Dinner Sempena Anniversary Ke-3 di Zest Restaurant, JW Marriott, Putrajaya

Akhirnya, entry yang aku hutang untuk diri sendiri selama hampir 6 bulan, dah terpublish akhirnya hari ni. Yess! ;p

29hb Januari, malam selepas entry jiwang aku pada Dude, kitorang pergi la dinner sempena Anniversary yang ke-3 diย Zest Restaurant, Hotel JW Marriott, Putrajaya.

Lepas malam ni la aku terus tak ada mood nak update blog. Mungkin sebab lepas beberapa hari dari malam ni, aku dapat tahu aku pregnant? Hehehe..

Untuk sambutan birthday or anniversary, aku memang suka dibawak keluar makan tempat best best. Walaupun ada yang kata baik masak sendiri, lagi romantik la ape kebenda, tapi sebab aku tak reti masak, so bila masak aku tensen sket, dan tak nak la tensen di hari jadi or anniversary. So, makan di luar adalah pilihan terbaik… Ye.. Memang alasan ;p

Disebabkan Birthday Dude jatuh pada tengah Januari dan aku yang arrange semua untuk dinner romantik konon kitorang di Little White Cafe masa tu, so untuk dinner anniversary pada bulan yang sama, memang dah termaktub dalam perlembagaan rumahtangga kitorang, Dude yang kena arrange. Adil & saksama kan? Hohoho.

So lepas Maghrib, bersiap-siap pakai sempoi-sempoi je, kitorang pun pergi la ke JW Marriot. First time aku melangkah ke dalam Restoran Zest ni, dan kami di usher ke meja makan yang simple tapi sweeeet setting dia.. Acececececece..

Kitorang je yang duduk makan area ni time ni… So, romantik la konon kann… Hohoho…

Buffet kat Restoran Zest ni, bagi aku agak pelbagai jugak. Starters je bukan main panjang beratur. Ada Western Food, Asian Food, Dessert dan banyak lagi la yang ada. Dan semuanya banyak jugak pilihan. Tapi tak terlarat nak ambik gambar semua sebab sibuk makan kan. Tapi aku tak kesal sangat bab gambar. Yang aku kesalkan, sebab tak dapat try semua makanan sebab kenyang sangat. Siyes kesal gile.. Hohohoho

Starter aku paling suka, harusla smoke salmon. Sedap woo… Ayam daging semua pun sedap… Tapi smoke salmon ku ulang 13 kali jugak kot… Okay, aku tipu ;p

Tapi cam biasa la, ada yang sedap, ada yang tak kena dengan selera kita. Tapi sebab pilihan banyak, tak ada masalah bagi aku. kalau pilihan sikit, ye kutuk juga. Hehe

Antara gambar makanan yang sempat di snap:

Antara starter dari pelbagai starter yang ada..Hehehehe

——

——

——

Some of the desserts

——

Sambil-sambil kitorang makan tu la, datang la ‘band’ main muzik & nyanyi untuk kitorang 2-3. Termasuk dalam pakej dah tu. Lepas tu penyanyi dia hulur bunga kat Dude untuk Dude bagi pada aku. Acecececece.. Sweet lagi tak? Tu pun tak silap masuk pakej jugak dah tu…hohoho..

Lepas band muzik tu melangkah pergi, kitorang sambung makan-makan lagi kejap, lepas tu sesi menukar dan membuka-buka hadiah. Dah 3 tahun kahwin, takda la nak surprise kan sangat dah hadiah ni. Masing-masing mintak and bagi pilihan apa antara barang yang kita nak. Pastu tengok budget masing-masing, beli la apa yang mampu. Lepas tu, sebulan dua gak la ikat perut sebab duit habis… Hohoho.. Okay, tipu lagii ;p

Untuk Dude, aku belikan external HD dengan Sony Walkman Sports MP3 Player. Setia Dude pakai sampai sekarang, setiap kali naik motor pergi & balik kerja walaupun 5 minit je ke ofis, masa jogging dan masa balik kampung Batu Pahat pun dia pakai. Tapi lepas aku dah tido la. Kalau tidak aku mengamuk la kan tanak borak dengan aku.. Hehehe

Aku pulak mintak tablet. Tak berapa kisah samsung or Apple. Maybe lepas Dude menimbang-nimbang & berfikir2, dapat la aku Ipad Mini! Siap ada personal message ala-ala sedikit jiwang di engraved belakang Ipad nya. Hohoho..

Lepas habis sesi buka-bukak hadiah, harusla aku sambung makan lagi. Dude makan juga. Tapi lamanya menunggu aku la sebab semua benda kalau boleh nak try. ๐Ÿ˜‰

Dah. Cukup untuk hari ni. Akhirnya, dapat juga tulis entry ni untuk kenangan. Lepas ni tak tulis 2 bulan pun aku tak kisah dah. Hahahaha. Tapi harapnya adalah entry lain untuk bulan ni.

Apapun, walaupun dah terlambat 2 hari, aku nak ucap juga Salam Ramadhan untuk semua. Semoga segala ibadah kita diterima Allah swt. InsyaAllah…

Later! ๐Ÿ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

  1. zila July 11, 2013
  2. Myra Jay July 11, 2013
  3. fiezaradzi July 11, 2013
  4. Anuar July 11, 2013
  5. hafizmd July 11, 2013
  6. titan July 11, 2013
  7. eyriqazz July 11, 2013
  8. halif July 12, 2013
  9. papa mifz July 14, 2013
  10. Bella Enveeus July 20, 2013
  11. Rina July 21, 2013
  12. suraya July 25, 2013
  13. cerita lucu September 4, 2013
  14. Rina September 5, 2013

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท