Rezeki Affiliate, Income dari Blog

Alhamdulillah hari ni masuk komisyen untuk jobdirumah. Dua sekali pulak tu. Bunyi macam hebat la kan. Padahal last komisyen masuk adalah pada bulan Mei lepas. Hahaha.

affiliate

Dan jumlah komisyen jobdirumah yang dah pernah dapat pun, boleh je dibilang dengan jari kaki tangan yang ada ni. Sikit je. Tapi bila sekali masuk, walaupun RM25 je, serius banyak gila aku boleh buat dengan jumlah sekecik itu. Serius. Banyak.

Benda-benda tentang affiliate ni pun aku banyak tahu lepas baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu si Titan tu la. Tapi semenjak beli, aku baru dapat baca word by word untuk 7-8 muka surat pertama je. Yang lain hanya sempat baca sekilas pandang je. Kalau aku baca betul-betul, buat artikel promosi bagai, kena pinjam jari kaki tangan suami & anak-anak kot nak kira berapa kali komisyen masuk. Hahaha. Konpiden itu penting ye. ;p

Tapi tanpa buat apa-apa dan hanya letak je link merata tanpa apa-apa planning, aku hanya mampu bersyukur dengan apa yang masuk sekali sekala. Usaha langsung tak ada, memang tak boleh complain la. ๐Ÿ˜‰

Serius bagi aku sangat susah sekarang nak fokus bukan saja untuk cari income guna blog, tapi nak update blog pun adalah tersangatlah susahnya. Memang lain lah keadaannya masa aku kerja mengajar dulu dengan buat PhD sepenuh masa ni. Dari segi mental, memang buat PhD ni adalah lebih memenatkan so bila balik rumah aku tak mampu dan tak nak fikir apa dah. Balik dari ofis, aku cuma mampu makan & tengok Running Man je.. Hehehe.. Semogalah aku kuat nak menempuh lagi 2 setengah tahun akan datang ni, insyaAllah. Doakan please ๐Ÿ˜‰

Jadi income dari blog, selain affiliate, hanyalah bergantung kepada CPUV dari Nuffnang. Tiap-tiap bulan paling kurang masuklah 2-4 CPUV. Tapi dah update pun jarang, perlahan je la geraknya. Paling tinggi nilai dapat untuk tahun ni, RM8.00 ++ je untuk 2 CPUV berbeza. Update pun sebulan sekali dua, bersyukur je la lagi.

Blog lagi satu yang aku update sebulan sekali juga, aku guna satu platform ad dari US sejak Februari hari tu, baru nak ada $11.45. Walaupun capai $1 pun dah boleh cash out. Tapi biarlah berkumpul dalam tu lama sikit. Punyalah slow sebab kadang-kadang tak berupdate langsung dalam sebulan. Nasib baik kebanyakan keyword penting . Tapi agak bangga juga aku dengan blog yang satu ni. Tak sangka tak promote apa, fan dalam FB untuk blog ni dah ada 579 orang. Semua dok menunggu lagi info-info berguna yang banyak nak share sebenarnya, tapi masa mencemburui. Chewah!

Kalau ikut hati, nak juga submit blog dalam advertorial.MY. Mana tau ada rezeki untuk mendapat upah hasil dari menulis review atau iklan. Tapi report PhD first year ni pun tak siap-siap walaupun dah lepas dateline, ada hati nak tulis review. Hohohoho. Tapi kawan-kawan yang ada blog, daripada tak pernah dapat apa-apa income dari blog, apa kata cuba baca dan daftar dekat advertorial.MY ni. Kalau rasa blog tak berapa hebat nak dapat RM350, untuk newbies boleh dapat RM30 untuk satu artikel pun dah cukup baik. Cer cuba, cer cuba. (^_^)

Kesimpulannya, entry hari ni, hanyalah bertujuan untuk mengupdate blog je. Tengah tak ada idea, tiba-tiba komisyen masuk, itu yang boleh tertulis sampai 500 patah perkataan ni tentang income dari blog yang tak banyak mana. Hehe. Semoga murah rezeki rakan-rakan blogger lain dengan blog masing-masing.

Later! ๐Ÿ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

59 Comments

  1. calrasepatrick September 3, 2014
  2. akubiomed September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  3. profhariz September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  4. nurmisnan September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  5. halif September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  6. Malaysia Tercinta September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  7. Mazni Azmi September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  8. Hasnul Mutawif September 3, 2014
  9. titan September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  10. mai has September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  11. chot September 3, 2014
    • nadot September 3, 2014
  12. jue a September 4, 2014
    • nadot September 10, 2014
  13. eyriqazz September 5, 2014
    • nadot September 10, 2014
  14. Hairul Azni September 6, 2014
  15. Mai Has September 11, 2014
    • nadot September 11, 2014
  16. Uncle Zuan September 14, 2014
  17. Sujaihah September 16, 2014
  18. Manan Qayyim September 18, 2014
  19. siti hazreen September 19, 2014
  20. Hero Borneo September 25, 2014
  21. Sobri Mansor September 26, 2014
  22. yana September 26, 2014
  23. luthfi September 27, 2014
  24. Khadeejah Hasmad October 17, 2014
  25. tips trik October 18, 2014
  26. Panduan Exam October 20, 2014
  27. lankapo October 22, 2014
    • nadot October 23, 2014
  28. JMR October 28, 2014
  29. akak vitamin October 28, 2014
    • nadot October 29, 2014
  30. Wira Merah October 29, 2014

Leave a Reply to tips trik Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท