Detik Bersama Sunlight

Dah lama aku tahu tentang contest yang dianjurkan Puanbee & Sunlight sejak 11 Julai lalu, iaitu contest Detik Bersama Sunlight. Awal-awal tak terfikir pun nak join. Tapi bila almost hari-hari mengadap blog Puanbee, teringin pulak nak join. Dah la aku memang pakai Sunlight, lagi la berkobar-kobar nak join. Tapi Dude takde, siapa nak ambikkan gambar aku? Walaupun sedih tak dapat nak ‘mencapub’ depan kamera, aku redho bila Nawfal meng’volunteer’ kan diri untuk menolong.

Bacalah karangan dari Nawfal ni. Gile glemer betul mamat sorang ni ;p

Hi! Saya Nawfal, anak teruna Mommy. Saya suka tolong mommy basuh pinggan, mangkuk, periuk dan lain-lain. Bukan apa, kesian Mommy, penat sehari suntuk bekerja di ofis. Biarlah Mommy balik kerja mengangkang je depan TV. Nawfal tak kisah. Nawfal suka sangat sebab guna Sunlight!
 
Nawfal pernah tanya Mommy, kenapa guna Sunlight? Mommy jawab, “Dah nenek guna Sunlight, Mommy pun guna Sunlight jugak la. Kalau tak ikut nanti jadi anak durhaka, kena tulah nanti”.
 
Walapun Nawfal tak berapa faham maksud mommy, tapi Nawfal assume sebab Sunlight ni best, wangi, tak pedihkan kulit tangan Mommy yang alergik tu. Kan Mommy kan?

Nawfal tengah sibuk tolong Mommy basuh pinggan. Jangan la kacau!

Ok, Nawfal dah habis basuh dah. Sekarang Nawfal nak join Mommy mengangkang depan TV pulak! Bye Semua!”

Selamat Berbuka Puasa :)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

30 thoughts on “Detik Bersama Sunlight

  1. Wah Nadot..dah tukaq rumah berbayaq..tahniah

    btw…u govt servant kan? blh dptkan your e-mail ..I nak reply one of your comment in my blog via e-mail.. sbb not suitable for public reading..
    Adam Dzirhan recently posted..My Own Stay PropertyMy Profile

  2. Pingback: Peserta 6 : Contest Detik Bersama Sunlight | Puanbee.Com