Sushi King Makin Mantap

Aku adalah pencinta sushi. Sangat cinta. Lupa macam mana aku mula melibatkan diri dalam arena persushian ni. Zaman budak-budak dulu, beli sushi di Supermarket Jusco je la setiap kali ikut parents bershopping barang-barang dapur. Dah berduit sikit – Zaman Universiti, cuba la a few times makan di Sushi King. Tapi agak jarang berpuas hati.

Lepas tu, bila dah wujud Sakae Sushi, memang tak pandang dah Sushi King. Pilihan sangat kurang. Aku suka raw salmon, pernah makan kat situ, keras baru keluar peti sejuk agaknya. Terus aku tak pergi dah. Pergi Sakae je.

Pertengahan tahun lepas, makan Sushi King di Jusco Taman Equine, masih tetap tak berpuas hati. So, tak pergi dah.

Tapi 2 minggu lepas, selesai berbekam dengan Dude di Kepong Village, aku mengidam Sushi lagi. Dalam tu ada Sushi King je pun, so pergi la jugak. Dan to my surprise, rasanya macam dah berubah banyak dari segi menu dan jenis makanan. Dulu tak la banyak variety macam ni. Best dah woo sekarang!

Yang lagi aku suka, setiap menu dia sekarang, ada tertulis kalori lagi tu. Memang agak rasa bersalah la bila nak makan banyak sangat tu. Rasa je la bersalah, tapi order belasah je apa pun. Hahaha

Antara sushi-sushi yang di makan. Sedap wooo.. Makan dengan kicap dan wasabi sampai keluar air mata tu yang nikmat gile!. Harga sepinggan sushi pun aku rasa lebih murah sikit je la dari Sakae.
Jom ajak aku makan sushi jom!.. hohoho

Sushi ni kiranya side dish je. Main dishes lain plak. Hehehe. Dude order:

Oyako Don – RM11.90 (507 kalori)

Dude kalau kat Sake pun suka ambik Oyako Don. Tapi, terpaksa jujur, kami prefer yang di Sakae Sushi punya. Lebih ‘berasa’ la. Even kat Jusco OU bahagian jual makanan-makanan panas tu lebih sedap. Huhuhu

Aku pulak ambik:

Spicy Nabeyaki Udon – RM14.90 (417 kalori)

Hebat tak aku ambik makanan yang kalori lagi kurang dari Dude. Hahaha. Sebenarnya nak try noodle lain, tapi sebab kalorinya lebih dari udon ni, dan aku dah rasa serba salah sebab makan sushi agak banyak, so walaupun tak banyak beza, aku ambik la ni yang kurang sikit kalorinya. Bangga dengan diri sendiri. Hohoho

Rasanya, ok je bagi aku. Boleh je repeat order lagi kalau dah try semua meal yang ada. Ada Udang tempura, ayam, mushroom dan crab stick. Dan rasa udon ni tak de yang sama macam di Sakae, so tak boleh banding kan la. Not bad jugak la.

Tengok, tak banyak pun makan. Lapan piring sushi je. ;p

So, overall, bagi aku Sushi King dah worth it untuk pergi.  Dah suka sangat dah. Heheheh. Ajak aku k.. ;p

Ok lah, cam biasa lagi, nak promo la sikit lagi. Hoho

Kalau tak keberatan, undi la blog ni untuk kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! (^_^)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 Comments

  1. papa mifz January 15, 2013
  2. Anuar January 15, 2013
    • nadot January 15, 2013
  3. nazray January 15, 2013
  4. jue a January 15, 2013
    • nadot January 16, 2013
  5. hazman aka species1980 January 15, 2013
    • nadot January 16, 2013
  6. norliza ismail January 15, 2013
  7. ohcikgu January 15, 2013
  8. sweetkurma January 15, 2013
  9. Rabia Sensei January 15, 2013
  10. boni kacak January 15, 2013
  11. Arrazi January 16, 2013
  12. aqu mad January 16, 2013
  13. syaifuddin alias January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  14. Cik Yut January 16, 2013
  15. eyriqazz January 16, 2013
  16. Ladfe Amir January 17, 2013
  17. ishy77 January 17, 2013
    • nadot January 17, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·