Rahsia Bayi Tidur Lena

Dah baru dapat anak ni, semua entry harus la berkisarkan tentang baby, susu dan yang sewaktu dengannya. Harap bertahannya. Nanti aku pos pasal makan-makan lagi lepas pantang. Hohohoho.

So, rahsia bayi tidur lena ni langsung tak ada kena mengena dengan rahsia Vila Nabilla tu. Cuma yang secara kebetulannya sama, adalah dua-dua rahsia ni bukan rahsia dah pun sebenarnya. Dah diketahui umum pun ending nya. Hehe

Rahsia bayi tidur lena pun, tak susah. Aku cerita ni, mesti ada yang kata saja nak promote. Memang la ada niat tu sikit, tapi sikit je. Heheh. Niat sebenar memang nak bercerita dan buat entry untuk hari ni sebab dah banyak bulan dan hari tak ada entry. Hihi.

Okay, baby kan masa kecik-kecik ni, biasa kalau bagi direct, sejam lebih ke 2 jam dah bangun dah nak menyusu lagi. Even kalau aku bagi EBM dalam botol awal-awal hari tu pun, kejap je dah bangun nak menyusu lagi. Susu aku pulak bukan yang jenis mencurah-curah. Kalau pam 3-4 jam sekali, biasanya dapat cukup-cukup untuk anak, atau pun lebih 1/2 – 1 oz untuk stok ataupun tak cukup.

Sama la macam Nawfal dulu. So masa Nawfal tu, aku consume Shaklee breastfeeding set PAKEJ D:
Alfalfa + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrix.
Tapi tak ambik ESP sebab aku tak rajin benda bancuh2 ni (walaupun bukan aku yang bancuh.. hihi).

Ada yang kata alfalfa boleh membanyakkan susu. Tapi bagi aku ubat2 ni ikut orang. Susu aku maintain je macam tu. Tapi Let Down Reflex (LDR) memang bertambah. Asyik rasa je susu turun. Kalau baby minum direct, kira senang la untuk dia. Tapi masa Nawfal ni, aku tak dapat habiskan pil-pil lain. Sebab aku adalah sangat pemalas makan pil banyak-banyak. Memang jenis malas makan ubat. Panadol pun boleh kira berapa kali je aku ambik setahun.

Masa Nazheef ni, satu set apa pun tak beli. Memang tak peduli langsung la tentang kesihatan atau penjagaan atau supplemen apa2 untuk pantang ke menyusu ke apa. Sebab banyak benda nak kena fikir untuk sambung belajar punya urusan etc. Awal-awal susu okay je. Lepas tu, baby dah mula minum banyak sampai boleh cecah 6 oz bila growth spurt. Kalau normal dekat 5 oz walaupun baru dekat sebulan umurnya. Padahal kalau botol aku bagi guna botol Medela Calma, yang susu hanya keluar bila baby sedut. Kalau baby tak sedut, memang susu tak keluar. Kira kalau terbalikkan botol tu, takkan tumpah la susu macam puting-puting susu biasa.

So, dari dapat simpan 10 stok dalam fridge, 5-6 dalam freezer, semua habis. Kira kais pagi makan pagi, kais petang makan petang & malam. Dah la baby memang kena banyak minum EBM sebab aku asyik kena keluar je buat visa la, beli barang2 la, selesaikan urusan sebelum pergi belajar. Siap dah beli susu formula sebagai back up kat rumah takut tak cukup susu masa aku keluar.

susu kurang

Sebab dah banyak sangat baby minum dan stok susu susah nak buat, baru terperasan memang tak beli & makan apa yang sihat untuk pantang & menyusu ni. So, kalau untuk susu, haruslah aku teringat Shaklee sebab dah ambik masa Nawfal. Disebabkan aku memang pemalas makan pil banyak-banyak disamping aku masih mengambil pil pre-natal, aku just order Alfalfa & ESP.

shaklee susu

Makanan harian untuk menambah khasiat susu – ESP ditambah dengan milo, Alfalfa & Kurma Ajwa + Minum air masak banyak gila

