Romantic Dinner di Little White Cafe, Bangi

Seperti yang telah di mentioned dalam post INI, aku adalah sangat sangat pening bila tibanya bulan Januari sebab nak kene fikir hadiah untuk Birthday Dude & Anniversary dan juga tempat makan yang best untuk Birthday Dude. Walaupun dari segi luaran aku memang nampak lemah lembut dan sopan santun agak tah pape sikit je, tapi dalam hati, aku perempuan tulen yang penuh kelembutan dan taman bunga. So, nak la kadang-kadang makan tempat-tempat romantik, ada candle light dinner bagai. Hohoho

So cari punya cari online untuk tempat yang agak berhampiran dengan Putrajaya, jumpa lah Little White Cafe di Bangi yang menawarkan Romantic Dinner Package. Tengok gambar dalam album di Facebook, siap hidang ikut turutan dari starter, main course etc, dengan setting yang berbunga-bunga dan ber’candle’, aku musti pileh! (^_^)

Deco dalam dia adalah sangat cool. Awal-awal ingat ala-ala konsep English style sebab ada English tea set & alas meja bunga-bunga. Tapi dah borak-borak dengan owner – Aunty Faizah, konsep cafe ni more to US style where she spent banyak masa kat sana dari muda-muda dulu plus Europe style sikit.

So, untuk Romantic Dinner Package ni, aku dah tempah & bayar awal-awal. Harga nya Nett, akan ada four courses start dengan starter, soup, main & dessert. Untuk main dish, kita boleh pilih awal-awal dari menu Fine Dining dalam album di Facebook, atau tunggu pilih kat sana je. Sebab harga memang dah tetap, so choose the most expensive la untuk tak rasa rugi. Heheh ๐Ÿ˜‰

Setting Meja Kami

——

Bergambar dulu sementara tunggu makanan sampai

——

Suka betul bila starter dah sampai.

Digestive Cookies yang diletakkan atasnya tak silap rasa aku, Cream Cheese. Sebelah kiri ada smoked salmon, dan kanan ada tomato. Honestly, aku suka gila! Kan best kalau dapat 8 especially yang ada smoked salmon tu. Best wooo..

Dah habis kitorang makan starter, datang staff angkat pinggan bagai – macam kat hotel. Then diorang serve soup pulak.

Mushroom soup ni definitely a homemade, bukan dalam tin punya. Serius menarik cicah dengan toasted garlic bread tu. Nikmat wooo…

Tapi lebih nikmat bila Main Course sampai. Heheh. Dude order:

Rib-Eye Steak – Medium Well

Sedap wooo steak ni… Bahagian Rib-Eye kan, so daging dia memang da rasa sedap dah. Plus dgn black pepper gravy dia, fuuuh! ;p

Aku pulak order:

Rack of Lamb

Hidangan ni di serve sekali dengan sauteed oyster mushroom & mashed potato, tapi semua ada bawah lamb ni yang ada 3 ketul semuanya. Serius aku suka gila jugak! Dah la aku memang gila cendawan dan gila kambing. Serius memang sedap! jeles Dude aku ambik yang ni. Hehehe

Dah settle makan main course ni, diorang bagi tea or coffe, dan dibawak pulak datang:

PAVLOVA!!

Yang ni makan share. Cukup untuk kitorang. Aku suka sebab bagi aku tak manis sangat. Tapi bahagian yang ada jam/strawberry syrup tu, Dude la makan sebab aku x minat. Hehe. Tapi again, memang puas hati! (^_^)

Dah habis makan pavlova & minum teh, kitorang memang dah kenyang tahap dewa dah. Tapi awal-awal aku dah order 1 slice of Red Velvet minta Aunty tolong letak lilin satu. Ni tak masuk dalam package, so kena bayar extra untuk harga 1 slice kek tu.

Besar jugak. Memang kitorang jamah sikit gila sebab kenyang sangat dan bawak balik rumah.

Acara tiup lilin:

My Birthday Boy! (^_^)

——

Dalam pakej ni, memang termasuk sekali dengan 1 Belgium Choc & 1 botol Sparkling Grape. Kalau ada yang tak habis, kita boleh je bawa balik. Tapi kitorang habiskan je semua kat situ except for the red velvet cake ๐Ÿ™‚

Overall, memang aku puas hati la ambik pakej ni. Dude pun happy dan agak kagum tak habis2. Tertekan pun ye jugak sebab dia yang kena pilih tempat untuk Anniversary kitorang hujung bulan ni. Hahahaha.

Serius, kalau korang takda tempat nak celebrate birthday or anniversary, or just nak dating saja-saja dengan pasangan masing-masing, boleh consider datang sini. Alamat, details on harga or pakej semua ada dalam Facebook Page Little White Cafe. Boleh la korang terjah dan tengok.

Sempat lagi sebelum kitorang balik, ambil gambar dengan Aunty Faizah. Kagum dengan Aunty, belajar oversea dalam bidang Matematik, then balik & jadi cikgu MRSM untuk 5-6 years, then masuk private, then buka company sendiri yang dah lebih kurang 10 tahun dah sebelum buka Little White Cafe ni yang dah beroperasi 2 tahun. Jeles pulak rasa. Hehehe

Bergambar dengan Aunty Faizah – di snap by her husband yang baik je tengoknya, co-owner sekali tak silap ๐Ÿ™‚

Tau, korang mungkin bosan tengok ayat penutup macam ni, tapi nak buat macam mana, aku tetap nak minta jasa baik korang untuk undi blog ni bagi kategori โ€˜Favourite Foodie Blogโ€™ untuk MSMW 2013.ย Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! (^_^) TQ eh ๐Ÿ˜‰

Later! ;p

LWC album

Gambar kitorang yang dah ada dalam Facebook Page Little White Cafe (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 Comments

  1. aqu mad January 16, 2013
  2. hatiputera January 16, 2013
  3. puanbee January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  4. syaifuddin alias January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  5. hazman aka species1980 January 16, 2013
  6. Anuar January 16, 2013
  7. sop January 16, 2013
  8. AmiRini January 16, 2013
  9. ohcikgu January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  10. papa mifz January 16, 2013
  11. sha January 16, 2013
  12. mat utie January 16, 2013
  13. azman January 16, 2013
  14. anif January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  15. jue a January 16, 2013
  16. Hazmin Hamudin January 16, 2013
  17. boni kacak January 16, 2013
  18. KiD January 16, 2013
  19. TehR January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  20. azue January 16, 2013
  21. elly-daily January 16, 2013
    • nadot January 16, 2013
  22. Ladfe Amir January 16, 2013
  23. sweetkurma January 16, 2013
  24. JMR January 16, 2013
  25. ajumohit January 17, 2013
  26. titan January 17, 2013
  27. ishy77 January 17, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท