Berat Badan Naik dengan Pantas

Waaahhh.. Lama gila tak update blog. Teruk betul kemalasan aku lately. Blog walking pun tak mampu nak buat sangat. Cuma mampu pergi 3-4 blog yang memang selalu pergi je. Ampun ye korang. Huhu. Makan je yang aku rajin sekarang. Tu pun dalam 3-4 hari ni kurang sikit.

Dalam 3 bulan ni, aku dengan sedihnya berjaya naik 9 kg dengan yang paling banyak naik pada bulan Januari dan Februari la. Jangan tanya kenapa. Aku pun tak tau apa jawapannya. Tapi aku tetap comel seperti biasa walaupun macam agak kusam kulit muka aku. Hohoho.

Tapi macam dah di mention di perenggan pertama, sebab kurang sikit (sikit je – masih lagi nasi 3 melas sehari..hahaha) makan 3-4 hari ni, akhirnya turun la jugak 1.5 kg. Tapi sangat jauh lagi la nak mencapai berat ‘asal’ 3 bulan lepas yang dah morbid obese tu. Sekarang lebih morbid lagi. Dapat tak korang rasa kesedihan aku ni?

Mesti tak rasa sangat kan? Sebab aku pun tak sedih sangat. Hohohoho. Teruknyaaaa… Tensen dengan diri sendiri..Ishk!

Tapi nasib baik la jugak turun 1.5 kg tu dalam 3-4 hari. Aku memang akan turun sikit bila jadinya benda macam ni. Jadi benda macam mana? Nantilah, lagi 2-3 minggu ke aku rajin update lagi, aku cerita sikit. Hohohoho.

Petang/malam ni akan aku cuba up kan lagi satu entry. Pasal Mee Racun yang marvellous gila!  Serius aku akan cuba sedaya upaya. Hohoho.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

54 thoughts on “Berat Badan Naik dengan Pantas

  1. kak nadot..ada cara melayu nak makan oat
    gerenti sodap (for my tekaklah)
    oat masak plain cam biasa (or nak letak sayur pun bleh)
    grg ikan bilis garing2..tabur…makan dengan kicap + cili padi
    terangkat okehhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge