Abang Ensem di Mata Aku

Aku sebenarnya berfikir 6-7 kali sama ada nak masuk ke tak contest yang dianjurkan abangensem ni. Bukan apa, aku takut, sebab aku ni tersangat jujurlah orangnye. Jadi ada kemungkinan apa yang bakal aku tulis mampu mengguris perasaan abangensem. Tapi, disebabkan tak ada idea sangat untuk update blog ni, maka dengan paksa rela, aku cuba la join contest yang AE anjurkan (^_^). Kalau dia terasa hati, ada aku kesah? Dah dia yang suruh berlaku jujur dan ikhlas… heheheh

Aku mula mengenali nama abangensem ni selepas dengan tidak sengaja ter’jumpa’ blog abangensem.com ketika blog walking di blog-blog lain berkaitan property dalam tahun 2011. Masa tu baru nak start cari-cari cara nak beli rumah subsale selepas dah beli dua buah rumah melalui lelong.

Ter’masuk’ je aku ke dalam blog abangensem, aku dapat rasa aura yang menarik-narik aku untuk baca blog tersebut. Walaupun akal aku melawan selepas ternampak banner yang ada muka abangensem tak padan dengan nama blog, tapi hati aku tetap memaksa aku untuk melepak dan membaca. Start baca satu entry, terus aku patah balik ke entry pertama beliau yang ditulis pada tahun 2009 dan habiskan sampai entry terbaru dalam masa 2-3 hari je. Tak silap aku, masa aku buat keje2 lagho ni adalah pada cuti semester (menidakkan hakikat yg aku mungkin makan gaji buta ketika ini..Astaghfirullahalazim…).

Rasa tak masuk kan nama blog dengan empunye blog? hohoho

Dengan bahasa yang agak santai menceritakan pengalaman beliau dapat beli 14 buah rumah, ilmu yang menarik dan berguna tentang urusan-urusan membeli rumah subsale, cara penyampaian yang lawak tahap antarabangsa, perasan yang amat dengan kehenseman (konon) diri sendiri, membuatkan aku terpaksa menjadi follower tegar AE walaupun akal aku selalu tidak membenarkan. Walaupun orang kata ‘ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa’, aku tetap ikutkan hati dan rasa yang nak jugak baca blog AE 24/7 (haaa..tipu la tu kan.. ;p)

Walaupun aku dah khatam baca blog AE, dah beli 3 ebook pertama AE (yg ke-4 tunggu AE blanje..hoho), dah tahu banyak perkara tentang subsale dari blog beliau, dah mula menghantar permohonan loan untuk 2 buah rumah lagi, aku tetap macam tak puas kalau tak jumpa face to face dengan AE. So, pada 21 April 2012, aku bawak ‘askar-askar’ aku menerjah seminar hartanah AE di Shah Alam.

Alangkah terkejutnya aku bila berhadapan dengan AE buat pertama kali. Rasa tertipu gile. Selama ni dia war-warkan pada pembaca yang dia seorang yang hensem. Hak tuih! Tak langsung. Tapi dia KIUT wooo! (spt yg telah di mentioned kan pada entry sebelum2 ni) Hahaaha. Siyes, ‘renek’/’rendang’ je dia. Segan kalau nak pakai high heels & berdiri sebelah-sebelah. hohoho. Cara sampaikan seminar pun macam comel2 je… Tersengih je aku sepjg seminar. Saje tanye banyak2 soalan sebab nak dengan AE bercakap panjang-panjang sikit. Hohohoho..

Cilok dari Blog AE

Apa pun, kesimpulan yang boleh dibuat dan yang paling penting bagi aku, korang yang tengah muda-muda lagi, dan suka blog walking, masuk la blog abangensem. Kumpul la aset selagi boleh. Bukan mahal pun, tak payah ada modal dan silap2, akan dapat cash ribu riban lagi (aku yg MOF 70% pun boleh dapat, nikan pulak korang yang masih layak dapat 90% loan). Invest lah untuk mase depan korang. Dan cara2 nak invest dalam hartanah, semua AE dah ajar. Korang tinggal nak baca je blog dia. Nak lebey, beli ebook dia. Nak lagi lebey, join seminar dia. Murah sangat nak banding dgn harga seminar lain n ilmu n rumah yg korang bakal dapat.

Eh..terpanjang plak. Ni lah bahana bagi lecturer menulis atau cakap lama-lama. Susah nak stop. Hehe. Ni la contest pertama yg pernah aku join semenjak ada blog. Banyak btul first time aku sbb AE ni. heheh. Sebab ni adalah sebuah contest, kalau korang rajin, masuk facebook fanpage abangensem.com, klik like dekat post aku yg ada link blog ni pada wall fanpage tu. Tak rajin takpe, x marah. Ahkak redhooo jee! ;p

Korang kalau kenal AE, join la jugak contest ni. Klik je sini.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

  1. Kampung Balimbang June 11, 2012
  2. abang ensem June 11, 2012
  3. Nadot June 12, 2012
  4. daddydee June 12, 2012
  5. daddydee June 12, 2012
  6. irsah June 13, 2012
  7. Nadot June 13, 2012
  8. dzirhans June 16, 2012
  9. Nadot June 18, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·