BBQ Musim Bunga di Holyrood Park

Kalau ikutkan secara umumnya, musim bunga (Spring) bermula dalam bulan Mac. Tapi biasanya, tak ada makna nya lah suhu lebih dari 10ºC bulan Mac kat sini. So, tahun ni, bila dah masuk bulan April, dah mula matahari memancar lebih lama sikit, suhu pun dah mula naik atas 10ºC (walaupun kerap juga dok bawah 10ºC), ramai tak melepaskan peluang untuk berpiknik-piknik setelah lama berhibernate sepanjang winter.

So pertengahan bulan April hari tu, aku dan keluarga berkesempatan untuk join BBQ yang dirancang oleh beberapa family Malaysia yang tinggal kat Edinburgh ni. BBQ kali ni dibuat di padang Holyrood Park cantik. Padang tu gila besar. Kitorang dok BBQ kat tepi-tepi je. Holyrood Park itself pun sangat besar. Ada 3 tasik, dan bukit-bukit & basalt cliff yang orang rajin panjat – Arthur’s Seat & Salisbury Crags dll.

Cam biasalah, para suami kerjanya memBBQ apa-apa yang patut, dan para isteri sediakan makanan dan duduk makan je. Aku sampai-sampai, aku terus duduk atas tikar menghadap makanan sampailah time nak balik baru aku bangun dari tikar. Dem!

Potluck

Banyak wooo makanan yang sedap-sedap hari tu. Ada nasi impit kuah kacang, ada goreng pisang dengan sambal kicap, mi & mihun goreng & macam-macam lagi la. Itu pun ada juga yang tak habis. Tu pasal la aku duduk je menghadap. Cuba untuk habiskan takut membazir. Mulia kan niat suci aku? ;p

Atas: Dengan As Bawah : Dengan Zu

Sambil-sambil makan, anak-anak main-main dekat padang. Lepas membakar pun, bapak-bapak pun sempat main bola kat padang. Seronok Dude main bola masa tu. Lama tak main dah. Sekarang nak main susah sikit dengan anak kecik & aku balik lambat dari ofis. Sian Dude. Hehe.

——

Nawfal, aku & Zahra – anak Zu yg baru je 41/43 hari pada hari kejadian. Geram!! rambut lebat gila!

——

Perasan tak kat atas bukit belakang Dude tu ada runtuhan bangunan? Tu namanya St Anthony’s Chapel yang tak sure bila exactly di bina, tapi yang pastinya, awal kurun ke 15 memang dah ada dah bangunan ni. Bawah bukit tu, ada tasik, St Margaret’s Loch.

Gambar atas ni kat St Margaret’s Loch dan nampak St Anthony’s Chapel juga. Ni gambar lama, masa cuti Christmas datang sini bawak Nawfal tengok swans, ducks & birds. Saja nak tunjuk. Huhuhu.

Cita-cita aku sejak dari masa Master 5-6 tahun lepas adalah nak panjat Arthur’s Seat atau at least naik ambik gambar kat St Anthony’s Chapel. Memang biasa je orang naik sebab tak tinggi mana, tapi cita-cita aku tak pernah dan macam agak susah nak tercapai. Ye la, tengok paha sendiri kat gambar-gambar di atas yang 3 kali lagi besar dari paha Dude, ngeri gila kot. Rasa macam mana nak panjat kalau kaki sendiri berat gila. Ha.. Tak payah la nak scroll naik atas balik untuk tengok paha aku. Haiishhh…;p

Keesokan harinya, Kak Amy pulak buat makan-makan kat rumah dia. Siap buat laksa penang lagi. Sedap wooo.. Ingat sampai sini terus nak diet, tapi aku tangguh kan la, bulan puasa ni baru start diet. Hohoho.

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

  1. Aslam May 15, 2014
  2. Denaihati May 15, 2014
  3. hafizmd May 15, 2014
  4. wynn78 May 15, 2014
  5. Khadeejah Hasmad May 15, 2014
  6. eyriqazz May 15, 2014
  7. akubiomed May 15, 2014
  8. titan May 15, 2014
  9. ajumohit May 15, 2014
  10. bimbel online May 16, 2014
  11. chot May 16, 2014
  12. Hairul Azni May 16, 2014
  13. Sya Isya May 19, 2014
  14. sohoque May 20, 2014
  15. eXplorasa May 20, 2014
  16. Shaklee May 20, 2014
  17. azman May 21, 2014
  18. Siti May 24, 2014
    • nadot May 31, 2014
  19. Myra Jay May 26, 2014
  20. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·