Hari Malaysia 16 September baru ni, aku dan kawan-kawan berjimba di Wondermama yang terletak di Ground Floor, Bangsar Village untuk meraikan 3 peristiwa sekaligus.
Hari jadi aku Ogos lepas
Baby Shower aku & Zeila yang akan bersalin
Farewell Party aku yang akan ‘pergi’.. ;p
Wondermama
Banyak juga review yang best-best aku baca pasal Wondermama ni. So agak susah jugak nak buat pilihan nak makan apa bila dah sampai sini. Nasib baik kitorang ramai, so boleh lah rasa banyak benda jugak.
Dari kiri adalah Style Spaghetti (RM22.90), siap letak otak-tak & sotong lagi. Yang tengah tu Black Spider Fried Rice (RM20.90). Ada letak soft shell crab, black ebiko, ayam dan beberapa bahan lagi. Both adalah kira specialty untuk Wondermama. Boleh tahan sedap gak semua.
Yang ketiga, aku kurang pasti, yang aku atau Dude yang order. Kitorang lapar nasi masa tu, so Dude order Salted Egg Fried Rice (RM14.90) dan aku order Kampung Style Fried Rice (RM15.90). Disebabkan kami memang tengah lapar, so both pun sangat sedap. Habis la aku & Dude makan. Yang Kampung Style tu siap ada petai lagi. memang baca review sebelum tu, ada orang kata sedap, tu aku order tu. Untuk hari kejadian, aku tak menyesal. Hehehe
Tapi yang paling aku suka order adalah:
Nampak sedap gile taaakk?? Hehehe…
Sebelah kiri adalah air yang aku order, Mango Smoothies. Serius tatau napa aku rasa smoothies ni lain sikit dan sedap gila. Banyak pulak tu. RM8.80 harga dia. Serius aku suka gila. Sambil taip ni, teringat-ingat kesejukan & kesedapan smoothies ni. Haishh..
Yang tengah-tengah tu dessert, Pisang De Goreng (RM7.90). Niat di hati nak order Durian Crepe. Tapi dah habis. Agak kecewa di situ. So, tatau nak bagi Nawfal makan apa, teringat dia suke makan pisang aku order je la Pisang De Goreng ni. Cam biase, mesti la aku yang habiskan instead of Nawfal. Dia cuma makan marshmallow nya je. Hehehe. Bagi aku sedap je.. Aiskrim dah berlemak, letak lagi pisang goreng berminyak. Huiishh.. Memang nikmat ah.. Hehehe
So disebabkan pisang goreng pun Nawfal tak makan banyak, kitorang order la lagi yang aku tak sure nama dia tapi kiranya nachos & beef la. Nasib b aik Nawfal makan keropok Nachosnya. sedap jugak letak minced beef yang dimasak macam mana tah atas nachos, cicah dengan gravy campuran mayonnaise dgn apa tah, agak mantap la… tapi susah gak nak habiskan sebab ni order last-last, so dah kenyang gila. Hehe..
Antara yang kawan-kawan order:
Lupa nama menu ni sebenarnya. Tapi yang Amal order bawah kiri tu salah satu lagi specialties kat Wondermama ni, D&L Nyonya Laksa (RM13.90). Ini pun kalau tengok review ramai suka. Serius sedap jugak. Tapi kalau takde taugeh, lagi marvellous. Hehehe.
Dah habis makan, baru la bermula sesi ambik2 gambar dan sesi bagi-bagi hadiah.
Gambar serius banyak gila. Tak mampu nak letak semua. Ampun korang. Untuk Birthday, diorang bagi card + voucher sopink-sopink sebab wishlist aku kali ni benda mahal sikit. So voucher untuk menampung pembelian barang mahal aku. Hehehehe.
Untuk baby shower, dapat diaper cake dibuat khas oleh Yah.
Yang tengah-tengah tu untuk aku. Comel kan? Yah ambik order, so boleh la contact email Yah:
fatiyahh@gmail.com
Dan untuk farewell pulak, aku mintak something ringan yang boleh aku bawak jadi kenangan kat sana. Dapatlah aku gambar kanvas yang cantik yang kitorang ambik last year tak silap masa farewell party pinat & sambutan birthday pnut n aku dengan theme winter.

