Dejavu di Kinabalu Episod Akhir

*Di bawah adalah ‘almost full synopsis untuk episod akhir Dejavu di Kinabalu‘ ni. Kalau tak minat & tak tengok cerita ni, tak bace pun takpe. 😉*

Aku sebenarnye dah tak berapa nak minat tengok siri ni sejak ade main bomoh-bomoh bagai ni. Helloo.. Kau ala-ala urban gile kot Uzma, boleh main bomoh lak.

Barisan pelakon Dejavu di Kinabalu

Then, Uzma dah pegi, fine la. Tetiba Nadira dapat tahu jantung tu Inara punye, terus la jadi macam perempuan lemah gile rase nak tampar-tampar je. Tak suke Tiz Zakyah berlakon jadi lemah gile macam ni sebab aku suke sebenarnye dia berlakon, macam real je..

Almost Full Synopsis for the Final Episode

So, untuk episod terakhir ni, Nadira tak nak tengok Amar lagi dekat hospital. Ayah Nadira turun KL. Dan Nadira tak sabar nak nikah dengan Bazli walaupun kena nikah kat hospital pun. Ni awal-awal la. Depress aku.

Seb baik diselang la jugak dengan Zahir yang mengajak Yusra kawin. hehe.

Lepas tu depress balik sebab emak si Bazli datang hospital marah-marah Nadira. Katenye, “Masa sakit baru ko carik anak aku! Masa sihat ko campak anak aku!” Lebey kurang macam tu la dialog dia..hohoho

Dah malam tu, Nadira dok tertekan pikirkan kate-kate mak Bazli pun lari la dari hospital. Owh. berjalan sebenarnye sebab dia sakit tak leh lari. Zahir plak dok bebel-bebel kat Ammar sebab nak lari pegi London time Nadira tengah sakit.

Bazli jumpa Nadira tepi jalan jatuh so berjiwang-jiwang jap. Nadira minta maaf kat Bazli dan kate dia sayang sangat kat Bazli. Tapi dia cintakan Ammar jugak sampai sekarang. Haish.. memang camtu ke kalau buat heart transplant? dapat rase ape jantung orang sebelumnye rase? huhuhu…

Lepas Nadira pengsan, Bazli bawak Nadira balik ke rumah. Nape tak bawak balik spital aku pun tak faham. Suke aku bila sampai rumah Yusra marah Nadira sebab pentingkan prasaan sendiri, x pdulik prasaan orang lain. Betul la pun. Padan muka!

On the day Nadira & Bazli nak nikah, Bazli pegi carik Ammar yang nak berangkat ke London and paksa Ammar jumpa Nadira for the last time.

Dekat rumah, Nadira nak tidur sekejap lepas Yusra make-up. Bila semua orang dah sampai, Yusra try kejut Nadira tapi tak bangun-bangun. Dia panik dah. Penonton pun panik kot. Tapi dikejut lagi, bangun akhirnye. Saje nak wat saspen konon. Cliche sangaat.. ;p

Then, Bazli melalui akad nikah dengan Ammar dok kat sebelah. Kadi kate sah dan suruh Bazli naik atas sarung cincin. Ammar pun ikut naik dan kata dia datang sebagai kawan dan nak tengok Nadira pada hari bahagia dia.

Tibe-tibe Nadira jadi lemah, minta-minta maaf bagai kat semua orang. Then pengsan. Bawak pegi hospital, doktor kata boleh buat transplant yang kedua. Kire dapat jantung lain la. Senang nye la ai… apekah?

Lepas tu, cerita ni di fast forward kepada tiga tahun kemudian, Ammar sampai ke airport dari London, dan again terserempak dengan Nadira macam first episode hari tu. Dan miraculously, jantung Nadira berdegup lagi padahal dia dah tak guna jantung Inara lagi.

Tapi diorang berpandangan je sebelum Nadira pegi pada Bazli yang tengah menunggu dia. The End. Benciiiikk… huhuhu

So nampak tak yang sebenanrye Nadira memang suke Ammar, bukan sebab jantung Inara ke ape. Habis yang dia emo-emo depress-depress marah-marah jantung dia macam orang gile tu buat ape? Pastu kawin dengan Bazli yang dia tak berape nak cinta. Tak suke la…

Kalau dengan Hot.fm hari tu mase diorang jemput pelakon2 Dejavu di Kinabalu ni, diorang kata Erma Fatima nak buat sambungan. Saje tau!.. Memang la Bazli baik. Tapi ending dia patutnye dengan Ammar ke? mencik mencik mencik. Pastu, langsung dah takde cerita pasal Athirah kali ni yang macam dah gile tu. So, betul la kot akan ada sambungan nanti.

Ok, habis emo dah. hehehe. Taknak ikut dah drama yang akan ganti cerita ni. Nanti emo lagi. hohoho.

Ok sayang-sayang, later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

  1. KiD August 2, 2012
  2. nadot August 2, 2012
  3. fasz August 3, 2012
  4. hazman aka species1980 August 3, 2012
  5. Myra Jay August 3, 2012
  6. Nurul August 3, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·