku carik la kat area kajang ke Bangi kot ada yang carboot. Dah google2, terjumpa la website Goods Cycle. Yang ini lagi lama dah mula. Ada 3 tempat yang diorang alternate every week, dekat Bandar Sri Putera, Bukit Mahkota & Bandar Baru Bangi SS4. Minggu ni kat Bandar Baru Bangi SS4. Taktau nak expect apa sebab ni first time nak buka kat sana. Tapi sebab dah lama establish, aku harap crowd lebih ramai dan barang pun dapat jual dengan lebih banyak. Tapi sebab kasut-kasut branded dah banyak terjual sebelum ni, mungkin la kitorang takkan dapat banyak sangat kali ni… Tapi harap ada la rezeki terjual juge…

Untuk dekat Bangi ni, korang boleh daftar online dekat website Goods Cycle tu. Bayaran tapak RM7 je bayar masa kat tapak nanti.

kot la korang pergi, tegur-tegur la aku. Tapi jangan la tegur je, bawak la duit beli barang kat situ.. Hohhooho..

okay, nak gi makan banyak-banyak sebab sedih Bront Palarae dah kawin.. #Tetibe

Hehehe

Later! ๐Ÿ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

  1. titan September 6, 2013
  2. chot September 6, 2013
  3. luqmanzakaria September 6, 2013
    • nadot September 6, 2013
  4. Mak lagenda September 6, 2013
    • nadot September 6, 2013
  5. hafizrahim September 6, 2013
    • nadot September 6, 2013
  6. Farisya Anastasyia September 6, 2013
  7. Pingback: Car Boot Sale Malaysia | Nadot’s Words September 6, 2013
  8. jue a September 6, 2013
    • nadot September 6, 2013
  9. Sheila Salim September 6, 2013
    • nadot September 6, 2013
  10. Hazmin Hamudin September 6, 2013
  11. hazman aka species1980 September 7, 2013
  12. Dkna Abza September 8, 2013
  13. Rabia Sensei September 10, 2013
  14. fiezaradzi September 11, 2013
    • nadot September 12, 2013
  15. shadiela May 23, 2014
  16. Anna December 8, 2015

Leave a Reply to chot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท