Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 4

Takutnyeee bila dah mula Maharaja Lawak Mega Minggu ke 4 ni dah mula. Ye la, minggu ni kan minggu pertama yang akan ada penyingkiran. Berdebar je sape yang akan tersingkir dulu.

Persembahan pertama malam ni dari kumpulan Say Who! Bengong seperti biasa! Dari musim pertama aku memang suke diorang dan suka sangat diorang dapat nombor 3 mase tu. Kali ni, si Bocil jadi Rajagopal. comel gileee… lawak ar.. best best 😉

Persembahan kedua dari kumpulan Pimai. Setuju dengan kata Wulan, yang punch line agak lambat. Awal-awal memang aku nak kutuk dah. Nasib baik ada jugak lepas tu lawak nye. Tapi still susah gak la nak cakap sebab kumpulan ‘mude-mude’ lebih hebat sangat la…

NExt Jambu!..Tapi sedey, sebab kali ni tak selawak ketiga-tiga minggu lepas. tensen je… tunggu punch lin yang agak kurang n lambat sampai… diorang la kumpulan feveret aku untuk setiap minggu selain Jozan. Tapi kali ni, memang kureng… Harap next week akan lebey better sangat-sangat.

Shiro pulak untuk malam ni boleh tahan jugaaakk.. banyak gak punch line yang merepek… Diorang berdua jadi pengemis macam yang diorang dah buat dalam Raja Lawak, tapi dengan lawak yang berbeza la… So, suke la jugak ;p

Balas malam ni, biase je la… ade gak bahagian yang menggelakkan.. Tapi tetap agak kureng koottt.. Awie komen pun cam x brape nak minat je… huhuhu

Persembahan seterusnya dari SaBon, aku rase cam nak potong je lidah Sathiya.. Tak tahan dengan suara nyaring dia… hoho. Wulan pun komen yang Sathiya suke bersemangat overr tapi punch line kurang mengena.. Biase je la… Tah… Memang terus tak minat diorang sangat lepas Abon dgn Sathiya. Kalau mase dengan Os tu, sangat suke jugak.

Next, R2 yang bangang! Hahahaha.. Serius kali ni memang okay. Rahim memang bengong. Selame ni diorang memang ok je pun. Tak ramai peminat je kot. Tapi harap sangat tak terkeluar dalam mase terdekat ni. Huhuhu.

Dadidu pulak, lepas persembahan malam ni, serius aku berharap diorang yang keluar. Satu gelakan pun tak ada! Serius. minggu lepas ada jugak sekali dua orang gelak. Kali ni takde langsung. Tolong la keluar cepat!

Aku pulak bersetuju dengan Awie di mana kali ni aku kurang gelak dengan persembahan JOZAN. Tetap best, tetap gelak, tapi kureng dari 2 minggu pertama musim ni. Tapi, op kos tetap suke diorang. Berbelah hati aku sama ada nak Jambu atau Jozan yang juara. Hehehehe…

Bandung Jokers plak, memang ramai la gelak sebab cara gelak kembar 2 orang tu. Gelak sebab punch line agak kurengg.. Tapi pasal cara gelak tu, aku pun tergelak jugak. Hape-hape tah… haha

Kumpulan terakhir malam ni, Boboi tanpa kehadiran Afdlin pun agak kurenngg… Kesian plak diorang rasenye. Najip Ali pun cakap yang same.. ‘kurang garing’ katenye…

Dah lepas Boboi buat persembahan,  buat kali pertamanya, UNDIAN TELAH DITUTUP! Lame tak dengar ayat tuu… Berdebar gak mase ni nak tau sape yang keluar… ;p

Awal-awal AC umumkan dulu 5 peserta terendah yang terdiri dari DaDiDu, PiMai, Balas, R2 dan Bandung Jokers. Lisa Surihani diberi tanggungjawab untuk mengumumkan siapa yang terkeluar dan terselamat.

Bile Lisa sebut R2, risau gak. Nasib baik terselamat. Kemudian DaDiDuTERSINGKIR! Bandung Jokers, terselamat. Diumumkan lagi, PiMai – TERSINGKIR! Balas pulak TERSINGKIR jugak!!

3 kumpulan tu tersingkir teruss!.. Gile ahh… Serius tak sangka sampai 3 kumpulan… Tapi nasib baik R2 terselamat instead of Balas.

Agak sayu mase mereka yang tersingkir bagi ucapan akhir diorang. Dah la yang otai2 macam AR Badul & Imuda & Mat Over yang memang dulu lawak gile. Tapi memang susah diorang nak berlawan dengan pelawak-pelawak zaman sekarang.

Ape pun, seronok gak at least, next week takde la penat sangat tengok tanpa gelak. hohoho.. Harap next week akan lebey better!

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

  1. abangensem December 8, 2012
  2. ohcikgu December 8, 2012
  3. Farid Adam December 8, 2012
  4. boni kacak dan bongkak December 8, 2012
  5. cik tom December 9, 2012
  6. Hazmin Hamudin December 9, 2012
  7. samdaddycool December 10, 2012
  8. daddydee December 11, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·