Innalillahiwainnailaihirojiun..
Berhenti nafas seketika selepas mendengar perkhabaran dari Dude petang tadi tentang kepulangan Saudara Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, ke Rahmatullah, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang sekarang bersama-sama Dude menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Sesi 1/2012 Modul Wataniah di sebuah Kem di Pekan, Pahang.
Peserta kursus DPA kali ini sebenarnye telah di bahagikan kepada dua kumpulan. Yang ‘FIT’ ke Wataniah di Pekan, dan yang ‘Kurang FIT’ ke tempat lain di Pahang juge.
Semasa kejadian, Allahyarham dan kumpulannya sedang menjalani latihan merentas sungai dengan berpegang pada tali yang disediakan TANPA dibekalkan dengan jaket keselamatan (mungkin mereka bajet semua orang pandai berenang dan tiada apa akan berlaku..mungkinlah..).
Kumpulan Dude pula sedang makan dan akan menjalani latihan yang sama selepas makan. Tapi kerana telah berlaku kejadian itu, tak sempat la kumpulan Dude buat latihan Dude. Risau jugak sebab Dude pun tak berapa pandai berenang.
Disebabkan Dude tiada di tempat kejadian dan hanya mendengar dari kawan-kawan kumpulan Allahyarham, aku tak berani nak komen atau nak menceritakan keadaan sebenar di tempat kejadian, takut ada yang tersilap cerita. Tapi yang pastinya, Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas sungai di kem tersebut dan para peserta/pelatih yang membantu melakukan CPR ke atas Allahyarham. Di waktu kejadian tiada paramedik atau ambulan dan hanya menggunakan van INTAN untuk ke hospital.
Dikhabarkan Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak (kembar) yang masih kecik lagi (kurang setahun atau setahun lebey je baru). Sedey tak sedey dengar.
Aku tak tau nak ulas ape sebenarnye. Sebab tau ajal maut di tangan Allah s.w.t. Tapi sebagai seorang isteri kepada perserta DPA juga, agak susah untuk nak terime la kejadian ni. Tiap-tiap hari mase Dude buat aktiviti luar, aku risau je. Takut ape-ape jadi. Tapi aku positifkan diri, kursus secare besar-besaran macam ni, mesti kawalan keselamatan untuk para peserta dititikberatkan.
Teringat balik kejadian yang berlaku pada 2010 dimana Allahyarhamah Norhashimah Wahid meninggal dunia ketika menjalani latihan ala komando pada Mei 2010. Boleh google untuk cerita tentang Allahyarhamah, banyak blog yang menulis.
Mase taklimat untuk waris pada hari pertama kursus DPA ni bermula di Intan Bukit Kiara, ada suami yang bertanya, kenapa perlu mereka menjalani aktiviti-aktiviti luar ni lama-lama i.e WAtaniah, Polis, Bomba etc? Pegawai tersebut menjawab, “untuk bagi diorang ni faham tugas-tugas Polis, Bomba etc ni sebab secare tak langsung tugas PTD ade kaitan dengan unit-unit tersebut. Kalau sekejap sangat, macam 2-3 hari ke, tak dapat rase n tau tugas diorang.”
Dan aku terfikir pulak dalam hati, ‘kenape PTD kene tau tugas diorang tu?’. Tapi sebagai rakyat marhaen, ape la yang aku boleh cakap selain merasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan hasben untuk 6 bulan dengan Nawfal yang ketika itu belum 1 tahun lagi.
Aku tak dapat nak bayangkan perasaan si isteri menerima perkhabaran pemergian suaminya. Kite hantar spouse kite pergi dengan harapan diorang akan pulang lepas habis kursus. Tapi bile yang sebaliknye terjadi? Dengan anak-anak yang masih kecil?
Ya Allah, kuatkan la balu si Allahyarham dan permudahkanlah kehidupan mereka selepas ini. Amiiinnn…
Al-Fatihah.. semoga beliau di tempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh di sisiNya.. amin…
boni kacak recently posted..Mencari Gadis Idaman
Amiiinnn 😐
nadot recently posted..Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012 Meninggal Dunia – PTD Lemas
Sedih dgr berita mcm ni,hussband saya pun sdg mengikuti kursus dpa ketika ini dan sama kumpulan dgr arwah,apa yg sy faham ketika ini semua kursus lasak dibekukan sert merta.harap isterinya banyak bersabar terima dugaan ni.
