Impian Membuka Kedai Buku Terpakai

Impian dan angan-angan aku memang banyak. Sangat banyak. Tapi satu yang memang dah lama aku terfikir dari zaman belajar lagi, adalah impian nak membuka kedai buku. Aku memang sangat suka buku. Dulu beli je buku apa memang semuanya akan habis baca. Novel, tak kira la English atau Melayu, kalau tak buat apa, memang akan habiskan dalam sehari tebal mana pun. Kecuali novel kompilasi ‘Lagenda Budak Setan’ tu memang aku tak mampu lah. Sangat tebal.

(Kan best kalau aku mampu habiskan baca Al-Quran dalam sehari macam tu juga. Okay, aku dah cakap, korang jangan sambung ;p)

Tapi semenjak bersalinkan Nawfal memang sangat susah nak habiskan buku dengan cepat. Dah ada anak, buku bukan keutamaan dah. Tapi kadang-kadang bila mood membaca dah datang, anak suami pun boleh lupa. Hehehe. Tapi buku tetap akan dibeli walaupun tak tahu nak baca bila dah.

Buku-buku & komik aku dekat rumah mak sangat banyak sekarang ni. Dalam almari, bawah katil, dalam beg. Memang tak sabar ada rumah sendiri yang betul-betul dan jadikan satu bilik sebagai library. Itu pun aku rasa macam tak muat, serius.

Kadang terfikir nak buka kedai buku jual buku baru ala-ala MPH. Tapi bukanlah bercawangan sebegitu. Setakat macam First Edition, sebuah independence book store di Uptown Damansara dimana buku-buku baru yang dijual ala-ala standard MPH gitu yang import bagai.

Tapi ada juga terfikir untuk membuka kedai menjual &  menyewa buku-buku terpakai. Dapat satu lot kedai yang murah. Dekat dengan rumah. Senang juga orang nak datang. Design bagi sangat cosy yang rasa tak nak balik rumah. Kiri kanan atas bawah semua buku je. Ada surau. Ada cafe kecik kat sebelah. Serius teringin. Kalau lah dapat pencen awal dan ada duit nak bukak kedai buku ni, seronoknya! (^_^).

Dan bila mak ayah dan kakteh (adik) datang melawat baru-baru ni, rasa teringin itu semakin mencanak-canak bila bawa Kakteh pergi ke 3 kedai buku terpakai di Edinburgh ni sebab dia nak mencari buku cross-stitch. Hehe.

So kedai-kedai yang kami masuk minggu lepas yang pertama pergi adalah:

Tills Bookshop

Yang ni paling dekat dengan rumah aku. Kecik je. Tapi suka!

Bau buku yang serius sedap gila. Rasa nak baring je atas lantai & baca buku-buku. Tapi sebab nak kejar masa nak ambik Nawfal dari nursery, kakteh masuk terus cari buku nursery, dan aku berjakun snap gambar. Hihi.

Lepas tu pergi area Old Town, masuk kedai buku Edinburgh Books, kedai buku second hand terbesar kat Edinburgh tak silap. Jangan la imagine besar macam MPH ke apa. Tak semoden itu.

Masuk-masuk, di sambut dengan kepala kerbau proudly hanging on the wall between books. Kesian kerbau tu. Hehe.

Siap ada tangga turun basement yang ada sangat banyak buku juga. Teringin aku beli buku pasal Khalifah-khalifah yang ditulis pada tahun 1891 dalam Bahasa Inggeris. Cover buku pun klasik gila. Tapi time tak sampai hati sebab agak mahal & duit tengah tak ada masa tu. Rasa nak pergi je balik & beli. Haiishh. Last sekali, kitorang masuk kedai buku Main Point Books.

Kedai ni selang beberapa buah je dari Edinburgh Books. Kecik je juga lebih kurang macam Tills Bookshop.

Tapi kat sini buku Cross-stitch kakteh kulit tebal dapat £2.50 je. Kedai lain beli jugak tapi harga £5 tak silap. Tapi kakteh kata kalau kat Malaysia nak dekat 100 kot yang baru. Cantik lagi semuanya. Memang sangat banyak jenis buku yang ada. fiction, non-fiction, religion, literature, art, hobbies, comic & semua jenis la buku yang ada. Bau buku pulak sedap-sedap semuanya. Hehe.

Banyak je lagi kedai buku second-hand dekat sini. InsyaAllah ada masa explore lagi dan beli untuk diri sendiri pulak. Sekarang kena fokus dengan belajar. Chewah!

Semoga ada rezeki untuk capai impian + angan-angan aku yang sangat banyak termasuk nak bukak kedai buku macam ni. Tak ada rezeki takpe. Ada la yang lebih baik tu Allah dah sediakan. Haa.. positif kan? hihihi.. (^_^)

Later! 😉

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

63 Comments

  1. elly-daily October 2, 2014
    • nadot October 2, 2014
  2. titan October 2, 2014
    • nadot October 5, 2014
      • titan October 19, 2014
  3. jue a October 2, 2014
  4. akubiomed October 2, 2014
  5. JMR October 2, 2014
  6. Hero Borneo October 2, 2014
  7. Sobri Mansor October 2, 2014
  8. siti hazreen October 3, 2014
  9. ohcikgu October 3, 2014
  10. Bahrain October 3, 2014
  11. Uncle Zuan October 4, 2014
  12. Hairul Azni October 4, 2014
  13. jaymiee October 6, 2014
  14. Mohd Shubhi October 9, 2014
  15. azlanvai October 9, 2014
  16. Manan Qayyim October 12, 2014
  17. eyriqazz October 13, 2014
  18. blogger lelaki October 14, 2014
  19. Mummy Dina October 16, 2014
  20. Khadeejah Hasmad October 17, 2014
  21. SuperNifz October 17, 2014
  22. peserta plpg October 18, 2014
  23. sweetkurma October 18, 2014
    • nadot October 19, 2014
  24. Wina October 18, 2014
  25. Amran October 19, 2014
  26. Hafizul October 20, 2014
  27. Kak Kep October 20, 2014
  28. Datin Tyka October 20, 2014
  29. Miracle Vitamins October 26, 2014
  30. Fyda Noh October 26, 2014
  31. Zuhaira November 4, 2014
    • nadot November 6, 2014
  32. Wira Merah November 11, 2014
  33. YS72 February 6, 2015
  34. fitri January 30, 2017
  35. sewa mobil harian palembang September 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·