Alhamdulillah hari ni masuk komisyen untuk jobdirumah. Dua sekali pulak tu. Bunyi macam hebat la kan. Padahal last komisyen masuk adalah pada bulan Mei lepas. Hahaha.
Dan jumlah komisyen jobdirumah yang dah pernah dapat pun, boleh je dibilang dengan jari kaki tangan yang ada ni. Sikit je. Tapi bila sekali masuk, walaupun RM25 je, serius banyak gila aku boleh buat dengan jumlah sekecik itu. Serius. Banyak.
Benda-benda tentang affiliate ni pun aku banyak tahu lepas baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu si Titan tu la. Tapi semenjak beli, aku baru dapat baca word by word untuk 7-8 muka surat pertama je. Yang lain hanya sempat baca sekilas pandang je. Kalau aku baca betul-betul, buat artikel promosi bagai, kena pinjam jari kaki tangan suami & anak-anak kot nak kira berapa kali komisyen masuk. Hahaha. Konpiden itu penting ye. ;p
Tapi tanpa buat apa-apa dan hanya letak je link merata tanpa apa-apa planning, aku hanya mampu bersyukur dengan apa yang masuk sekali sekala. Usaha langsung tak ada, memang tak boleh complain la. ๐
Serius bagi aku sangat susah sekarang nak fokus bukan saja untuk cari income guna blog, tapi nak update blog pun adalah tersangatlah susahnya. Memang lain lah keadaannya masa aku kerja mengajar dulu dengan buat PhD sepenuh masa ni. Dari segi mental, memang buat PhD ni adalah lebih memenatkan so bila balik rumah aku tak mampu dan tak nak fikir apa dah. Balik dari ofis, aku cuma mampu makan & tengok Running Man je.. Hehehe.. Semogalah aku kuat nak menempuh lagi 2 setengah tahun akan datang ni, insyaAllah. Doakan please ๐
Jadi income dari blog, selain affiliate, hanyalah bergantung kepada CPUV dari Nuffnang. Tiap-tiap bulan paling kurang masuklah 2-4 CPUV. Tapi dah update pun jarang, perlahan je la geraknya. Paling tinggi nilai dapat untuk tahun ni, RM8.00 ++ je untuk 2 CPUV berbeza. Update pun sebulan sekali dua, bersyukur je la lagi.
Blog lagi satu yang aku update sebulan sekali juga, aku guna satu platform ad dari US sejak Februari hari tu, baru nak ada $11.45. Walaupun capai $1 pun dah boleh cash out. Tapi biarlah berkumpul dalam tu lama sikit. Punyalah slow sebab kadang-kadang tak berupdate langsung dalam sebulan. Nasib baik kebanyakan keyword penting . Tapi agak bangga juga aku dengan blog yang satu ni. Tak sangka tak promote apa, fan dalam FB untuk blog ni dah ada 579 orang. Semua dok menunggu lagi info-info berguna yang banyak nak share sebenarnya, tapi masa mencemburui. Chewah!
Kalau ikut hati, nak juga submit blog dalam advertorial.MY. Mana tau ada rezeki untuk mendapat upah hasil dari menulis review atau iklan. Tapi report PhD first year ni pun tak siap-siap walaupun dah lepas dateline, ada hati nak tulis review. Hohohoho. Tapi kawan-kawan yang ada blog, daripada tak pernah dapat apa-apa income dari blog, apa kata cuba baca dan daftar dekat advertorial.MY ni. Kalau rasa blog tak berapa hebat nak dapat RM350, untuk newbies boleh dapat RM30 untuk satu artikel pun dah cukup baik. Cer cuba, cer cuba. (^_^)
Kesimpulannya, entry hari ni, hanyalah bertujuan untuk mengupdate blog je. Tengah tak ada idea, tiba-tiba komisyen masuk, itu yang boleh tertulis sampai 500 patah perkataan ni tentang income dari blog yang tak banyak mana. Hehe. Semoga murah rezeki rakan-rakan blogger lain dengan blog masing-masing.