Sehengus yang cantik, aku je biasa-biasa tapi cute sket.. hohoho
Haa.. Sweet kan diorang? Hehehe. 3-4 years tidak berjimba dengan diorang nanti. Harapkan diorang datang visit aku je la nanti bila-bila masa kat sana. insyaAllah…
Korang doakan aku juga ye.. Smoga selamat lahirkan baby, selamat sambung study, selamat dapat PhD, selamat balik ke Malaysia & selamat dan dipermudahkan semuanya… Amiinnn…
Later! 🙂

pergh…nampaknya…semua menu macam sedap hingga mampu menjilat jari2…oh!
tak pernah singgah lagi…tgk jer…hehe
thanks nadot berkongsi.kot2 sesat…leh singgah.. =)
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #46 Jangan Seksa Orang Lain!
datang singgah sini, jemput2 la mengajak… hehehe
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
Pergh.. Dia punya menu memang tak menahan betul tengok. Memang confirm sedap la tu.
Hazmin Hamudin recently posted..Esok Dah Gaji
hik hik hik… ade yg biase je.. ade yg memang sedap!
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
Apasal Nadot nampak kurus?
Abang Ensem Berketak recently posted..Wordless Wednesday : Sentap!!
eh.. NAdot memang kurus pe… ;p
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
Sy doakan k.nadot pergi n balik dgn selamat jer…
chot recently posted..My Bunny Jurnal
tq chot!!..doamu dihargai… hehehe
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
hoho..best la. dapat makan macam-macam ni..
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 68
mane tak best..makan kan…. harusla best… hehehe
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
whoaaa…. cantik pulak gambar makanan nie…. hope dapat lagi la baca update dari Nadot sebelum deliver yea
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Crayon Burger SUBANG JAYA
Akan nadot cuba untuk update lagi… hehehhe
tq bang man! 🙂
nadot recently posted..Berjimba di Wondermama, Bangsar Village
Perkhhhh…makanan!!! Tensi mak jemah tenung lama2. Ahaha..
Oh ya..apapun, smoga slamat semuanya ya Nadot!!
Mak lagenda recently posted..COFFEE BAR IMPIAN
all d best utk nadot.. seronoknya..
makanan mmg menarik nampaknya.. pisang d goreng mmg nmpak sedap kan..
fiezaradzi recently posted..Gejala Penyakit Keputihan
memang nampak sodap-sodap semunya tu.
Semoga nadot selamat lahirkan baby, selamat sambung study, selamat dapat PhD, dan dipermudahkan.
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
blog ni bab makanan saya suka, gambar semua buat terasa nak makan jer, hehe
Juan recently posted..Komisen Affiliate Jomniaga
Makan sedap-sedap nampaknya.
akubiomed recently posted..Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minum
X ajak dan belanja saya..huhuhuhu…
InshaAllah semoga segalanya dipermudahkan olehNYA.
profhariz recently posted..Tiada Lagi Hanya Sekadar Ilusi Semuanya Sudah Realiti
semoga semuanya dipermudahkan…amin…
papa mifz recently posted..Encik Titan Si Jejaka Korea
wah..banyaknya makanan yang sedap-sedap. habis ke semua tu?
ohcikgu recently posted..Tahun ini mungkin berhari raya di hospital.
semua pun nampak seda ni.. cuma harga dia kalau org macam saya makan hari2 boleh bankrupt..
Khidhir recently posted..KeePass Cara Alternatif Menyimpan Password
tahniah dah selamat melahirkan baby..!
dayah pun selalu dgr pasal wondermama nih la..
tapi tak ter pergi..
takot la harga..mahal..
sobsobsob..
dayah recently posted..Sepet.. I miss u..
blog ni semua pasal makanan yang sedap sedap
Juan recently posted..Cadangan Bajet 2014 Malaysia Sebagai Rakyat Marhaen