Tazkirah Jumaat.. hoho

Setelah lama tak update, hari ni, rase macam agak insaf sekejap sebab pagi tadi ada tazkirah. Here, once in a fortnight, akan ada tazkirah jumaat pagi. Agak bersyukur gak la adanye tazkirah ni. Sebab kalau diikutkan, daripada lepas ku kuar sekolah, memang takda la aku gi mane2 majlis ilmu yang aku sndri volunteer utk pegi atau sekerap ni. Kira boleh dikira la dgn jari pada 1 tangan berapa kali ku gi dengar bnde2 mcm ni sebelum ku masuk keje uitm ni. Kalau dengar radio or tgk yg pagi2 b4 gi keje tu,kdg2 ade la gak..tp skali skale sgt la…huhuhu… so bila dah start gi tazkirah ni, trigt balik zaman skolah dulu yg 5 thn smbhyg jemaah x tinggal (kecuali bile balik bermlm or period), tazkirah lps mgrb sume…rindu juge skali skale…

So, hari ni, PM Dr. Salleh Deni yang bagi tazkirah lagi. Dalam banyak2 lecturer or ustaz2 yang bagi, memang dia ni lah favourite aku. Apa yang dia sampaikan setiap kali pun, memang makan dalam la utk sume org (yg x terase tu, ku tatau la).

Tadi pagi, macam biase dia cakap pasal bende yg berlaku dalam kehidupan seharian. Bila dia sentuh bab hadith Nabi S.A.W. berkenaan dengan antara dua golongan yang akan terima azab kubur, kitorg mcm biase la, tunjuk sesama sendiri. Aku tunjuk Mizah, Kak Anum tunjuk aku, pastu gelak2 sopan..hoho..tapi sebebanrnye, dalam hati masing2, makan dalaaamm ooo sbb tu antare fav pastime kitorg dlm keadaan luar sedar..hehe

‘ Bahawa Nabi(s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata: ” kedua-dua orang ini( yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah. Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.

(Hadis riwayat : Bukhari dan Muslim).’

Harus x terase ke bace sabda Nabi S.A.W di atas?..hohoho..tapi bab yang ‘mengumpat2’ tu la….bab beristinjak tu, insyaAllah, ok je..bersih je ku basuh sabun sume… hehehe..

Then, Dr. Salleh cakap lagi, sebelum tidur, nak pergi kerja, niat, maafkan semua orang yang buat dosa dengan kita sama ada kita sedar atau tidak.. Aku ingat aku dah buat macam tu slame ni, tp bila pikir balik, aku sebenarnya masih simpan. Sebab tu aku rasa baru2 ni aku meletup cara halus. Tu sebab dah beberapa kali kene, then simpan dlm hati, then keluarlah dia bila sampai masa dia.

Macam ada satu cerita aku dapat dari email loop EMSA Family. Aku melayukan n ringkaskan eh.  Sorang sami Budha otai ni berjalan dgn sami budha muda yang masih blajar lg n skema badut sket. Time diorg jln2, jmpe sorg pompuan yg x leh seberang sungai coz jambatan rosak. So, sami tua offer utk angkat pompuan ni kat belakang dia seberang sungai, biar prmpuan tu x basah la.pompuan tu ok je. Sami muda terkejut gak la. Sami mane leh rapat2 dgn pompuan. Tp dia diamkan je. Smpi seberang sungai, sami tua letak pompuan tu n diorg berpisah la ikut jln masing2. Sami muda masih x puas hati. Sepanjang perjalanan diorg tu, sami muda tu dok pikir negatif je psl sami tua, tuduh sami tu bukan2 dll. So apa yg bermain dlm otak dia tu membuatkan dia lg marah pd sami tua ni.tp dia still diamkan. then lepas berjam-jam diorg berjalan, diorg benti rehat, baru sami muda tu x dpt tahan. Dia marahkan sami tua tu, kate hipokrit la,saje gatal nak pegang pompuan tu la dll. So sami tua tu cakap, (aku englishkan balik la eh), The old monk looked surprised and said, ‘I had put down the pretty lady at the river bank many hours ago, why are you still carrying her along?’.

Sp, pengajaran dia (aku copy & paste):

[This very old Chinese Zen story reflects the thinking of many people today. We encounter many unpleasant things in our life, they irritate us and they make us angry. Sometimes, they cause us a lot of hurt, sometimes they cause us to be bitter or jealous. But like the young monk, we are not willing to let them go. We keep carrying the baggage  with us. We let them hurt us, make us angry, make us bitter and cause us agony. Why not let go?]

Harusla aku trase lagi bile bace criter ni & pengajara dia. Huhuhu.. memangla bende yg ku marah tu x menjejaskan hidup aku secare keseluruhan, tp rosak gak la mood bile kene. So sepatutnye ku boleh je let go n x simpan.  Biar je la orang nak wat ape pun kan utk uji kite.  Tp siyes ku try simpan je. Tapi, tu la kan, banyak lak setan & iblis yg bisik2, kene bbrp kali, make aku tumpas dan menjadi marah..hohohoho… takde bende buruk jadi pun (kot), tp agak kesal la di situ sebab tak tau nak kawal marah. Doakan aku kuat hati eh len kali.. huhu..

Banyak la lagi Dr. Salleh cakap pagi tadi walaupun hanye 30 minit je tazkirah nye. Sume ku dgr tanpe rase bosan & mengantuk. Terima kasih Dr. Kerana menginsafkan sy sekejap. Hehe. Kesan tazkirah dah ptg2 ni, masih ade. Tp tinggal sket je la..malam habis kot…huhuhu..haiisshh…bile la nk insaf betul2 ni..hoho..

Nak ‘try’ sambung wat keje balik. Later! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·