Berjimba di Wondermama, Bangsar Village

Hari Malaysia 16 September baru ni, aku dan kawan-kawan berjimba di Wondermama yang terletak di Ground Floor, Bangsar Village untuk meraikan 3 peristiwa sekaligus.

Hari jadi aku Ogos lepas

Baby Shower aku & Zeila yang akan bersalin

Farewell Party aku yang akan ‘pergi’.. ;p

Wondermama

Banyak juga review yang best-best aku baca pasal Wondermama ni. So agak susah jugak nak buat pilihan nak makan apa bila dah sampai sini. Nasib baik kitorang ramai, so boleh lah rasa banyak benda jugak.

Dari kiri adalah Style Spaghetti (RM22.90), siap letak otak-tak & sotong lagi. Yang tengah tu Black Spider Fried Rice (RM20.90). Ada letak soft shell crab, black ebiko, ayam dan beberapa bahan lagi. Both adalah kira specialty untuk Wondermama. Boleh tahan sedap gak semua.

Yang ketiga, aku kurang pasti, yang aku atau Dude yang order. Kitorang lapar nasi masa tu, so Dude order Salted Egg Fried Rice (RM14.90) dan aku order Kampung Style Fried Rice (RM15.90). Disebabkan kami memang tengah lapar, so both pun sangat sedap. Habis la aku & Dude makan. Yang Kampung Style tu siap ada petai lagi. memang baca review sebelum tu, ada orang kata sedap, tu aku order tu. Untuk hari kejadian, aku tak menyesal. Hehehe

Tapi yang paling aku suka order adalah:

Nampak sedap gile taaakk?? Hehehe…

Sebelah kiri adalah air yang aku order, Mango Smoothies. Serius tatau napa aku rasa smoothies ni lain sikit dan sedap gila. Banyak pulak tu. RM8.80 harga dia. Serius aku suka gila. Sambil taip ni, teringat-ingat kesejukan & kesedapan smoothies ni. Haishh..

Yang tengah-tengah tu dessert, Pisang De Goreng (RM7.90). Niat di hati nak order Durian Crepe. Tapi dah habis. Agak kecewa di situ. So, tatau nak bagi Nawfal makan apa, teringat dia suke makan pisang aku order je la Pisang De Goreng ni. Cam biase, mesti la aku yang habiskan instead of Nawfal. Dia cuma makan marshmallow nya je. Hehehe. Bagi aku sedap je.. Aiskrim dah berlemak, letak lagi pisang goreng berminyak. Huiishh.. Memang nikmat ah.. Hehehe

So disebabkan pisang goreng pun Nawfal tak makan banyak, kitorang order la lagi yang aku tak sure nama dia tapi kiranya nachos & beef la. Nasib b aik Nawfal makan keropok Nachosnya. sedap jugak letak minced beef yang dimasak macam mana tah atas nachos, cicah dengan gravy campuran mayonnaise dgn apa tah, agak mantap la… tapi susah gak nak habiskan sebab ni order last-last, so dah kenyang gila. Hehe..

Antara yang kawan-kawan order:

Lupa nama menu ni sebenarnya. Tapi yang Amal order bawah kiri tu salah satu lagi specialties kat Wondermama ni, D&L Nyonya Laksa (RM13.90). Ini pun kalau tengok review ramai suka. Serius sedap jugak. Tapi kalau takde taugeh, lagi marvellous. Hehehe.

Dah habis makan, baru la bermula sesi ambik2 gambar dan sesi bagi-bagi hadiah.

Gambar serius banyak gila. Tak mampu nak letak semua. Ampun korang. Untuk Birthday, diorang bagi card + voucher sopink-sopink sebab wishlist aku kali ni benda mahal sikit. So voucher untuk menampung pembelian barang mahal aku. Hehehehe.

Untuk baby shower, dapat diaper cake dibuat khas oleh Yah.

Yang tengah-tengah tu untuk aku. Comel kan? Yah ambik order, so boleh la contact email Yah:

fatiyahh@gmail.com

Dan untuk farewell pulak, aku mintak something ringan yang boleh aku bawak jadi kenangan kat sana. Dapatlah aku gambar kanvas yang cantik yang kitorang ambik last year tak silap masa farewell party pinat & sambutan birthday pnut n aku dengan theme winter.

Sehengus yang cantik, aku je biasa-biasa tapi cute sket.. hohoho

Haa.. Sweet kan diorang? Hehehe. 3-4 years tidak berjimba dengan diorang nanti. Harapkan diorang datang visit aku je la nanti bila-bila masa kat sana. insyaAllah…

Korang doakan aku juga ye.. Smoga selamat lahirkan baby, selamat sambung study, selamat dapat PhD, selamat balik ke Malaysia & selamat dan dipermudahkan semuanya… Amiinnn…

Later! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

  1. hafizmd October 9, 2013
  2. Hazmin Hamudin October 9, 2013
  3. Abang Ensem Berketak October 9, 2013
  4. chot October 10, 2013
  5. titan October 10, 2013
  6. hazman aka species1980 October 10, 2013
  7. Mak lagenda October 10, 2013
  8. fiezaradzi October 10, 2013
  9. Denaihati October 10, 2013
  10. Juan October 10, 2013
  11. akubiomed October 10, 2013
  12. eyriqazz October 11, 2013
  13. profhariz October 14, 2013
  14. papa mifz October 14, 2013
  15. ohcikgu October 15, 2013
  16. Khidhir October 16, 2013
  17. dayah October 17, 2013
  18. Juan October 22, 2013

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·