Baru tahu berjalan, dah nak melompat

Alhamdulillah, Nawfal dah boleh berjalan walaupun masih belum yakin.

3 Ogos 2012 ketika usia Nawfal 1 tahun, 1 bulan dan 12 hari, Nawfal mula berjalan lebih dari 3-4 langkah yang kebiasaannya. Selalunye, bila disuruh berlatih berjalan, dia malas. Yang ni, semenjak dia konpiden, dia sendiri nak ulang alik dari aku ke Cik Wati. Gembira dia bila mommy & cik Watinye excited.

Mungkin agak lambat compare to anak-anak yang dah mula jalan umur 10 – 11 bulan macam my nephew, adik Afiq aku etc, tapi masih dalam normal range, so mmg aku tak kesah la, asalkan dia sehat. Ada orang kata, kalau tumbuh gigi dulu, memang lambat jalan. Takde la aku nak percaye benda tu walaupun memang Nawfal tumbuh gigi banyak dulu, masa 9 bulan dah ada 6 batang.

Tak kisah la macam mana pun, mommy bangga sangat dengan Nawfal. Sayaaaang Nawfal.

Sehari lepas Nawfal mula berjalan, dia dah mengade nak melompat lepas excited sangat semua orang puji & tepuk tangan tengok dia berjalan. Pantang dipuji betul. hoho.. Apela konpiden nau anak mommy sorang niii. Nasib baik tak terhantuk kepale n tak nangis. Dan seb baik daddy sempat ambik video.

 

Yang dok cheer dia tu Abang Adam dia, anak Along. Adam ikut jejak Cik Ngah dia, obese. hohoho.. 24kg untuk umur 2 tahun 10 bulan. Dari setahun lebey pun dah nak dekat 20kg dah. Kire kalau ikut chart doktor untuk berat kanak-kanak ni, memang dah terkeluar carta lah dak ni. hohoho.

Risau gak sebenarnye Nawfal boleh berjalan ni. Takut badan aku yang agak ‘sedap’ ni jadi kurus sebab nak kene kejar dia. Belum boleh jalan pun memanjat macam spiderman, dah ada kaki ni, entah la.. Salah aku le kot. Mase pregnant kan Nawfal, selain dari mendengarkan ayat-ayat Al-Quran dan zikir kat perut gune headphone, aku selang selikan jugak dengan lagu dari My Chemical Romance mcm Helena, Famous last words dll. Amekkaw!! hohoho

Ape pun, aku gembira, bukan saje sebab Nawfal boleh jalan.

Tapi sebab aku cuti. Hohohoho..
Sile jangan jeles kepade mereke yg tidak bercuti.
Tido dulu. Zzzzzzzzzz (^_^)

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

  1. Nurul August 6, 2012
  2. eyriqazz August 6, 2012
  3. Faezah Pardi August 6, 2012
  4. ReM August 6, 2012
  5. Jebeng Otai™ August 6, 2012
    • nadot August 6, 2012
  6. jue a August 7, 2012
    • nadot August 8, 2012
  7. titan August 7, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·