Huggies: Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Selama ni, aku tak pernah pakaikan ‘pampers seluar’ untuk Nawfal. Nak beli, tapi mesti terlupa. Sampailah beberapa minggu lepas, sebab nak ke Bandung, takut susah dan leceh tak jumpa toilet yang okay, aku & Dude pun try lah satu jenama ni. Size yang Nawfal gunalah, size L.

Tapi alangkah sedihnya, sebab agak longgar untuk Nawfal. Kalau ikut berat kg yang tertera pada pembungkus, dah ngam dah. Tapi sebab longgar, tak berani bagi Nawfal pakai lama, takut bocor.

So, bila aku diberi peluang untuk mencuba guna Huggies Dry Pants, awal-awal aku agak skeptikal gak la akan jadi benda yang sama. Mungkin Nawfal kurus sangat so tak sesuai pakai size L tu. Ni yang aku fikir awal-awal la.

Tapi alangkah bestnya, bila pakai, serius memang muat dan ngam je untuk Nawfal. Pakai memang la sangat senang, macam pakai seluar je, elok je terletak kat Nawfal. Serius lembut je. Nak tukar/bukak pun lagilah senang, koyak je bahagian tepi Dry Pants ni, cepat sikit buat kerja.

Walaupun kita cuma perlu koyakkan saja untuk tukar pampers, tapi janganlah bayangkan yang pampers ni fragile sangat dan mudah terkoyak bila lasak. Serius tak. Pampers ni siap ada sistem pengunci supaya tak bocor lagi. Gerakla macam mana pun, terletak je dan tak bocor apa pun.

Sampai lah Nawfal tunjuk pampers dia dan sebut “teball” dengan slang ala-ala orang Rusia lepas beberapa jam, barulah pampersnya ditukar. Hohoho

Gerakla macam mana pun, elok je terletaknya dan tak bocor pun 😉

Serius lepas ni, untuk pampers jenis seluar ni, memang akan aku guna Huggies Dry Pants lah. Selain sebab-sebab yang aku dah sebut di atas, ada aku terbaca yang Huggies ni adalah jenama pampers pakai buang pertama di Malaysia yang telah terbukti secara klinikal dapat menghalang ruam lampin.

Yang best lagi, ada dijual dalam pek kecik yang ada 4 keping. Biasa kalau guna ni memang dengan niat bila pergi berjalan supaya senang tukar, so boleh la beli dalam pek kecik je kalau tak pakai selalu.

IMG_6017

So, untuk maklumat lanjut tentang lampin pakai buang yang Huggies ada termasuklah Huggies Dry Pants ni, korang boleh la usha website Huggies di www.huggies.com.my ataupun Facebook diorang di SINI.

Later! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

  1. eyriqazz March 18, 2013
  2. halif March 18, 2013
  3. eiela March 18, 2013
  4. onlajer March 18, 2013
  5. Diana March 19, 2013
  6. Nurul March 19, 2013
  7. Sheikh Papa-NtiQ March 19, 2013
  8. Boni super kacak March 19, 2013
  9. hafizmd March 23, 2013
  10. blackrosehunter April 21, 2013
  11. BeritaKaki April 24, 2013

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·