Aku sebenarnya tak makan kurma, sebelum bulan puasa tahun ni, rasanya berapa tahun dah tak jamah kurma. Bagi aku kurma macam manis pekat gitu. Tak minat. Tapi bila bulan Ramadhan tahun ni, mak ayah bawak balik kurma Ajwa dari umrah, boleh pulak aku makan 1-2 biji untuk sahur dan berbuka. Sejak tu, aku gedik nak kurma Ajwa/Nabi je. Mengada namanya tu.. hoho

Anyway, lepas amalkan makan + minum ni, disebabkan alfalfa, LDR agak kerap dari biasa. Susu diperah naik sikit je kalau pam 3-4 jam sekali, tapi cukup la untuk baby sekali minum atau ada lebih 1 oz ke untuk kumpul simpan stok. Tapi yang bestnya, susu jadi pekat yang berkemungkinan besar disebabkan pengambilan ESP. So, instead of bangun 2 jam sekali untuk susu almost 5 oz, sekarang dalam 4 jam (kadang2 lebih) sekali baru mintak susu dengan jumlah yang sama, almost 5 oz. Malam kelmarin, Nazheef siap tidur dari 8.30 malam sampai 3 pagi, baru terjaga balik nak susu. Seronok la mommy & daddy boleh tidur lama sikit sebelum baby bangun.

stok susu pixlr

Dari tinggal satu je botol, akhirnya bertambah jadi beberapa botol. Alhamdulillah..

Stok pun dari tinggal 1 je, dah bertambah balik jadi 5-7 botol. Susu formula yang dibeli untuk back up pun tak digunakan lagi. Cuba tengok bahagian air kat bahagian bawah botol, dulu agak tinggi. Sekarang sebab susu makin pekat, bahagian air bawah tu tak tinggi sangat. Minum pulak dekat 5 oz walaupun baru sebulan, tu baby kenyang lama sikit tu. Lena tidur dia. Seronok betul tengok baby makin bulat sebab susu sendiri. Alhamdulillah.

IMG_8211 pixlr

So sebab sendiri dah nampak kesan baik, aku pun daftar la terus jadi ahli Shaklee. So boleh la beli dari aku ye kalau nak apa-apa barangan Shaklee. Set untuk menyusu ke, untuk nak cantik ke, untuk kesihatan ke, untuk nak kurus ke (ni aku tak sanggup try, nanti aku kurus… hahahaha), InsyaAllah, ada harga kawan-kawan. Hohoho. Boleh la PM Facebook aku Nadot Yusof. Even aku kat UK nanti pun, boleh je order sebab semuanya secara online je aku order & Shaklee sendiri akan pos kan ke rumah korang. Ye, aku tengah promote la ni… hohohoho

Apa pun bagi aku, semuanya rezeki. Jangan la percaya kalau ada orang guna perkataan ” ‘PASTI’, ‘WAJIB’, ‘MESTI’ ada perubahan lepas consume”. Kita cuba je usaha, kalau Allah nak bagi, Dia bagi even tak usaha pun. Dah tetap dah semua rezeki kita ditulis. Usaha tu je penting. Ada yang rajin consume supplemen or makan untuk naikkan susu, tapi susu tetap sikit. So terpaksa top up dengan FM. Jangan la dok kutuk sangat aihh.. Sian diorang. Bukan diorang tanak, dah rezki kurang dari segi itu.

Tapi kalau ada jenis mak-mak memang langsung tanak cuba untuk bagi susu ibu tanpa sebab logik & tak usaha langsung, tu aku terpaksa kutuk juga la dalam hati. Tapi aku cuba juga untuk tidak kutuk sebenarnya. Tu ujian untuk dia. Ujian untuk aku adalah tahan dari mengutuk. Susah okaayy nak jadi baik… Haishhh….hehehe

So, ni lah rahsia dia macam mana baby aku boleh tidur lena. Mudah kan? Hohohoho…

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

  1. titan November 22, 2013
  2. Mohd Shubhi November 22, 2013
  3. akubiomed November 22, 2013
  4. anuar November 23, 2013
  5. sweetkurma November 23, 2013
  6. OH Ping Blog November 23, 2013
  7. Farisya Anastasyia November 23, 2013
  8. saljuhumairah November 26, 2013
  9. hazman aka species1980 November 26, 2013
  10. dayah November 27, 2013
  11. hatiputera November 29, 2013
  12. Pingback: demenagement martin May 21, 2014

Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·