Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Alhamdulillah sangat dapat join seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri semalam di Prince Court. Gile banyak info yg sangat la berguna yang kalau ikutkan boleh tolong aku untuk lose weight. Nak tanak aku ikut je la…(nak ke? ;p) hohoho…

Disebabkan aku yang paling ‘sehat’ kat dalam seminar tu dan paling memerlukan pertolongan untuk mengurangkan berat badan (dah agak dah..), aku la dijadikan case study  selame proses pengajaran & pembelajaran berlangsung. hahaha.. Sejak dua menjak ni, asyik aku je yg kene ape2..adoyaii… Tapi ok la sebenarnye, sebab at least clear ar sket utk aku ape yg aku kene buat utk lose weight, tak yah pikir sendiri sbb dah Kevin & yg lain pikirkan utk aku…hehehe..

Banyak calculation ala-ala add math yang aku dapat D dan formula yang ditunjukkan tadi untuk kira BMR, kira DCR, kira kalori yang patut aku ambik utk lose weight instead of menaikkan atau menurunkan berat dan banyak la lg bende dpt belajar. Tp tu la..apepun semua bergantung kepada diri sendiri yang sangat pemalas ini. Smoge dapat la at least ubah sikit atau perlahan2…hehehe

Anyway, seronok juge dapat jumpe ramai kawan2 baru, tp x sempat nak berkenalan dengan semua & ambik gambar banyak sgt. So, sikit yang ada, enjoykan lah. ;p

Para peserta Seminar Jom Kurus

Kevin juga ada membawa dua volunteer, anak didik beliau yang terlibat dengan cabaran i-sihat selama 6 minggu. Diorang dah 5 minggu dalam cabaran tersebut dan masing-masing turun byk gile..huhuhu

(L) Kaka & (R) Izat

Dalam masa 5 minggu, Kaka dah turun berat sebanyak 10 kg dari 93 ke 83kg. Izat pulak dah turun 11 kg dalam masa 5 minggu dari 120++ (lupe) ke 110 ++. Gile ah hebat dorang ni…

Antara blogger yang sempat aku ambik gambar sekali:

(L) Bersama Puan Bee, (M) bersama Nurul, Shila & Yah yg cantek-cantek semuanye..AKu? huhuuh (R) Bersama Nurul

Terima kasih kepada Puan Bee sebab menganjurkan program ni bersama Kevin. Kalau x, x dpt jumpa Kevin yg hot itu.. eh?!… ;p

Dapat berjumpa dengan Shila yg cun si tunangan orang sekali lagi selepas Pizza Hut Red Carpet

Dan dapat berjumpa Nurul yang cantik, blogger idaman abangensem Malaya…. 😉

Yang paling penting:

Serasi bersama? lalallalalalala ;p (sampai terangkat-angkat kaki aku rasa mcm nak terbang high sgt dpt amek gmbr dgn dia..hohoho)

Walaupun lebar dua-dua peha Kevin sama besar dengan 1 peha aku, takpe..aku ok je…hohohoho

Tapi yang paling best lagi, Aku dan Yah yang kelaparan selepas  seminar dapat 30 minit sesi percuma lagi dengan Kevin di Coffee Bean! Dia pun minum situ, ape lagi ambek kesempatan la dok satu meje. So advantage tu digunakan untuk bertanya lagi banyak soalan. i suke!! 😉

Kesimpulannya? aku masih high sampai sekarang..hahaha

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

  1. Aslam July 9, 2012
  2. hazman aka species1980 July 9, 2012
    • nadot July 9, 2012
  3. ReM July 9, 2012
    • nadot July 9, 2012
  4. puanbee July 9, 2012
    • nadot July 9, 2012
  5. Nadia July 10, 2012
    • nadot July 10, 2012
  6. Nurul July 10, 2012
    • nadot July 10, 2012
  7. shilazizi July 11, 2012
    • nadot July 11, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·