Accident di Batu Tiga

Jumaat lepas, seperti biasa, pukul 5 aku gerak dari ofis balik ke rumah di Putrajaya. Aku memang takkan keluar lagi lambat dari pukul 5 pada hari Jumaat sebab malas nak terperangkap dalam jam di traffic light atas flyover menuju ke kilang gula & tol Batu Tiga tu.

Much to my surprise, jalan naik flyover batu tiga dah jam. berapa kali traffic light merah pun, aku belum lepas lagi dari flyover. Confuse gak apehal cepat sangat orang keluar kerja sampai dah jam teruk. Tapi sebab aku fikir hari Jumaat dimana ramai suka ponteng kerja petang (orang lain, bukan aku… betul! ;p), aku layankan je la jam tu.

lepas 56 kali lampu merah (ok..tipu..), akhirnya aku dapat lepas juga dan dapatlah masuk ke Persiaran Jubli Perak. Situ jam lagi. So berenti la lagi. Dari jauh, nampak dah ada ambulans kat jalan sebelah yg menuju ke Shah Alam. Banyak motor n orang2 melepak tepi jalan. Tapi sebab masih jauh, aku tak nampak ape la..

Traffic light hijau, aku dapat jalan dan 4-5 buah kereta sebelum dapat lepas traffic light, tukar jadi merah balik. Dan alangkah terkejutnye aku tengok mayat terbaring di tengah jalan. Kenapa aku kata mayat? Sebab paramedic rilek je takde nampak buat cpr ke ape. Helmet kemek dan nampak isik2 bertaburan di mana aku rasa itu isi otak sbb pinggang ke bawah ok je. Aku x dpt clear view utk keseluruhan badan. hanya nampak dr pinggang ke bahagian kaki, dan helmet yang telah kemek itu.

Boleh click gambar untuk besarkan

Bergenang air mata aku all the way ke Putrajaya fikirkan family orang tu, fikir mak ayah or anak2 dan isteri dia. Kemudian terfikir anak n suami aku pulak. Dah la suami selalu bawak motor je pergi ofis. walaupun tak jauh dan tau ajal maut di tangan Allah, tp mestila risau jugak. Aku tak sure bangsa/agama apa orang yang meninggal tu, tapi aku berharap segala urusan si mati, keluarga si mati dipermudahkan segalanya.

Later! =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

  1. Rosmansham Alias June 18, 2012
  2. Nadot June 19, 2012
  3. Anonymous June 19, 2012
  4. Anonymous June 19, 2012
  5. Nadot June 19, 2012

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·