Tan Sri pun beli Ijazah Palsu?!

*Masih tiada jawapan yang tepat dalam Contest Teka Nombor Nadot. Ada yang hampir tapi takde la hampir sangat. Sila cuba meneka di ruangan komen post INI sebelum 11.59 malam ini*

Agak terkejut tengok berita semalam mengenai beratus-ratus graduan tempatan serta asing membeli sijil palsu bukan saje untuk Ijazah, MASTER & PHD pun ade.

Petikan dari akhbar online Sinar Harian:

“Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang ‘graduan’ tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, identiti semua ‘graduan segera’ yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

“Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu.”

Tau benda-benda ni memang wujud, tapi tak tau la pulak sampai ada ambik gambar atas pentas pakai jubah jugak dengan majlis konvo nye bagai. Ingatkan underground senyap2 je bagi sijil yang palsu tu. Ishk senang nye hidup…

Teringat masa buat  Master dulu, sebelum dapat result first sem, aku dah yakin akan fail dah. Siap dah call mak cakap memang tak boleh buat, memang akan fail & macam mana nak bayar balik scholarship kerajaan. Sebab aku macam serius gile rase akan fail, mak pun percaya dan tolong gak fikirkan cara camne nak bayar balik. Memang pening ar mase tu.

Tapi Alhamdulillah, keluar result, lulus jugak akhirnye. Jadilah pensyarah yang mengong smpi skrg..hoho

Ni, dengan pangkat Tan Sri nye pun sanggup dengan tak malunye beli sijil palsu. Ada duit semua boleh jalan eh. Jahat dorang ni. (ok..aku emo ;p)

Maka kawan-kawan, sila la tolong doakan aku yang insyaAllah akan mula buat PhD akhir tahun depan (jike tiada aral) berjaya tanpa membuat benda-benda tak elok macam mereka-mereka ini. huhuhu..

Later! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

  1. ReM July 27, 2012
  2. hazman aka species1980 July 27, 2012
  3. Nurul July 27, 2012
  4. Myvitrd July 27, 2012
    • nadot July 28, 2012
  5. sweetkurma July 27, 2012
    • nadot July 28, 2012
  6. samdaddycool July 28, 2012
  7. sharinginfoz July 28, 2012
  8. boni kacak July 28, 2012

Leave a Reply to ReM Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·