Later! ๐

wow tahniah awak.. ๐
calrasepatrick recently posted..SEGMEN BLOGWALKING BY RRSYA EYRDINA
terima kasih Cal! ๐
MEmang tahniah. Usaha membuahkan hasil juga
Nak istiqamah berblogging dalam memang mencabar. Lebih lebih lagi masa tak de idea
Mazni Azmi recently posted..Waktu Subur Wanita 4 Cara Untuk Hamil Cepat Dan Berkesan
Alhamdulillah.. Masih merangkak.. ๐
Yeah, dapat duit affiliate. Macam mana nak celebrate?
akubiomed recently posted..Makan angin di Colmar Tropicle Bukit Tinggi di Pahang
celebrate dengan bayar bil celcom supaya nombor telefon tak mati lepas 3 tahun kat sini.. hehe
Kaya celcom macam ni. Bayar duit bil telefon pakai pendapatan affiliate
Mazni Azmi recently posted..Tudung Labuh Chiffon 2 Tone High Quality
Kalau tak ada affiliate pun kena bayar juga. Memang kayalah diorang. Hehe
Tahniah. Nanti kena daftar juga ni.
profhariz recently posted..Dapatkan Ebook Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 Sekarang !
daftar..jgn tak daftar.. hehe
Rm25 banyak tu.. sape nak bgkan..
InsyaAllah.. pasti akan ada lebih rejeki..
Aminn…
nurmisnan recently posted..Mudah kurus dengan Vene Losyen
tu la…nak mintak kat org RM25, mana ada yg nak bagi… AMiiinnn.. tq kak nowa ๐
Report phD didahulukan Nadot. Jgn buat pasai. hehe
halif recently posted..Semakan Keputusan & Pemilihan Perajurit Muda Tugas Khusus Tentera Darat 2014
hahahahha.. baiikkk…. entah nape tak siap-siap lagi…stress je.. hehe
Wah RM50 banyak tu…tahniah
Malaysia Tercinta recently posted..Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2014
sekali sekala… hehe..tq ye ๐
Sambil sambil update selit selit link kan sis Nadot.
Hehe.
Itu pun dah 500 patah perkataan
Mazni Azmi recently posted..Tudung Bawal Labuh Ombre Dari Puan Junaida
Harusss… Kalau boleh semua entry kena ada link2 best… hehe… tu la..terpanjang plak bebelnye ๐
Alhamdulillah, kalau tak kerana usaha yang dilakukan dahulu. Manakan dapat komsisyen dari job affiliate
Semua perlukan ilmu dan kesungguhan. Memang teruja tengok orang lain dapat passive income cara halal macam ni.
Mungkin lepas ni ada keluar affiliate untuk pakej umrah. Macam menarik je nak buat ni
Hasnul Mutawif recently posted..Pakej Umrah 2014 2015 Andalusia Travel and Tours
Kalau ada untuk umrah, murah pulak tu, mesti ramai join and ramai boleh buat duit… hihi
tq ye.. akan sambung usaha sungguh2 bila habis belajar nanti ๐
Bagusnya ada blog dah usia lama. Domain pun semakin berharga.
Insyaallah semakin maju lepas ni
Hasnul Mutawif recently posted..Cara Mengerjakan Umrah Panduan Terbaik Sebelum Ke Tanah Suci
Lama tapi masih merangkak lagi. ๐
di mana dia..cendol-cendol saya..
titan recently posted..Komisen ke 19 dari Ashadee.com
cendol-cendol awak, sudah dimakan biawak…
can malican o oi!…
ehhhh ;p
wah…tahniah!kene blajar ni dpt income from affliate…:-)
mai has recently posted..19 Cara Merancang dan Mendidik Anak Soleh
tq!!… ramai sangat pakar-pakar hebat gila untuk affiliate ni… byk boleh belajar dgn diorg… jeles tau.. hiihi
Dr sikit menjadi jotaaaa. Ehhh.
Sikit2 lama2 jadi bukit kan. ni baru taun ni. Tggu yg 2 setengah taun tu abes…cnfrm..xabes makan.
chot recently posted..Pernah Tak?
hahahaha..sampai tak habis makan tuu.. Amiiinnnnn…. ๐
kak dot dok senyap je duit masuk, best gila! nak ergi daftarlah macam ni.. tapi report saya pon tak siap lagi canee..? ๐
daftar jgn tak daftar… repot tu abaikan sekejap.. hahahaha
Tahniah…Yey, nadot nak belanja saya ikar bakar dan macam2 lagi bila balik malaysia nanti….
eyriqazz recently posted..Top 10 Affiliate Klikjer Ogos 2014
yeaayyy… lepas eyriqazz belanja 8 kali baru nadot boleh belanja sekali… yeay!! ๐
Nanti dah selesai report pHd tu boleh la submit blog di Advertorial.MY ye Nadot?
