Bila Januari Semakin Hampir, Aku Stress!

Bila nak masuk je bulan Januari setiap tahun semenjak berkahwin ni, aku akan berada dalam keadaan yang sangat-sangat stress. Serius, tak tipu!

Sebab?

Sebab bulan Januari ada 2 sambutan utama yang wajib disambut oleh aku. Ye, mungkin ramai tak bersetuju dengan cara aku atau cakap tak payah nak sambut grand-grand, tapi aku nak jugak. Hehehe.

2 sambutan tu adalah Birthday Dude & akhir bulan Januari pulak ulang tahun perkahwinan kitorang berdua.

So, tahun 2013 ni, aku tengah stress fikir mane nak bawak Dude gi makan ni. Untuk anniversary, pandai-pandai la Dude pulak pikir. Tapi kalau harap Dude yang pikirkan, susah aku nak berpuas hati biasenye. Hahahaha.

Untuk birthday Dude, aku memang suka buat best best sikit, sebagai menghargai Dude yang dah banyak susahkan diri untuk aku & tolong aku dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga.. Haaaa… Power tak ayat copy paste aku tu? hohoho

Nanti lah masa birthday Dude baru aku buat entri jiwang-jiwang sikit lah. Sekarang ni aku stress tak tau mana lagi nak bawak pegi.

Tahun 2011 masa menyambut hari jadi Dude dan anniversary, aku tengah rajin berblogging, so ada la entri nya. Di mana untuk Birthday, aku bawak Dude pegi Lunch di Menara KL, dan anniversary, Dude bawak aku pergi Melaka & makan Ikan bakar di Alai. Marvellous!

Awal tahun 2012 pulak, adalah mase yang malas untuk berblogging, so sambutan kitorang tak di ceritakan. Tapi meh aku tepek sikit gambar.

Untuk Birthday Dude, aku bawak pergi Subak di Sungai Penchala. Serius cantik woo.. dengan kolam ikan yg besar nye, dengan dalam hutam nye, dengan syahdu nye.. hahaha.. memang cool lah!

——

Makanan? WAlaupun aku tak ingat sangat, tapi yang aku ingat, aku suke! Tapi memang paling suke ambience Subak la. Memang marvelous!

Then anniversary aku hujung bulan januari 2012 tu pulak, Dude bawak aku pergi Bora Asmara pulak. Di Sungai Penchala jugak. Kire 2012 tahun Sungai Penchala la untuk kitorang. Bukan ape, sebab kitorang mase tu dok rumah parents kat area Kepong, pastu baby baru 6 bulan, so carik tempat dekat2 je ๐Ÿ™‚

Kat sini siap ade flower petal atas meje & ada orang main muzik lagi ke meje kite. Selain lagu romantik, boleh aku mintak diorang nyanyikan lagu Hotel California. Spoil the romantic mood betul aku ni pun. Hohoho

Makanan, marvellous jugee!.. LApar lak ingatkan.. Haishhh

So, back to the topic, AKU STRESS!

Semoge cepat la aku dapat idea untuk nak bawak Dude makan mana tengah bulan Januari nanti. Hadiah pun tak tau lagi nak bagi apa. Bila tanya Dude, dia kate tak yah ape-ape pun takpe. Bila dia tanye aku, amek kau..panjang berjela list barang2 mahal aku nak. Hahahaha

Tak..tu aku tipu (^_^)

So, kalau korang ada cadangan RESTORAN mana best, sila la bagi tau ye. Kalau cadangan suruh buat candle light dinner di rumah dan aku kene masak sendiri, awal-awal cadangan ditolak. Cadangan untuk solat berjemaah bersama, aku suka je, tapi lepas atau sebelum solat, mesti la kene MAKAN juga kan? Hehehehe..

Ok, nak try gugel-gugel tempat makan best lagi…

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

  1. abangensemsangat December 23, 2012
  2. anif December 23, 2012
  3. halif December 23, 2012
  4. titan December 23, 2012
  5. Adam Dzirhan December 23, 2012
  6. Abdur December 23, 2012
  7. sweetkurma December 23, 2012
  8. eyriqazz December 23, 2012
  9. KiD December 23, 2012
  10. ohcikgu December 23, 2012
  11. dkna abza December 24, 2012
  12. Myra Jay December 24, 2012
  13. aslam December 24, 2012
    • nadot December 24, 2012
  14. Zarul Umbrella December 24, 2012
  15. Hazmin Hamudin December 24, 2012

Leave a Reply to titan Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท