Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6

Ketika memperkenalkan para juri untuk Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 ni, Najip Ali mengajak penonton beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada AC Mizal. Birthday dia rupanya hari ni. Tersipu-sipu bila Lisa Surihani yang wish. nyampah! ;p

Tema minggu ni adalah rancangan TV tetapi rancangan yang berbentuk agama adalah dilarang. Hehe

Persembahan pertama dari kumpulan Boboi, dan Nabil meniru rancangan Barney tapi instead of pakai costume patung dinosaur ungu, Nabil pakai costume buaya hijau. Hohoho. Boleh tahan gak lawak diorang hari ni.

SEterusnya persembahan dari kumpulan SayWho yang melakonkan rancangan MasterChef. Diorang cam biase adalah bengong! ADa Chef Lah & Chef Jo. Tapi cam biasa ade la part yang kurang nak gelak, tapi banyak jugak la yang boleh gelak. Hehehe

R2 pulak kali ni, memang kurang best. Si adik memang asyik lupa skrip. Rahim pun ada jugak punch line tak mengena. Tapi kalau kena, memang boleh gelak sangat la. Lisa yang komen pun kata agak kureng sikit.

Shiro pulak tiru rancangan ‘Bersamamu’, tapi diorang tukar tajuk jadi ‘Bersamaku’. Ajak jadi pengacara pakai tudung, cun je… hahaha. Tapi memang bengong ar diorang. Siap lakonkan iklan Susu & harpic lagi. sila la tengok you tube ke mane ke persembahan diorang nanti ye. 😉

Next kumpulan SaBon, yang ikut rancangan Jejak Kasih kot, tapi tukar tajuk jadi ‘Jejak Mutiara yang Hilang’. Serius, kali ni lebey better sket sebab Sathiya kurang bercakap. Mungkin diorang dah diskas awal-awal kot, so Abon boleh la bercakap lebih macam mase OsBon dulu.

Jambu pulak buat rancangan ‘Maharaja Lawak MegaSALE 2012’. Serius, diorang paling merepek kerepek laaa… Siap suka hati tiru aksi semua juri… Nasib baik jadi dan tak annoying. Memang gelak je la sepanjang tengok Jambu hari ni. Serius best!

Bandung Jokers berjaya buat aku MENGANTUK. aku tahan je mata ni sebab nak tunggu JOZAN. Diorang tiru rancangan Betul ke Bohong, tapi memang tak boleh blah la. Ngantuk betul… seriusss..

Jozan pulak tiru rancangan Propaganza jadi rancangan PropaGanjil. Memang  lawaaakk la. Jozan berlakon jadi Reza, jadi Ayie si stailista tu, jadi azwan ali, tah pape gile! Samngat merepek wehhh…Serius tatau nak pilih Jambu ke Jozan. Dua2 aku suke gile. Hope diorang Top 2 la final nanti.

So, bottom 3 untuk Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 ni adalah SaBon, Bandung Jokers & R2. Wulan umumkan akan ada satu kumpulan yang tersingkir. Awal-awal diberitahu R2 terselamat. Lega jugak aku. Kemudian diumumkan yang tersingkir adalah:

BANDUNG JOKERS!

Takde dah la gelak comel diorang. Tapi ok je takde pun. Hehehe.

Tak sabar tunggu minggu 7 pulak untuk lawak-lawak lebih best harapnye!

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. boni kacak December 22, 2012
  2. titan December 22, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·