Sambutan Hari Jadi Paling Istimewa

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku untuk mencapai umur 21 tahun 30-an (jujur Dot, jujur.. ;p) 19 Ogos baru-baru ni. Selalunya, untuk hari-hari istimewa aku dan Dude macam hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi, memang akan sambut makan di restoran-restoran yang agak special dan akan dapat hadiah yang walaupun tak mahal mana, tapi kena kumpul duit juga lah untuk membeli. Tapi disebabkan kali ni sambut di Edinburgh, duit memang cukup-cukup untuk tampung belanja hidup kat sini, malah tengah short pun sekarang ni, so, kena lah extra berjimat.

Untuk sambutan hari jadi tahun ni, pertama kali aku tak diraikan di luar, dan pertama kali tak ada hadiah fizikal yang aku dapat. Tapi, bagi aku, hari jadi kali ni, memang yang paling istimewa. Chewah, chewah, chewah! ;p

Nak menggembirakan hati aku sebenarnya, tak la susah mana. Sediakan makanan-makanan yang banyak dan sedap, aku cukup happy dah. Maka, itu je lah yang aku minta dari Dude. Aku namakan beberapa makanan yang aku teringin gila, minta dia buat buffet. Hahaha.

Tapi dengan nak menjaga anak kecik 2 orang, sambil nak sediakan buffet, dengan baru belajar masak nya, mestilah tak berapa nak logik. Maka Dude cuba buat apa yang dia termampu.

So, bila aku balik dari school, Dude tak bagi masuk dapur dulu, ada benda tak settle masak lagi katanya. Tapi bau dah cukup sedap dah. Tak lama lepas tu, Dude suruh masuk dapur, dan atas meja terhidang makanan-makanan ni:

Roasted Lamb Rack with Breadcrumbs & Spices

Favourite aku kot lamb-lamb ni. Aku cakap kat dia aku rindu jamuan2 buka puasa & raya yang ada kambing-kambing ni. Tu yang di buat tu. 2-3 kali cubaan Dude roast lamb mesti terover well well done. Tapi kali ni, memang perfect kot. Lembut je isi nya. Even ada lebih & simpand alam peti ais, dipanaskan semula pun lembut je lagi. Suka!

Ayam Penyet!

Favourite aku juga! (Ye la, mesti la aku sebut makanan favourite aku kat dia ;p). Rindu nak makan ayam penyet kat Malaysia. Dan yang Dude masak ni, walaupun tak la sama sangat macam yang di Malaysia, tapi, Sedaaaappp!! Tauhu tak ada, letak terung je bakar aja yang mana aku sangat tak kisah sebab memang sangat suka terung macma ni makan dengan sambal dia, heaven lah!

dan last sekali:

Kek Red Velvet

Antara kek favourite aku juga! Hehe. Sangat terharu dia buat ni. Selama ni Dude buat kek yang senang-senang je (bagi dia) macam New York Cheese Cake, oreo cheese cake, chocholate brownies dll. Tak pernah pulak buat yang berlapis-lapis macam ni. So rasa gembira Dude buatkan red velvet untuk aku. Sedap pulak tu. (Walaupun dia la tukang habiskan, Dia memang suka dessert2, benda-benda manis macam kek ni, tu dia rajin baking cheese cake etc tu).

Memang bersyukur sangat Dude buat semua benda ni sambil jaga anak-anak dua orang, dan mula buat sejak pagi sampai ke lewat petang. Alhamdulillah. Bila isteri yang belajar, dan husband jaga family, memang ramai je sini para husband yang hebat-hebat gila masak. Nasi arab, murtabak semua suami-suami masakkan dan kebanyakan start masak pun bila dah sampai sini. Dude belum tahap tu lagi, tapi aku akan bagi sokongan padu kat dia untuk mencapai tahap terer gila. Hehehe.

Sempena hari jadi aku yang dah lepas ni, aku bersyukur sangat Allah panjangkan usia aku dan kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Berterima kasih sangat juga kat mak ayah aku yang dah lahirkan & besarkan aku sampai betul-betul besar dan serahkan aku pada Dude untuk dibesarkan lagi. Hohoho.

Semoga sisa-sisa usia yang masih ada ni mampu aku isikan dengan perkara-perkara yang diberkati & diredhai Allah. Semoga berkurangan la juga sifat-sifat mazmumah dalam diri digantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang sangat banyak. Amiiinnn..

Later! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

  1. Abang Ensem Berketak August 25, 2014
    • nadot August 27, 2014
  2. Mazni Azmi August 25, 2014
    • nadot August 27, 2014
  3. wynn78 August 25, 2014
  4. Aimi Shaklee August 25, 2014
    • nadot August 27, 2014
  5. Hazmin Hamudin August 25, 2014
    • nadot August 27, 2014
  6. chot August 26, 2014
    • nadot August 27, 2014
  7. Hairul Azni August 26, 2014
    • nadot August 27, 2014
  8. yandi August 28, 2014
    • nadot September 3, 2014
  9. Denaihati August 28, 2014
    • nadot September 3, 2014
  10. Khadeejah Hasmad August 29, 2014
    • nadot September 3, 2014
  11. calrasepatrick August 30, 2014
    • nadot September 3, 2014
  12. sakinah August 30, 2014
    • nadot September 3, 2014
  13. titan September 2, 2014
    • nadot September 3, 2014
  14. mai has September 8, 2014
    • nadot September 10, 2014
  15. nanang September 14, 2014
  16. luthfi September 27, 2014
  17. Mama Kembar 3 December 25, 2014

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·