Korang yang macam aku yang nak Nadira dengan Ammar, sila la tengok video alternatif cerita Dejavu di Kinabalu ni di tonton.com.my kalau undian menyebelahi Ammar. Tapi ending??!? Benciiiii..
Semalam aku dah post kan entry sinopsis Dejavu di Kinabalu Episod Akhir yang disiarkan di TV3. Tensen betul kenapa orang ramai undi nak Nadira dengan Bazli. Memang lah Bazli tu baik. Tapi dah kalau Nadira memang suka Ammar even tho hati tu bukan dia punya, sampai bila-bila la dia akan ingat Ammar even kawin dengan Bazli pun.
Baru ingat nak habis kan emo. Ade plak yang alternatif ni. Haruslah emo balik.
Again, almost full synopsis untuk Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif
Basically awal-awal cerita semua sama macam episod akhir yang disiarkan di TV3 cuma nampak macam few shots yang agak berbeza sikit (ke perasaan aku je..konpius..hehehe
start nikah tu yang lain. Instead of Bazli, Ammar yang diakad nikahkan. Bazli dok kat tepi Ammar dengan muke sedih dan pasrah. So bila Ammar naik nak sarung cincin dengan berbaju melayu ditemani Bazli, Nadira pelik & konpius. Boleh ke mcm tu? bukan b4 akad pompuan kene sign ke dgn tengok name pengantin lelaki? huhuhu
Bazli cakap la yang itu pengorbanan terkahir sebagai tanda cinta dia pada Nadira selama ni. Dia tahu yang nadira cintakan Ammar. Tapi Nadira masih lagi kate dia tak cintakan Ammar dan nak jadi isteri Bazli bukan Ammar. Pastu bazli pun amek tangan Nadira (kalau aku jadi Ammar, dah kene tumbuk dah Bazli) dan letak pada jantung/dada Nadira.
Bazli kata “Rasa ni takkan bohong awak. Memang betul jantung dalam badan awak tu jantung Inara, tapi jantung tu hidup dengan roh awak. Takde gune jantung tu tanpa segale yang ada dalam badan awak ni. Jadi, rasalah dan ikutlah apa yang awak rasa”
Nadira diam je & Bazli buat muke sedey serahkan kotak cincin pada Ammar. Yusra & Bazli diri kat tepi katil sambil tengok Ammar saarungkan cincin pada Nadira. Sambil sarung cincin, Ammar kata “Dengan nama Allah, dan segala Asma’ Nya, saya berjanji akan mencintai awak sampai nafas terakhir saya.
Nadira pun menangis, cium tangan Ammar dan mereka berpelukan di atas katil. Apakah?! hoho. Bazli tengok je dengan muke redhoo + sedey. Yusra pun sebak then diorang kuar bilik.
Then Ammar kata ada satu lagi janji yang dia harus tunaikan. Then dia cium dahi Nadira, terus masuk next scene, Ammar dukung Nadira bawak ke bilik hotel yang diorang pernah hias dulu & baringkan nadira atas katil. ;p
Diorang borak-borak jiwang-jiwang sket, then Nadira suruh Ammar nyanyikan lagu Butterfly tu untuk dia n Ammar nyanyi la. Smabil nynayi, Nadira tutup mata. Lepas Ammar habis nyanyi, Ammar kate la “awak suruh saya nyanyi tapi awak tak dengar pun”. Ammar kejut-kejut nadira suruh bukak mata. Tapi Nadira tak sedar-sedar. Ammar rase nadi kat tangan Nadira n nangis-nangis suruh Nadira bangun. So last scene, Ammar menangis sambil memeluk Nadira yang dah terbujur kaku atas katil.
Huwaaaa!!!! Perlu ke kalau cerita alternatif dah bahagia dengan orang yang dia cinta, kena mati plak?!? Kalau ending dengan bazli takde la plak matiii… saje je tauuu… Memang sengaje bagi Nadira dengan Bazli untuk ada sambungan lagi… sedey..sedey…
Ok. Dah. Tak nak emo2 dengan drama dah. So, tak mo tengok drama melayu dah. hohoho
_______________________________________________________
Skrip pilihan untuk episod ni:
Zahir: Aku ingat kau balik sini kau jadi lelaki. Macam mana Rama mendapatkan SiTa daripada Ravana.
Ammar: Cinta tu rasa je Zahir. Dia datang, dia pergi macam angin. Bila dia ada kau akan nikmati dia sepenuh hati. Tapi bila dia takde, engkau tak perlukan dia, kau biarkan je.
Zahir: Cinta bukan untuk kau simpan. Kau luah sampai muntah, lepas tu kau biarkan je tanpa sebarang pertarungan. Kau mengaku kalah sebelum betul-betul kau bertarung. Kau ni lelaki jenis apa Ammar?!?!
AMEKKAW!
Later! ;P
fuhhh..senangnya dapat donor..hik3.
p.s : Nadot jiwang….hahahaha…Kalau nak rasa lagi jiwang tryla layan Pasion Morena di Astro Bella..serius lagi jiwang karat..hahaha,sampai eden pun sangkut drama lebih 100 episod ni…kih3
eyriqazz recently posted..Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie
hohoho..tak sejiwang eyriqazz la.. hehehe…
ha? lagi la tak kose nak melayan crite panjang2 sgt tu…tak terbuat kerje ape lak nnt… n lg emo kalau tgk..hoho
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
Ermm kenapa ngantuk sangat ni bila baca cerita ni….makan jantung buang jantung.. ishhh..kita tengah puasa nii
ReM recently posted..Wordless Wednesday
hahaha..hari ni je bang… nnt karang ke esok blog back to normal..bukan blog drama series dah..hohoho
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
Kah3x…. takde masa layan citer nei sejak OLIMPIK…. tengok volleyball dalam dewan lagi best… time MALAM laa….hehehehe
hazman aka species1980 recently posted..Kelab GOLF hidang RAMBUT dalam BUFET RAMADAN 2012
tak tengok plak olimpik ..dok tengok astro warna je plak..hohoh
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
Adakah sume lecturer kena ada perasaan jiwang karat macam awak ni?? Arrrgggghhhhh tak kose nak layan citer melayu. Baik layan Senario.
abangensem recently posted..Iftar Ramadhan Bersama Bloggers
hahahaha..ala..skali skale karat bang…ape salahnye…
ha’ah..lupe senario tu cerita omputih..bukan melayu ye… 😉
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
Nurul suka versi yg ni.. Menarik dan boleh nangis kot.. Hehehe
Nurul recently posted..Jom Tambah Hadiah Akhirat
x mampu nak nangis ebab marah nadira mati… sian ammar…huhuu
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
dah habis le citer ni ya, kejap aja
sharinginfoz recently posted..Lee Chong Wei dan Aiskrim Baskin Robbins @Olympics Games London 2012
kejap? 28 episod, lame tu…x sabar tunggu dia habis sebab nak tau ending..hehe
nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my
serius sy tak tahu ada alternatif punya untuk siri ini.dah frust gila dah time tu..agak kesian lah juga kat ammar..3 tahun tu..
kaaan…sian gile kat Ammar… Nadira lak yg bahagia je..mencik! ;p
nadot recently posted..Kad Raya Kacak Gile!