Alhamdulillah, baru iklankan sehari, terus dapat tenant.
Ini untuk apartment aku yang terletak di Putra Perdana, Puchong. Rumah ni aku baru dapat tahun lepas. Beli 36% bawah market value. Ada aku cerita di SINI tentang penyewaan dan pembelian apartment tu.
So, pukul 10 malam Rabu lepas kot iklan tu dah up kat mudah.my. Sebab aku dah state dalam iklan aku prefer sms & whatsapp sahaja especially waktu malam & office hour (setiap masa la tu maksudnya.. hihi), so malam tu je dah masuk 3-4 sms/wa. Esok siangnya lagi la bertalu. So, terus aku suruh siapa yang available datang petang tu lepas office hour untuk Dude bawak pegi view rumah sebab dekat dengan Putrajaya compare to aku yang kerja Shah Alam.
Tapi sebenarnya aku dah sampai pun rumah pukul 6 pm tu. Tapi aku kan pemalas, so Dude je la bawa orang pergi view. So, petang tu kalau ikutkan 6 orang pergi view dari pukul 6pm – 7 pm. Masa satu group anak dara ni sampai, ada lagi sorang ni call Dude dia dah sampai bawah apartment. Dude kata akan call balik lagi beberapa minit, tapi Dude lupa mana satu phone number nya, so Dude tak call balik and baliklah perempuan itu ke Ampang. Mentang-mentang ada group perempuan datang, gataaall lak dia sampai terlupa.
So malam tu, 2-3 orang kata nak juga apartment tu. 2 orang government kerja Putrajaya/Cyberjaya. Itu aku terpaksa KIV sebab aku nak long term at least 2 tahun. Kalau gomen, within 1 year dah boleh dapat kuarters apartment. Susah la pulak aku dah takde kat Malaysia masa tu kalau diorang dah dapat. Yang lagi satu kapel ni pulak, memang desperate nak rumah tu, siap minta diskaun, so aku diskaun la RM10, tapi booking mampu bayar RM100 je. Aku suruh la bayar at least setengah bulan sewa, RM300++, diorang tak boleh katanya. Kena tunggu akhir bulan dapat balik deposit lama dari landlord lama diorang.
Nasib baik la even agak excited nak kan tenant, aku kuat juga la untuk tidak menerima offer tu. Risau kalau nanti bila dah duduk ada masalah bayar sewa. Yang deposit pun nak tunggu landlord lama bagi balik duit. Padahal kebiasaannya landlord tak terus pulangkan balik deposit. Nak la kena cek dulu keadaan rumah, bil semasa kot ada tertunggak ke apa.
Then esoknya, ada lagi 3 orang book nak tengok masa tengah hari sebelum Solat Jumaat, termasuk lah budak yang Dude lupa nak call balik tu. Yang nak tengok petang pun ada, tapi aku tak confirm lagi takut Dude penat. So, akhirnya, budak yang Dude turned down awal-awal tu la yang bakal menjadi tenant kitorang 1 Oktober nanti.
Aku mintak 2 + 1 + utiliti. Tapi aku suruh bayar sebulan dulu la untuk booking malam tu. So malam tu jugak lah dia bayar booking, dah la tak minta diskaun. Alhamdulillah.. Aku dengan baiknya bagi la kelonggaran untuk dia bayar 2 kali deposit tu sebab beribu jugakkan.. Dia kata, dia nak bayar penuh je terus. Alhamdulillah lagiii… So, harapnya, dapat la dia suami isteri jaga rumah aku dengan baik. Agreement akan dibuat 2 tahun seperti yang telah dipersetujui. Kalau tahun ketiga dia nak keluar, insyaAllah Sayuti, investor + part time agent + bakal PhD holder (dah viva, tak tanye lak result.. hihi), akan tolong tengok-tengokkan. Abang Ensem busy sangat, malas nak susahkan… Hehehe.
Sewa rumah tu pun aku naikkan RM30 dari tenant lepas, tolak maintenence dll, dapat la ROI lebih 10% jugak. Rezki baby dalam perut ni.Sampai hari, tak kurang 5 orang sms or whatsapp or call tanyakan pasal apartment tu. So, baru tadi aku delete iklan tu dari Mudah. Penat kena kacau. Hohoho
So, sekarang tunggu apartment lagi satu yang setahun tak setel-setel. Ujian untuk aku yang nak dekat bersalin & nak pergi belajar ni. Takpe, aku fikir positif je ni. Semoga cepat la selesai hendaknya.
Doakan aku ye kawan-kawan ๐
Later! ;p
Wah cepat betul dapat tenant. Saya setakat ni belum lagi cba beriklan di mudah…
TR recently posted..Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014
rumah2 saya semua saya iklan kan di mudah je..ALhamdulillah ok…
Harap akan terus ok utk mase2 akan datang ๐
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
amin~, semoga dapat disetelkan dngan segera.
terima kasih banyak2.. Amiinn ๐
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
tahniah dot.. rejeki anak2
aslam recently posted..Agent rumah main harga?
tq Aslam.. tu le pasal… rezki anak2… ๐
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
tahniah…hot location senang je dapat tenant…
Farid Adam recently posted..Lagi Penjelasan Tentang Zakat Simpanan Dalam Tabung Haji
tu la.ALhamdulillah ๐
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
Meh sy tgk2 kan appt tu..dkt je rumah.hehehe
chot recently posted..Kalau boleh
hahaha.. tak leh caye… tak leh caye… hehehehe
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
Cepat kan lau iklankan kt mudah.. ๐
luqmanzakaria recently posted..Percutian di Pulau Kapas, Terengganu
tu la pasal..pantas gile..
nadot recently posted..Selamat Tinggal City Sayang
Alhamdulillah, lokasi tempat ni memang macam goreng pisang panas.
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
wahhhhh bagus biznes ya hehehe
sweetkurma recently posted..rezeki kesihatan
Abang Ensem busy ke atau sebab tak nak bayar pengeras untuk jaga rumah??
Abang Ensem Berketak recently posted..Info Asas Pelaburan Hartanah Lelong
tahniah..leh la belanja gua cendol lepas nih..
titan recently posted..Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?
ala ruginya, saya memang tengah cari rumah sewa area situ ๐ hehehe memang pun, kalau letak dekat mudah terus je dapat sebab memang ramai orang mencari rumah nii
sarah mohamad recently posted..Ke IKEA
Kalau lokasi strategik memang sentiasa dicari kan?
cikgu naman recently posted..Mark Adam-Pencuri
macam goreng pisang panas..
blogger lelaki recently posted..Dimana Silapnya Ego Lelaki?
Kira hot jugak ye lokasi tu. Berderet jugak orang nak sewa dekat situ.
Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road
oiit.. nama aku ada kat entry nih lak.. hahah.. terharu.. inshaAllah.. aku cuba yg terbaik..
pernah juga sewakan rumah area Desa Serdang kat mudah… sehari je dah selesai. Kawasan hot spot memang mudah dpt penyewa. Alhamdulillah…. tak ada masalah
Kujie recently posted..Beli Shell Sekilo RM 10
market kat mudah mmg besar
rumah sop pun iklan kat mudah ๐
Sop recently posted..Rumah kampung
Wah cepat dapat penyewa baru. Rezeki.
akubiomed recently posted..Abang Koning sambut Hari Lahir