Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif dari Tonton.com.my

Korang yang macam aku yang nak Nadira dengan Ammar, sila la tengok video alternatif cerita Dejavu di Kinabalu ni di tonton.com.my kalau undian menyebelahi Ammar. Tapi ending??!? Benciiiii..

Semalam aku dah post kan entry sinopsis Dejavu di Kinabalu Episod Akhir yang disiarkan di TV3. Tensen betul kenapa orang ramai undi nak Nadira dengan Bazli. Memang lah Bazli tu baik. Tapi dah kalau Nadira memang suka Ammar even tho hati tu bukan dia punya, sampai bila-bila la dia akan ingat Ammar even kawin dengan Bazli pun.

Baru ingat nak habis kan emo. Ade plak yang alternatif ni. Haruslah emo balik.

Again, almost full synopsis untuk Dejavu di Kinabalu Episod Akhir Alternatif

Basically awal-awal cerita semua sama macam episod akhir yang disiarkan di TV3 cuma nampak macam few shots yang agak berbeza sikit (ke perasaan aku je..konpius..hehehe

start nikah tu yang lain. Instead of Bazli, Ammar yang diakad nikahkan. Bazli dok kat tepi Ammar dengan muke sedih dan pasrah. So bila Ammar naik nak sarung cincin dengan berbaju melayu ditemani Bazli, Nadira pelik & konpius. Boleh ke mcm tu? bukan b4 akad pompuan kene sign ke dgn tengok name pengantin lelaki? huhuhu

Bazli cakap la yang itu pengorbanan terkahir sebagai tanda cinta dia pada Nadira selama ni. Dia tahu yang nadira cintakan Ammar. Tapi Nadira masih lagi kate dia tak cintakan Ammar dan nak jadi isteri Bazli bukan Ammar. Pastu bazli pun amek tangan Nadira (kalau aku jadi Ammar, dah kene tumbuk dah Bazli) dan letak pada jantung/dada Nadira.

Bazli kata “Rasa ni takkan bohong awak. Memang betul jantung dalam badan awak tu jantung Inara, tapi jantung tu hidup dengan roh awak. Takde gune jantung tu tanpa segale yang ada dalam badan awak ni. Jadi, rasalah dan ikutlah apa yang awak rasa”

Takde la muke Nadira ceria macam ni..Sebek je mukenye mase scene ni. Pic credit to http://nurizspace.com

Nadira diam je & Bazli buat muke sedey serahkan kotak cincin pada Ammar. Yusra & Bazli diri kat tepi katil sambil tengok Ammar saarungkan cincin pada Nadira. Sambil sarung cincin, Ammar kata “Dengan nama Allah, dan segala Asma’ Nya, saya berjanji akan mencintai awak sampai nafas terakhir saya.

Nadira pun menangis, cium tangan Ammar dan mereka berpelukan di atas katil. Apakah?! hoho. Bazli tengok je dengan muke redhoo + sedey. Yusra pun sebak then diorang kuar bilik.

Then Ammar kata ada satu lagi janji yang dia harus tunaikan. Then dia cium dahi Nadira, terus masuk next scene, Ammar dukung Nadira bawak ke bilik hotel yang diorang pernah hias dulu & baringkan nadira atas katil. ;p

Diorang borak-borak jiwang-jiwang sket, then Nadira suruh Ammar nyanyikan lagu Butterfly tu untuk dia n Ammar nyanyi la. Smabil nynayi, Nadira tutup mata. Lepas Ammar habis nyanyi, Ammar kate la “awak suruh saya nyanyi tapi awak tak dengar pun”. Ammar kejut-kejut nadira suruh bukak mata. Tapi Nadira tak sedar-sedar. Ammar rase nadi kat tangan Nadira n nangis-nangis suruh Nadira bangun. So last scene, Ammar menangis sambil memeluk Nadira yang dah terbujur kaku atas katil.

Huwaaaa!!!! Perlu ke kalau cerita alternatif dah bahagia dengan orang yang dia cinta, kena mati plak?!? Kalau ending dengan bazli takde la plak matiii… saje je tauuu… Memang sengaje bagi Nadira dengan Bazli untuk ada sambungan lagi… sedey..sedey…

Ok. Dah. Tak nak emo2 dengan drama dah. So, tak mo tengok drama melayu dah. hohoho

_______________________________________________________

Skrip pilihan untuk episod ni:

Zahir: Aku ingat kau balik sini kau jadi lelaki. Macam mana Rama mendapatkan SiTa daripada Ravana.

Ammar: Cinta tu rasa je Zahir. Dia datang, dia pergi macam angin. Bila dia ada kau akan nikmati dia sepenuh hati. Tapi bila dia takde, engkau tak perlukan dia, kau biarkan je.

Zahir: Cinta bukan untuk kau simpan. Kau luah sampai muntah, lepas tu kau biarkan je tanpa sebarang pertarungan. Kau mengaku kalah sebelum betul-betul kau bertarung. Kau ni lelaki jenis apa Ammar?!?!

AMEKKAW!

Later! ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

  1. eyriqazz August 3, 2012
  2. ReM August 3, 2012
  3. hazman aka species1980 August 3, 2012
  4. abangensem August 3, 2012
  5. Nurul August 3, 2012
  6. sharinginfoz August 4, 2012
  7. drinspirasi August 5, 2012

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·