Emm..kalau tak silap, Nadot daftar Advertorial.MY dari link affiliate saya kan?
Kalau betul, Alhamdulillah dan terima kasih..kalau saya salah, abaikan ye?.. ๐
Hairul Azni recently posted..1001 Macam Cerita Ini Blog
entah.. tak prasan pulak daftar bawah link sape…. tak kisah bawah sesiapa, rezeki orang tu.. ๐
Saya dah check..memang rezeki komisen yang saya dapat tu Nadot punya register..thanks ye? ๐
Hairul Azni recently posted..iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Model Terbaru iPhone Keluaran Apple
tahniah!saya xde ilmu affliate lg,huhuh…RM50.00 sape nk bagi ye dok?
Mai Has recently posted..Halfest 2014 : Pengalaman Yang Mengujakan!
itu la…rezeki tu rm50… sy pun x tinggi ilmu affiliate… main2 je ni… hihi
tahniah.. banyak lubuk nak buat duit harini, tinggal rajinkan diri je ๐
Uncle Zuan recently posted..Koleksi Lagu Classic 70an dan 80an dalam Soundtrack GOTG
tu la pasal… nak rajin tu yang paling susah tu… huhu
nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
Ok la tu dari takde langsung kan.. lepas la duit prepaid hehe. Mana tahu lepas ni bertambah! Amin amin.. ๐
Sujaihah recently posted..PANAS!! Kenapa Rahim Bengkak ?
tu la..Alhamdulillah..dari tak ada, ok jugak tu… Amiinn! ๐
nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
dapat tampung kos domain ๐
Manan Qayyim recently posted..5 Universiti di Malaysia, Terbaik di Dunia
tu la pasal… memang berguna wpun tak banyak mana ๐
nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
dapat income, tahniah!
siti hazreen recently posted..Tips Kepada Ejen Insurans
terima kasih! ๐
nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
mencabar juga ye..kalau dah buat Phd..banyak kerja nak buat..
Hero Borneo recently posted..Entri Hero Borneo Kena Plagiat
Tak register lagi jobs dirumah ni. Cuma buat advertorial dot my je dulu. Apa-apa pun tahniah dan syabas
Sobri Mansor recently posted..CIMB ATM kini berwajah baru
waaaahhh nadot!! akak xtau pun ada tips ni… nak belajar dr nadot la nnt.. sng2 nadot free akak kacau nnt ek :p
boleh?
yana recently posted..Rawat Luka Kecil Dengan Herbal Blend Cream
hahaha…tak reti mana pun kak… tepek link je… hehe
nadot recently posted..Impian Membuka Kedai Buku Terpakai
keren, semoga sukses terus.
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Ish femes betul kitab merah jambu tu. Rasa macam nak kena beli je nih
Khadeejah Hasmad recently posted..Cara Mengawal Nafsu Makan Membuak-Buak
Saya pengen belajar affiliate,, ngeblog dari jaman dahulu masih belum bisa affiliate,,
tips trik recently posted..Jadwal Lengkap Tes TKD CPNS 2014
Wahhh..kalau baca sampa habis dengan teliti memang banyak lagi boleh dapat tu..hehe..tahniah yer..
Panduan Exam recently posted..Sukatan Exam Online PTD 2014
wow memang berguna la kitab pink si titan ni, macam2 ilmu boleh dapat. Saya pun baru belajar, otai sila beri tunjuk ajar yer..
lankapo recently posted..Tips dan Panduan Exam PTD 2014
titan mmg otai..sy budak baru belajar… hehehe..good luck utk kita semua! ๐
sikit sikit lama lama jadi bukit kan..pasni boleh wat kontes adiah gi travel ke Edinbugh..;-) hehehe
first time akak sampai ke blog nadot.my . seronok baca tulisan nadot. santai tapi berisi ๐
akak vitamin recently posted..Redha Supermama
Tq kak!.. banyak lagi nakkena improve ni..nak cuba jadi skema lebih sikit, tak pernah berjaya.. haha
Tahniah dpt komisen affiliate. Sikit2 lama2 jadi bukit…
Wira Merah recently posted..5 Sebab Pengunjung Blog Berkurang