Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5

Tak sabar nak tengok Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5 ni sebab tema dia MUZIKAL!

Selalunye kalau kumpulan yang hebat-hebat, mesti agak lawak & best bile tema muzikal ni. Harapnya begitu.

Persembahan pembukaan hari ni dipersembahkan oleh AC & NICO! Gile lame tak tengok NICO. Time aku ‘kecik-kecik’ dulu kot 4U2C & NICO ni… Antare group feveret aku.

Kumpulan pertama yang buat persembahan adalah Shiro yang berlakon jadi perompak bank. Siap nyanyi lagu ‘kosong’ by Najwa Latif. Yang bangang lagi adalah diorang memerli Thailand yang bagi layanan buruk kat Malaysia. Lepas tu nyanyi lagu lama yang mana suara Shahrul buruk gile sampai orang semua terpaksa gelak. Hahaha. Not bad ar kali ni.. ;p

Seterusnya persembahan dari Boboi yang kali ni dah ada Afdlin Shauki! Merepek gile konon dalam bilik karaoke nak nyanyi lagu Anuar Zain tapi yang keluar lagu Maher Zain. Bengong! Lawak juge bile Nabil kate Harun Salim Bachik GRO tua..hohoho..Tapi sebab kali ni mase diberi agak panjang, ade je bahagian yang tidak bergelak.. Tapi overall, aku tetap suke la 😉

Kumpulan Sabon pulak macam biase, mesti la tak berapa nak ok walaupun ade la bahagian boleh gelak. Kire mase ni, kalau nak ambik makanan kat dapur jap, boleh je. Kejap je la… Hohoho

Bandung Jokers malam ni jadi Upin & Ipin lagi. Agak bengong gak. Seronok jugak la tengok. Tapi still kureng kalau compare to yang hebat.

Next R2 pulak. Rahim jadi hantu malam ni. Awie macam tak berapa minat. Tapi serius agak ok jugak especially Rahim la of course. Memang tah hape hape… Best best!

Kumpulan seterusnya, adalah:

JOZAN!!

Kali ni waaayyyy better dari last week kot. Memang best lah. Tah ape ape masing-masing. Zizan jadi gagap. Johan pulak nak audition untuk muzikal. Merepek betul 😉

SayWho pulak kali ni bengong nak mapuh! Bocil boleh nyanyi lagu Pencinta Wanita loghat Kelantan. Comel gileee… Terpakse terbahak-bahak mase Bocil nyanyi tu. Sronok!

Persembahan terakhir malam ni dari kumpulan Jambu. Again, waayyy waay wayyy better dari last week. Walaupun aku rase minggu 2 & 3 punya lebih baik, tapi not bad la jugak yang ni. kebanyakan dialog diorang ‘lontarkan’ dengan cara menyanyi. Memang Jambu ah! ;p

Dah habis Jambu buat persembahan, berdebar la jugak sementara nak menunggu siapa yang akan terkeluar untuk Minggu 5 Maharaja Lawak Mega ni. Ye la, kebanyakan yang tinggal bagi aku best-best kecuali 2 kumpulan yang aku tak berapa kisah keluar dulu sekarang ni. Hehehehe.

So, 3 kumpulan terbawah adalah SaBon, R2 dan Bandung Jokers. Masa ni aku berharap, janganla R2 keluar.  Bile Awie sebut R2 terselamat, aku happy dah. So ingat salah satu dari SaBon atau Bandung Jokers la yang akan tersingkir. Rupa-rupanya:

Tiada Penyingkiran minggu ni!

So, jumpa semua di Minggu ke 6 next week!

Later!;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

  1. azrina December 15, 2012
  2. hafizrahim December 15, 2012
  3. Farid Adam December 15, 2012
  4. Dulu Lain Sekarang Lain December 15, 2012
  5. Juan December 15, 2012
  6. ohcikgu December 15, 2012
  7. aji December 15, 2012
  8. donnyien December 16, 2012
  9. eyriqazz December 16, 2012
  10. WRizuan December 16, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·