Tu la..sedey sangat..tu sampai trpakse tulis dalam blog… ye la..tiap2 hari rase takut je kalau jadi kat hasben ape2 spejg buat xtvt lasak..tak sangke dekat hasben org lain betul2 terjadi…harap isteri Allahyarham tabah sangat….
nadot recently posted..Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012 Meninggal Dunia – PTD Lemas
Harap2 selepas beberapa kes mcm neh depa semak balik modul tuh sama ada relevan ker tidak.. Akak pon doakan sama utk balu arwah.. Amin3. Al-fatihah
akuzle ayu recently posted..Jemputan Gathering Bloggers Edisi Raya 2012
tu la pasalll…tolong la semak kerelevanan buat modul2 ni, lame2 plak tu utk diorang yg akan keje pejabat je nanti… mmg tak paham…
tu la..amiinnn
nadot recently posted..Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2012 Meninggal Dunia – PTD Lemas
pergi hadiri kursus selama 6 bulan? hmm.. lama juger ye
sha recently posted..Live Blog. Audition Money Drop
lameee… sedeyyy..huhuhu
nadot recently posted..Tidak Sihat Menyebabkan Mood Blogging Ke Laut
mangsa tak boleh buat… tapi askar tu pakse… siap rendahkan lagi tali yg arwah berpaut tu.. sampai laa mangse lemas. tu laa cerita yang sebenar
Modul2 perlu disemak semula, mcm kurang releven untuk mereka.. Kursus entah ape2.. Kang orang dah meninggal sapa nak jawap?.. anak bini dia sapa nak bertanggungjawap?… ada banyak lagi cara nak bagi info tentang kerja2 sebagai polis tentera or pasukan keselamatan jgn sampai membahayakan penjawat awam yang lain.. fikir2kan..
sy pun susah nak komen bende mcm ni..ikut emosi saye yg hasben kene attend kursus ni, memang 100% tak setuju… tapi dari segi kerelevenan, mungkin ade yg ok kot…cume faktor keselamatan tu yg dipandang enteng je oleh orang2 yg memang bidang diorang n dah terer buat bnde2 alah tu…so dia igt sume org boleh kot… tah la… huhu
nadot recently posted..Tidak Sihat Menyebabkan Mood Blogging Ke Laut
Hubby pon tgh course dpa now ni. Tumpang simpati dgn nasib yg menimpa keluarga Allahyarham esp wife dan anak2. Dapat bayangkan perasaan mereka. Ya Allah kuatkanlah hati dan perasaan isteri Allahyarham. Mudah2 an tabah menghadapi dugaan yg berat ini demi diri sendiri dan anak2 yg masih kecil ;(
tu la… semoge keluarga Allahyarham kuat…
nadot recently posted..Tidak Sihat Menyebabkan Mood Blogging Ke Laut
Semoga Allah kuatkan hati dan semangat keluarga arwah. Pemergian tidak diduga.
alfatihah….
Jelas sangat peranan facilitator tidak dijalankan dengan betul. Kesilapan berulang lagi menunjukkan aksiden lama tidak dipelajari sepenuhnya. Harap tiada aksiden seterusnya.
Rem recently posted..Pintu Tercabut Dek Manusia
betulll..sbb diorang igt diorang hebat, so diorang expect pelatih yg baru 1st time jalani latihan macm tu pun hebat jugak… entah la..
nadot recently posted..Tidak Sihat Menyebabkan Mood Blogging Ke Laut
Sepatutnya peserta dibekalkan dengan jaket keselamatan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. Harap perkara macam ni diambil berat pada masa akan datang.
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Di Gigit Gajah
betul..bile sy dgr takde jaket keselamatan, dan dengar lagi air dalam melebihi 2 meter walaupun ade tali, memang terkejut gile…macam nyawa manusia tak bernilai je… huhuhu
nadot recently posted..Tidak Sihat Menyebabkan Mood Blogging Ke Laut